Showing posts with label BERITA. Show all posts
Showing posts with label BERITA. Show all posts

Thursday, 19 May 2016

1 Maut, 3 Parah, Honda Civic Total Lost



KUALA LUMPUR - Seorang wanita maut, manakala tiga lelaki parah dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta Honda di awal pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.20 pagi di lebuhraya persekutuan itu, kereta yang dinaiki oleh empat mangsa dilaporkan hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh lampu jalan. 

"Kejadian itu berlaku di hadapan Angkasapuri menuju ke Midvalley. Ketika bomba tiba di lokasi kejadian, tiga mangsa lelaki tidak sedarkan diri. Manakala mangsa wanita meninggal dunia di lokasi kejadian," kata Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur. 











Ketiga-tiga mangsa telah diselamatkan dan dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan kecemasan

Pesawat EygtAir MS804 Terhempas Dipercayai Diserang Pengganas


CAIRO - Serpihan pesawat EygptAir 804 yang membawa 66 penumpang termasuk anak kapal ditemui setelah terhempas di selatan kepulauan Crete, Greek.

Lapor Daily Mail, pesawat tersebut dipercayai menjunam secara tiba-tiba pada ketinggian 22,000 kaki sebelum hilang dari radar. 

Pesawat MS804 itu dilaporkan hilang berhampiran pulau Karpathos, Greek, 10 batu ke dalam ruang udara Mesir pada jam 12.30 tengah pagi  (waktu tempatan) tanpa membuat sebarang panggilan kecemasan, mencetus kebimbangan tragedi itu mungkin disebabkan oleh serangan pengganas. 



Beberapa jam kemudian dua serpihan plastik besar ditemui terapung di lautan, 230 batu dari selatan pulau Crete. Dua objek plastik yang berwarna merah dan putih itu ditemui berhampiran dengan kawasan di mana isyarat transponder pesawat malang itu berakhir. 

Terdahulu, Menteri Pertahanan Greek, Panos Kammenos berkata, Airbus 320 itu secara tiba-tiba berpaling di udara, menjunam dari ketinggian 37,000 kaki ke 15,000 kaki sebelum isyarat pesawat itu hilang dari rada pada ketinggian kira-kira 10,000 kaki. 

Menurut pandangan pakar pula, pesawat malang itu mungkin sudah menjadi sasaran untuk serangan pengganas. 




Menteri Penerbangan Awam Mesir, Sherif Fathi juga tidak menolak kemungkinan ianya didalangi oleh pengganas berbanding kerosakkan teknikal. Ketua Agensi Keselamatan Rusia, Alexander Bortnikov juga mendakwa tragedi itu lebih menjurus kepada serangan pengganas. 

Seorang kapten sebuah kapal yang kebetulan berada di kawasan kejadian juga mendakwa ternampak sebuah objek berapi di langit sebelum menjunam ke laut. 

