Showing posts with label SEMASA. Show all posts
Showing posts with label SEMASA. Show all posts

Thursday, 19 May 2016

'2 Bulan Saya Menderita Disihir Oleh Mertua Sendiri'


Perkahwinan kami yg tak sampai setahun musnah kerana sihir mertua sy...terlalu panjang utk sy ceritakan dimana awal punca segalanya berlaku..sebelum sy sakit..terlalu bnyak kezaliman mertua lakukan pd sy..sy diberi minuman kotor..rahim sy diikat supaya sy tiada zuriat dgn suami dan mcm2 lg..tp sbb syg sy diam..sy telan..sy terima..hinggalah akhirnya sy rebah dgn sihir mertua sy....hampir 2 bulan sy sakit...sy langsung tak dihiraukan suami..malah keluarga mertua langsung tak amik kisah sy sbgai menantu yg sakit..amat perit dgn permainan syaitan ini..

nasib baik sy masih ada seorang ibu yg bnyak membantu sy..kerjaya sy hancur..duit utk berubat tiada...diri sy tak terurus...yg sy tahu...sy sering menangis rindukan suami..sdngkan masa tu suami ada depan mata tp seolah2 sy rasa suami melihat sy dgn perasaan benci...sy ditengking suami tanpa rasa ehsan...akhirnya..suami melangkah keluar dari rumah kami pulang kepada keluarga dia..bila adik angkat sy orng yg sy percaya tempat sy meluah rasa khianat pd sy...dgn menghantar semua msg sy beri pada dia..diberi semula pd suami sy..dgn alasan..dia tak nak tanggung dosa sbb sy buruk2kn suami sy dan kuarga mertua sy....allahhuakbar..cukup terzalim sy diperlakukan...adik angkat sendiri tau dan lihat apa yg sy alami..tp kenapa dia khianat pd sy.....

lepas sy baik sakit..allah uji sy dgn sy mengandung..sy mencari cara utk berdepan dgn suami sy..sbb suami tak mahu jumpa sy..sy ingin khabarkan sy mengandung...sy bagaikan pengemis..mencari suami..telefon tak angkat..msg tak balas..mcm2 cara sy buat utk sy dpt jumpa suami sy..tapi bila sy dpt jumpa suami sy..pandangannya masih sama..benci melihat sy..katanya dia tak dpt terima sy kata mak dia menyihir sy..menyihir rumahtangga sy....masa tu..hanya allah kebenaran sy..lepas kejadian tu..sy pernah pengsan dijalanan duduk jatuh terhentak....kandungan sy gegar..anak dlm kandungan sy hnya bertahan selama sebulan....lepas sy gugur..sy habis pantang seminggu..

sy cari kerja..sy bangkit dari semua..sy berdiri atas kaki sendiri dgn semangat anak2 syurga sy..sy failkan fasakh..utk minta suami sy sedar..tp..siapa sangka..suami sendiri telah pergi kepjbt agama utk berkata..dia rela ceraikn sy dan fasakh sy..tidak diproses oleh pejabat agama..tp allah itu maha mengetahui segalanya..pejabt agama menukar fasakh sy dgn sesi kaunseling dan masa tu..sy fight bermatian atas nama allah....sy diberi sihir ilmu pemisah oleh mertua....sy tenang lalui semuanya..kini..sy masih lg ada 1 sesi utk kaunseling..sejujurnya..sy sudah tidak mahu lagi melihat muka suami sy..bukan kerana sy benci..tp sy terkilan dgn apa yg terjadi....

Wednesday, 18 May 2016

Brunei Airlines, Maskapai Penerbangan dengan Kru Muslimah Berjilbab di Dunia

Dalam sebuah postingan Facebook, maskapai penerbangan nasional Brunei, Royal Brunei Airlines memperkenalkan seluruh kru pesawat yang mayoritas Muslimah berjilbab.


Brunei Airlines, Maskapai Penerbangan dengan Kru Muslimah Berjilbab di Dunia

Foto tersebut diambil sebelum penerbangan BI081 lepas landas dari Brunei menuju Jeddah. Muslimah yang ditampilkan pada foto adalah: Kapten Sharifah Czarena, Pejabat Senior Pertama Sariana dan Petugas Senior Pertama Petugas Dk Nadiah.

