Wednesday, 11 May 2016

TAKZIAH! BAPA SASHA & ZAIN SAIDIN MENINGGAL DUNIA

SZ

Tujuh jam yang lalu berita sedih ini telah dikongsikan sendiri oleh pelakon terkenal Sasha Saidin menerusi akaun Instagramnya, bahawa bapanya telah pun menghembuskan nafas terakhir pada jam 8:45 malam semalam.

MH Online difahamkan arwah Mohamad Saidin Osman, 69, meninggal dunia akibat serangan jantung.


"Kepada semua sahabat dan keluarga, dengan rasa sebak saya ingin memaklumkan bahawa bapa saya telah menghembuskan nafasnya, Allahyarham Tuan Haji Mohamad Saidin Osman, pada jam 8:45 malam.

"Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat dan keluarga di atas sokongan, doa dan segala jasa baik yang telah diberikan. Ayah merupakan insan yang baik. Dalam hidupnya, dia selalu mendahulukan keluarga dan sahabatnya, dan saya percaya dia telah meninggal satu kenangan yang penuh dan bermakna.

"Untuk makluman, mandi jenazah di Masjid As-Sakirin, Jalan Gombak Batu 5 3/4 jam 8:00 pagi Rabu (11 Mei, 2016) dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ibu Kota, Danau Kota, Gombak," luah Sasha.

MH Online mengucapkan takziah dan semoga arwah ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. Amin.

No comments:

Post a Comment