Friday, 13 May 2016

Video Dan Gambar Banjir Kilat Di Kuala Lumpur 12 May 2016

KEPL
Video Dan Gambar Banjir Kilat Di Kuala Lumpur 12 May 2016|KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 buah kereta tenggelam, manakala ratusan lagi terperangkap dalam banjir kilat yang melanda beberapa laluan di ibu negara susulan hujan lebat, lewat petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, menerima laporan sekurang-kurangnya empat laluan sekitar ibu negara dinaiki air sehingga mengakibatkan kesesakan trafik luar biasa, kira-kira jam 7.15 malam.
Antara laluan yang terjejas teruk adalah di Jalan Semantan, Jalan Tuanku Abdul Halim (Jalan Duta), Jalan Bangsar dan Jalan Pudu (hadapan Hospital Tung Shin) serta Jalan Pantai Dalam, dan belasan kenderaan dilaporkan tenggelam dalam banjir kilat di Jalan Lingkungan Budi dan hadapan pintu masuk kampus Universiti Malaya (UM), di sini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, 15 kenderaan dilaporkan tenggelam dalam banjir kilat separas pinggang yang membanjiri dua kawasan berkenaan dan menyebabkan puluhan kenderaan lain terperangkap dalam kesesakan.
“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai dan Seputeh digerakkan ke lokasi untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam kenderaan.
“Seramai 11 orang diselamatkan dengan seorang wanita sesak nafas dan dihantar ke hospital berhampiran,” katanya ketika dihubungi BH, tadi.
Beliau berkata, pemandu serta penumpang lebih 100 kenderaan yang terperangkap dalam banjir kilat di Jalan Duta menghala ke Damansara turut diarahkan meninggalkan kenderaan masing-masing demi keselamatan mereka.
Sumber@Berita Harian
Video Banjir Kilat Di Kuala Lumpur 12 May 2016
Video Player
gambar Banjir Kilat Di Kuala Lumpur 12 May 2016
13230121_484887435038531_1210478125568157423_n
13227148_10204848907261954_1653324376815830608_n
13227117_484887401705201_2318001310250176696_n
13221733_484887418371866_3835452267962057245_n
13220955_484913935035881_6592991831721502561_n
13179124_484887368371871_4115225913677866658_n
13177424_484900711703870_3470802140439050041_n
13177261_484887348371873_3681441899332989200_n
13173979_484900795037195_6831196415919208097_n
13165880_484900778370530_6939146143337736860_n
13164234_484900761703865_5506031872533632061_n
13087899_484913788369229_1708405778392062271_n
13076920_484900938370514_7214070501750825632_n

Wednesday, 11 May 2016

'Seronok Kerja Angkat Sampah Di Jepun..'



Terjumpa gambar lama sewaktu berada di negara Jepun dulu. Kalau ada masa lapang, kami buat kerja angkat sampah. 

Gaji sehari, 10,000 yen bersamaan dengan RM400 mengikut nilai mata wang pada waktu itu. 

Seronok buat kerja ini. Lebih-lebih lagi bila lalu depan tadika, cikgu akan panggil semua anak muridnya keluar, suruh tepuk tangan dan bersorak memberikan sokongan kepada kami. 

Bayangkanlah, budak-budak kecil yang comel terjerit-jerit,

"GAMBATTE KUDASAAAIII!!" 

Rasa macam hero. Hero Sampah sajalah. Hehehe! 

Sampai sekarang, bila nampak orang kita buang sampah/puntung rokok merata-rata, rasa macam panas hati. Kalau rasa tak mampu menyumbang pada agama, jangan jadi penganut yang mencalit kekotoran.

Thursday, 5 May 2016

Saya Kenal Tangan Suami Yang Membelai Saya Selama Ini.



Ingat tak insiden kren runtuh tahun lepas semasa musim haji di Masjidil Haram? Aku tengah ada kursus petugas haji sekarang. Dapat cerita yang sangat menyentuh hati. Cerita ini disampaikan oleh pegawai Tabung Haji yang handle kes ini sendiri.

Selepas berlaku insiden itu, jemaah-jemaah haji yang tak jumpa waris mereka dipanggil datang untuk mengecam mayat. Keadaan mayat-mayat amat menyayatkan hati. 

Arab Saudi letakkan gambar-gambar jenazah di dinding-dinding dewan agar semua boleh membuat pengecaman. 

Ada seorang anggota jemaah haji wanita yang tengah membuat pengecaman. Dia nampak satu gambar jenazah yang hanya tinggal tangan sahaja. Makcik ini terus menangis dengan penuh syahdu. Dia terus membuat pengecaman bahawa itu adalah tangan suaminya. 

Semua hairan, macam mana dia boleh tahu bahawa itu adalah suaminya. Sedangkan hanya tangan itu saja yang tinggal dan tiada apa-apa tanda-tanda istimewa, cincin atau jam pun untuk mengetahui bahawa itu adalah tangan suaminya secara pasti. 

