Saturday, 14 May 2016

AWAS:PERMAINAN MEMUASKAN NAFSU YANG DIGELAR TAHARRUSH BERASAL DARI ARAB KINI MEREBAK KE MALAYSIA!!!!





Rupa-rupanya siri serangan terhadap wanita di beberapa kota di sekitar Eropah bukan berlaku secara spontan sebaliknya sebahagian daripada permainan.Polis Jerman mendapati, gangguan berkenaan merupakan corak permainan Taharrush berasal dari Timur Tengah dan kini sudah bertapak di Eropah.

Akhbar Die Welt melaporkan serangan seksual terhadap wanita dilaporkan bukan saja berlaku di Cologne, malah polis di Berlin, Hamburg, Bielefeld, Frankfurt, Dusseldorf dan Stuttgart turut mengesan insiden sama.

Turut dikesan berlaku, di Vienna dan Salzburg di Austria serta Zurich di Switzerland. Tidak ketinggalan, beberapa bandar raya di Sweden dan Finland.Media menyatakan serangan pada sambutan tahun baru lalu itu dipercayai dilakukan kumpulan imigran Arab yang baru tiba di negara tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Jerman, Holger Munch menyatakan, serangan yang dikesan bukan setakat mencabul wanita, malah boleh lebih serius seperti rogol.

'Permainan' Taharrush berlangsung dengan sekumpulan lelaki mengepung mangsa - biasanya wanita Barat atau berpakaian Barat - sebelum dia dijadikan bahan cacian.
Peluang pegang, sentuh .Mangsa akan dibiarkan terkepung di tengah-tengah beberapa bulatan.



Lelaki yang berada dalam lingkaran paling depan akan mencabul mangsa sama ada secara lisan atau fizikal dengan lelaki pada rantaian kepungan kedua menjadi penonton.Rantaian kepungan ketiga pula bertindak sebagai pelindung dengan mengalihkan perhatian orang ramai daripada apa yang berlaku di sebalik perbuatan mereka.


Jika bilangan peserta 'permainan' Taharrush mencukupi mangsa akan diseret sambil pakaiannya dikoyakkan.Tidak cukup dengan itu, pelaku akan menyentuh, memegang atau meramas anggota badan wanita terbabit.


Di Mesir, Taharrush dianggap sebagai "rogol berkumpulan atau cabul ringan" dan pernah terjadi ketika negara itu berada pada fasa Arab Spring pada 2011.Dengan orang awam memenuhi Dataran Tahrir di tengah Kaherah untuk menuntut perubahan kerajaan, ramai wanita - sesetengahnya wartawan asing - menjadi mangsa serangan seksual itu.


Walaupun sesetengah mereka hanya disentuh, ada kes lain mangsa diserang secara seksual, dibogelkan dan dirogol.Taharrush bukan saja 'dimainkan' semasa demonstrasi, sebaliknya berlaku ketika sambutan perayaan, konsert atau sebarang perhimpunan massa.


No comments:

Post a Comment