Siapa bilang Muslimah itu tertindas?
(Sumber: Islampos.com)

Saturday, 14 May 2016

Tujuh mangsa buaya di Sarawak tahun ini

buaya
SIBU - Sebanyak tujuh kes serangan buaya telah direkodkan di seluruh negeri sehingga April ini, kata Pengarah Jabatan Hutan Sarawak Sapuan Ahmad.Beliau , daripada jumlah itu tiga mangsa telah meninggal dunia, tiga lagi cedera dan seorang mangsa masih hilang.
"Peningkatan populasi manusia dan buaya telah menyebabkan sumber makanan menjadi terhad dan menimbulkan persaingan menyebabkan buaya mengganggu manusia," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Hidupan Liar Sedunia Peringkat Sarawak 2016 di Rizab Semulajadi Bukit Lima, dekat sini
Turut hadir ialah Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) dan Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh mewakili Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Industri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan untuk merasmikan majlis itu.
Sapuan berkata, bagi mengurangkan persaingan kedua-dua pihak, Kerajaan Sarawak telah mewujudkan Zon Bebas Buaya di tujuh kawasan utama seluruh negeri. – Bernama

Longkang tersumbat kerana ular


Longkang tersumbat kerana ular
Ular sawa yang ditemui di dalam longkang di sebuah kilang pemprosesan makanan.
SENAI – Sekumpulan pekerja dari kilang pemprosesan makanan di Jalan Permas 9/15, Bandar Baru Permas, dekat sini terkejut apabila rutin harian mereka membersihkan longkang di sekitar kawasan kilang membawa kepada penemuan seekor ular sawa.

Pegawai Pemasaran kilang, Abu Bakar Mohd Khalid, 44 berkata, ular berkenaan ditemui pada kira-kira jam 9 pagi, semalam selepas mereka menyangka longkang berkenaan tersumbat ketika dibersihkan.“Ketika itu
sekumpulan pekerja sedang membersihkan longkang sebelum mereka mengadu longkang sukar dibersihkan mungkin kerana tersumbat.

“Selepas membuka penutup longkang, kami terkejut melihat seekor ular sawa besar di dalam longkang berkenaan,” katanya.

Katanya, mereka segera menghubungi pihak bomba dan penyelamat bagi menangkap ular berkenaan namun tidak berjaya kerana ular berkenaan berjaya menyembunyikan diri ke kawasan lebih terpencil.

“Ular berkenaan mungkin sedang bersalin kulit di situ kerana terdapat serpihan kulit yang tercabut sewaktu pihak bomba cuba menariknya keluar.

“Sebahagian operasi kilang turut ditutup kerana bimbang ular berkenaan memasuki kawasan kilang tanpa disedari,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Bomba dan Penyelamat Balai Johor Jaya, Fadullah Ishak berkata, pihaknya bersama seorang lagi anggota mengambil masa kira-kira tiga jam untuk menangkap ular berkenaan namun tidak berjaya.

“Kami turut mencurah air panas supaya ular berkenaan keluar dari tempat persembunyian namun tidak berjaya. Jadi kita terpaksa tunggu ular berkenaan keluar dari tempat persembunyian untuk menangkapnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan kakitangan kilang berkenaan agar mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak menganggu ular berkenaan sekiranya menjumpainya bagi mengelakkan sebarang risiko.

Padah tangkap biawak air


biawak air
Biawak air hidup yang dirampas Jabatan Perhilitan Terengganu hasil operasi khas yang dijalankan di sekitar Chendering, di sini, kelmarin.
KUALA TERENGGANU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya menahan empat warga Vietnam yang sedang menangkap biawak air, dalam satu operasi di sekitar Pusat Rekreasi Chendering, di sini, kelmarin.
Operasi khas dijalankan sepasukan anggota penguat kuasa kira-kira jam 2.30 petang itu adalah susulan aduan penduduk kampung di sekitar Kuala Ibai dan Chendering, di sini, berhubung tindakan nelayan warga Vietnam yang menjalankan aktiviti menangkap biawak air secara berleluasa tanpa menjaga sensitiviti penduduk kampung di sini.
Pengarahnya, Mohd Hasdi Husin berkata, hasil risikan dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa sebelum itu, mendapati seramai empat lelaki warga Vietnam sedang berjalan ke arah Pelabuhan Chendering sambil memikul empat ekor biawak air yang masih hidup.
“Keempat-empat warga Vietnam yang berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun ini ditahan dan soal siasat dijalankan mereka mengaku menangkap hidupan liar ini di sekitar Pusat Rekreasi Chendering, di sini, untuk dibawa pulang dan dijual ke negara mereka.
“Siasatan seterusnya mendapati biawak air merupakan antara makanan eksotik yang paling digemari di negaranya (Vietnam) selain turut tersenarai antara makanan kegemaran rakyat yang hidup mewah di sana,” katanya kepada pemberita, di sini, kelmarin.
Mohd Hasdi berkata, selain empat nelayan tersebut, pihaknya turut menahan seorang tekong juga warga Vietnam selepas serbuan seterusnya dilakukan terhadap sebuah bot dipercayai milik mereka di Pelabuhan Chendering, di sini.
“Pemeriksaan turut menjumpai sebahagian daging hidupan liar yang disyaki babi hutan di dalam bot terbabit sebelum menahan seorang lelaki tempatan yang secara kebetulan berada di lokasi dipercayai penjual daging babi hutan itu kepada mereka.
“Siasatan mendapati lelaki warga tempatan itu datang ke lokasi dengan sebuah kereta untuk menjual daging babi hutan kepada nelayan warga Vietnam yang berlabuh sementara di pelabuhan di sini,” katanya.
Katanya lagi, lima warga Vietnam itu ditahan reman selama empat hari untuk disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). Seksyen 60(a) dan 60 (b) iaitu menyimpan hidupan liar yang dilindungi dan juga bahagian hidupan liar yang dilindungi tanpa lesen yang sah.
“Sekiranya disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dua tahun penjara.
“Manakala lelaki warga tempatan itu dibebaskan dengan jaminan polis, bagaimanapun kereta miliknya telah disita,” katanya.
Dalam masa sama, Mohd Hasdi mengingatkan kepada orang ramai agar jangan sesekali berhasrat untuk membekalkan daging hidupan liar ini kepada warga asing kerana tindakan undang-undang boleh dikenakan.
Selain itu, Mohd Hasdi turut menasihatkan kepada orang awam terutamanya penduduk kampung yang berdepan gangguan biawak air atau babi hutan, selain diganggu dengan aktiviti menangkap hidupan liar terutama daripada warga asing, boleh menghubungi pihaknya di talian 09-6221460 untuk tindakan susulan.