"Selama berpuluh tahun selepas solat, saya akan tengok, salam dan cium tangan suami. Saya cukup kenal dengan tangan yang selama ini telah membelai dan menjaga diri saya dan keluarga," kata makcik itu.

Sedih, pegawai Tabung Haji ini yang mendengar jawapan makcik itu pun turut menangis sama. Moga kita dikurniakan suami yang soleh dan isteri-isteri yang solehah. Ameen.

Wednesday, 4 May 2016

'Mereka Tidak Layak Tinggal Di Tempat Ini'


Ini tempat pelupusan sampah(semua orang tau)maknanya hanya sampah sarap yang amat menjijikan.Tapi disebaliknya trdapat rahmat dicelah-celah timbunan sampah sarap ini yg mjadi punca rezeki yang halal..opss bukan ini yg nak aku cerita.Tajuk utama adalah kanak-kanak dibawah ini..Si Kakak berumur dlm lingkungan 7 tahun(aku rasa)Si Adik 4 tahun(aku agak la) bagi aku sdiri x layak untuk tinggal untuk insan bernama MANUSIA.



Mak bapak bdk2 ni ada je kat situ..tidur kata Si kakak..sambik2 borak..aku tanye la soalan2 ringkas..dah makan ke..dah mandi ke..si kakak jwb dah mkn...mkn megi..mandi x lg..air x de...air sg kering..tanye lagi..x pergi sekolah ke?...cepat2 dia geleng kepala..tp bila aku ckp aku ni cikgu..trus dia senyum manis dan panggil abg cikgu..terus je dr mulut dia myebut A..B..C..D..siap tulis atas tanah brdebu lg..aku tanye..x nak pergi sekolah ke?dia x mau..sebab bg aku sdiri..dia x tau apa makna sekolah.bila aku ckp kat sekolah ada kawan2 baru..blh main bola..main kejar2..matanya mjdi bulat yg mnunjukkan dia sgt suka..siap bisik lg kat telinga si adik..kita pergi sekolah nak tak?..apa lg..mcm2 la adik dia ckp tp x paham sgt..

Apa yg aku perhatikan..bdk2 ini bebas tanpa kawalan..dah la tempat ni tepi hutan tebal..dengar dr cerita org2 kat situ..sebulan sblm tu ada harimau tepi bangsal mereka..tp bdk2 ni bebas..sambil berlari2 berkejaran..bila penat..tangan x berhenti menyelongkar sampah sarap mcari permainan..Si kakak dpt beg Frozen..Si adik dpt gmbr2..api yg membakar sampah seolah2 x brkesan..mcm dah lali..ulat2 sampah yg bagi aku amat jijik..mereka sapu ngn tgn mcm tu je..hampir 2 jam bersama..mereka aku tinggalkan..jelas wajah mereka sedih..tangannya melambai tanda mgucapkan slmt tinggal...ternyata aku amat kesiankan masa depan mereka berdua..mereka amat cerdik..petah brkomunikasi..tp setakat ini hidup mereka trabai...keselamatan mereka trancam..kesihatan mereka x trjamin..

Harap kpd pemimpin masyarakat..jengok2lah mereka..wlau skejap.sekian

Sunday, 1 May 2016

Nelayan Gempar Dakwa Temui 'Gadis' Cantik Bak Bidadari di Tepi Pantai



BANGGAI, Sulawesi Tenggara - Nelayan di daerah ini gempar apabila mereka menemukan 'seorang' gads cantik yang mirip patung Barbie di tepi pantai di sini baru-baru ini.

Laporan dari pojoksatu menyatakan, penduduk Desa Kalupapi mukim Bakurun bertambah hairan apabila gadis tersebut sangat berbeza dengan remaja perempuan di kampung berkenaan, da diemkan tanpa memakai sebarang pakaian.

Ketika gadis itu ditemui pada 19 April lalu, ia seperti sedang menangis dan tubuhnya hanya ditutupi selendang nipis bewarna putih.

Sehingga kini, penduduk kampung berkenaan menganggap gadis itu sebagai anak bidadari.

Ia berikutan wajah gadis itu mirip dengan anak patung barbie yang mempunyai kening merah, mata bulat dan kulit putih yang bercahaya.

Gadis itu kini berada di sebuah rumah penduduk di desa tersebut.

Menurut penduduk, gadis itu ditemui oleh mereka selepas beberapa saat mendengar bunyi kuat sesuatu yang jatuh dari langit.

Didapati gadis itu sedang menangis tanpa memakai apa-apa, hanya selendang putih yang membalut badannya.

“Selepas ditemukan, gadis itu ditempatkan di sebuah rumah penduduk kampung dan dia diberikan baju serta tudung,’’ kata Rano, nelayan yang menemukan gadis cantik itu.

Meskipun ada dalam kalangan penduduk percaya gadis itu adalah bidadari yang turun dari langit, tetapi ada juga yang tidak mempercayainya.


Namun, setelah siasatan dilakukan, ternyata gadis bidadari itu hanyalah patung mirip manusia dan dipercayai digunakan bagi tujuan seks.

Setelah diteliti dan disiasat oleh anggota Polsek di lokasi penemuan gadis itu di Desa Kalupapi, ternyata bidadari itu tidak ada, sebaliknya ia hanyalah boneka silikon yang ditemukan nelayan.

“Anak patung itu dibawa pulang ke rumah nelayan, diberi pakaian dan diambil gambar sebelum ada pihak menyebarkannya dalam internet,” kata seorang anggota Polsek sebagaimana lapor Utusan Online.

Doa Seorang Isteri Pertama Buat Suami Dan Madunya


Rawang: Ummu Aiman Mohd Sani, 27, isteri pertama kepada Dr Mohd Salman Mohd Sabri, 33, yang menyaksikan majlis Akad Nikah suaminya dengan Nurul Mubaraqah Najri, 21, telah menadah tangan mendoakan suami dan madunya itu.

“Saya doakan suami menjadi pemimpin yang baik dan bertanggungjawab. Sekali gus dapat mendidik kami berdua menjadi isteri solehah.”

"Saya berharap kesediaannya berpoligami ini mampu menjadi contoh kepada masyarakat di luar sana," kata Ummu Aiman dipetik laporan Harian Metro.

Majlis Akad Nikah berkenaan berlangsung secara beramai-ramai di Masjid Cahaya Iman di Bandar Country Homes semalam.

“Saya harap ia (keluarga) menjadi model keluarga poligami kepada semua,” katanya yang mengalu-alukan kehadiran Nurul dalam keluarganya.

Mohd Salman pula berkata, dia berharap kedua-dua isterinya dapat menjalin hubungan yang baik. 

Saturday, 30 April 2016

Suami Buat Sesuatu Yang Sangat Tak Disangka Pada Mayat Isterinya Ini...


Demi Cinta Pada Isterinya! Suami buat sesuatu yang sangat tak disangka pada mayat isterinya ini.

Demi cinta mendalam terhadap isteri, seorang suami sanggup tidur bersama isterinya yang sudah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu di sebuah rumah di Kampung Buangsiul di sini.

Kematian isterinya hanya diketahui sebaik menyedari tubuh badan isterinya, Lusi Tuyu 79, tidak lagi bergerak petang kelmarin.

Menurut sumber, si suami, Hidup Durahman yangdipercayai kurang siuman tinggal bersama isterinya yang sakit tenat di rumah Program Bantuan Rakyat (PBR).

Dia yang hairan melihat keadaan isterinya tidak bergerak akhirnya memaklumkan kejadian itu kepada jiran terdekat.


Sebaik diperiksa, keadaan badan isterinya sudah berbau busuk dipercayai meninggal dunia beberapa hari lalu.

Sepasukan polis turut berada di lokasi sekitar jam 6.14 petang kelmarin dan pemeriksaan terhadap badan Lusi tidak menemui sebarang unsur jenayah.

Mayatnya kemudian dihantar ke Rumah Mayat Hospital Limbang untuk bedah siasat petang semalam manakala kes terbabit diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Monday, 25 April 2016

Lelaki Remaja 17 Tahun Ini Cabul Bayi Perempuan 7 Bulan Sampai Cedera Parah

Seorang bapa bertindak memotong tangan seorang remaja lelaki yang mencabul anak perempuannya yang berusia tujuh bulan, lapor Metro.uk.

Remaja yang berusia 17 tahun itu didakwa cuba mencabul seorang bayi perempuan tujuh bulan pada tahun 2014.

Remaja itu kemudian ditahan dan kemudian dihantar ke hantar ke pusat pemulihan juvana sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Ketika sesi pendengaran kes tersebut pada 19 April lalu, bapa bayi berkenaan, 25, mendakwa dia menarik balik dakwaan dan memaafkan remaja berkenaan.


Lelaki itu kemudian menawarkan untuk membawa pulang remaja ke rumahnya memandangkan mereka tinggal di kampung yang sama di Kotli Ablu.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, lelaki itu menghentikan kenderaannya dan bertindak menyerang remaja itu dengan memotong tangan mangsa dengan parang sebelum meninggalkan mangsa dalam keadaan berlumuran darah.

"Beberapa penduduk kampung mendengar tangisan remaja dan kemudian berlari ke arah terusan dan mendapati seorang remaja lelaki mengalami pendarahan teruk dan suspek telah melarikan diri," kata jurucakap polis, Swapan Sharma dipetik Indian Express.

Remaja itu kini dirawat di Hospital Awam Bhatinda dan keadaannya dilaporkan kritikal manakala polis sedang memburu lelaki berkenaan dan akan didakwa atas tuduhan cubaan membunuh.

'Saya Nak Melihat Suami Buat Kali Terakhir' Kisah Yang Dikongsikan Amat Menyentuh Perasaan


Kisah yang dikongsikan seorang followers Oh! Media yang amat menyentuh perasaan kami.

"Assalamualaikum, sy hanya ingin bercerita tentang kejadian kemalangan pada hari sabtu lepas 23/4/16 pada jam lebih kurang 5.05 petang.

Ini kisah acu & paksu sy. Mereka terlibat dlm kemalangan jalan raya di KM394.2(U) (tapah-tg malim) atau lebih dikenali di highway slim river.

Kejadian berlaku apabila 1 trailer kontena terbabas dan telah melintang ke arah lorong laju arah Utara & Selatan. Akibat kejadian, kereta acu sy telah melanggar Kontena tersebut yg berada di lorong jalan laju. Paramedik mengesahkan pemandu meninggal di tempat kejadian.

Suami kepada acu sy, Zul Haizal Asmar B. Marzuki (paksu), 34 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Isteri nya Rafidah Bt Othman (acu) cedera parah pada bahagian kaki dari peha sehingga tulang keting. Dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun under ICU. (Di-transfer dari Hospital Slim River)

Di dalam kereta bersama sekali ibu kepada arwah dan 3 orang anak anak nya.

Ibu arwah mengalami kecederaan pada pinggang, dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.
(Di-transfer dari Hospital Slim River)

Anak arwah yg pertama Nur Zahra Iffah, 6 tahun mengalami skull fructure di mana terdapat 3 tulang yg retak, di sebelah mata, dan tulang pada belah kanan pipi. Memerlukan dana untuk operation. Dirawat di Hospital Permaisuri Bainun Ipoh under ICU.
(Di-transfer dari Hospital Slim River)

Anak arwah yang kedua, Nur Zafeerah Husna, 3 tahun mengalami bengkak dan lebam pada bahagian kepala akibat hentakan. Dirawat di Hospital Permasuri Bainun Ipoh.
(Di-transfer dari Hospital Slim River)

Anak arwah yang ketiga, Muhd Zumar Harith, 1 tahun 3 bulan yg berada pada riba ibu nya (Rafidah) tidak mengalami sebarang kecederaan. Dijaga oleh waris yg terdekat buat sementara waktu.

Di sini sy sebagai saudara kepada mangsa ingin berkongsi kesayuan bila mengenang kan nasib seorang isteri yang sudah lama tiada ibu dan ayah, dan sekarang kehilangan suami yg tercinta, mengenang nasib anak anak nya yg masih kecil dan dirawat.

Pada hari Ahad 24/4/16 di mana kami sekeluarga (adik beradik rafidah & adik beradik Arwah Zul Haizal) ingin mengebumikan arwah, isterinya Rafidah masih tidak tahu status suaminya yg telah meninggal kerana isterinya masih dlm rawatan. Pada pagi Ahad, Rafidah mula sedar selepas operation. Pada pukul 9 pagi abang & kakak Rafidah memberitahu bersama doctor pakar di dalam bilik icu mengenai suaminya yg telah tiada, dan bertanya sama ada Rafidah ingin melihat suaminya dikebumikan atau tidak. Rafidah dalam keadaan sangat terkejut, sedih dan hiba, menyatakan yg dia ingin melihat suaminya kali terakhir. Terlalu sedih mengenangkan nasib beliau yg tidak dapat menggerakkan kaki akibat cedera parah dan mempunyai hanya satu tempat pergantungan dlm hidupnya iaitu hanya suami nya sahaja setelah kematian ibu & ayahnya.

Dua ambulance (isteri dan ibu arwah) bergerak sekali daripada Hospital Slim River ke kampung Rafidah Sri Mariah, Batu Gajah, Perak di mana tempat jenazah dikebumikan. Tetamu yg hadir bg melihat arwah begitu ramai sekali.

Semasa ketibaan dua ambulance, tetamu semua melihat satu peristiwa yg sangat menyentuh hati. Isterinya diturunkan hanya pada pintu ambulance sahaja kerana operation yg dijalani beliau masih tidak cukup 24 jam lg. Jenazah diangkat mendekati si isteri bg penghormatan si isteri untuk arwah suami. Jenazah suami diiringkan sedikit untuk memudahkan isteri mengucup dahi suami buat kali terakhir. Sayu rasanya melihat peristiwa seperti ini, tetamu yg mengerumuni mereka turut menangis hiba mengenangkan nasib seorang isteri yg tidak berupaya melihat jenazah suaminya. Dua orang anak nya didekatkan pada ibunya (rafidah) untuk ibunye mengucup anak anak nya itu. Sayu lg keadaan melihat ibu & anak anak nya menangis. Hanya Allah sahaja tahu perasaan seorang ibu yg bergelumang dgn 1001 perasaan sedih di hati.

Semoga isteri arwah tabah menghadapi segalan rencana Allah yg telah lama diaturkan. Minta jasa baik semua untuk mendoakan anak pertama nya yg masih kritikal di icu, dan minta didoakan agar isteri arwah mendapat kekuatan yg berterusan dan berpanjangan.

Hati hati lah memandu. Tidak mahu menyalahkan mana mana pihak, tp cukuplah bg pengajaran untuk semua yg membaca. Semoga Allah merahmati & melebarkan rahmat kasih sayangNya buat keluarga arwah, dah semoga Allah meletak kan arwah paksu yg terkenal dengan sifat baik nya dalam kalangan orang beriman. Semoga roh Zul Haizal Asmar dicucuri rahmat Allah yg Esa. Dia yang maha berkuasa ke atas ciptaanNya.

Moga syurga buat mu paksu.

Al Fatihah."