Misteri kehilangan 'Black'

Misteri kehilangan 'Black'
Gambar bangkai buaya yang ditemui mati berhampiran Sungai Linggi pada 2010.
LINGGI – Misteri kehilangan seekor buaya tembaga yang mempunyai saiz sebesar sebuah van, di sini menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan penduduk tempatan terutamanya kaki pancing.

Sebelum ini, haiwan pemangsa itu didakwa menghuni di dalam lombong Kampung Pengkalan Durian, namun sejak kebelakangan ini buaya tembaga itu dikatakan menghilangkan diri.

Malah, ada mengatakan buaya berkenaan ditembak oleh sindiket menjual kulit buaya, tetapi itu hanyalah sekadar cakap-cakap kosong sahaja.

Menurut Adun Linggi, Abd Rahman Mohd Redza, disebabkan warna kulitnya berwarna hitam, buaya tembaga itu digelar 'Black' oleh penduduk tempatan.

"Walaupun saiznya besar, namun Black tidak pernah bersikap agresif terutamanya kepada kaki pancing yang memancing ikan di lombong tersebut.

"Sejak beberapa minggu lalu, Black tidak kelihatan di permukaan lombong tersebut sehingga ada yang menganggap buaya tembaga itu ditembak oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Tetapi kehilangannya itu mungkin disebabkan haiwan itu berpindah habitat memandangkan lombong inimempunyai aliran untuk ke Sungai Linggi,” katanya.

Abd Rahman berkata, bagaimanapun dia berasa kesal jika benar ada kejadian menembak buaya di kawasan itu.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan berkata, sehingga kini, pihaknya masih belum menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak berkaitan kes tembak buaya di Linggi.

"Bagaimanapun, kita akan menjalankan siasatan sekiranya ada aduan mengenainya (tembak buaya) sampai kepada pihak kami.

"Kes tembak haiwan liar adalah perkara serius dan menyalahi undang-undang dan mana-mana individu yang terlibat dengan kejadian ini boleh didakwa mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972,” katanya.

Untuk rekod, pada 2 Ogos 2010, seekor buaya tembaga betina ditemui mati di tepi pantai di kawasan sebuah resort di Tanjung Agas, berhampiran Sungai Linggi, dipercayai ditembak.

Menurut sumber Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan, sekurang-kurangnya terdapat 3,000 buaya hidup di Sungai Linggi.

Wanita ditelan ular sawa tidak benar

Wanita ditelan ular sawa tidak benar
Gambar ular sawa yang didakwa menelan seorang wanita di Taiping mulai viral hari ini.


IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak hari ini menafikan berita yang menjadi viral di laman sosial bahawa seorang wanita ditelan ular sawa di Taiping.  
Pengarahnya, Datuk Yahya Madis berkata perkara itu adalah tidak benar ‎dan pihaknya tidak pernah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu.  
"Mesej mengenai ular sawa telan manusia di Jalan Aulong, Taiping tersebut ‎adalah palsu yang pernah diviralkan dahulu dan kini disebarkan semula," katanya dalam satu kenyataan.  
Selain memaparkan gambar seekor ular sawa yang ditangkap pihak bomba, viral ‎tersebut menyatakan reptilia itu diserah kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negera (Perhilitan) Perak.  - Bernama

Musim durian Balik Pulau lebih panjang

durian

BALIK PULAU - Penggemar durian Balik Pulau tahun ini pasti lebih gembira kerana berpeluang menikmati raja buah itu bagi jangka masa yang lama berikutan tempoh durian berbuah kini melebihi empat bulan berbanding hanya tiga bulan sebelum ini.
Ini disebabkan keadaan cuaca panas berikutan fenomena El Nino yang mengakibatkan hasil buah mengalami tiga peringkat berbanding tahun sebelum ini hanya dua peringkat, iaitu dalam tempoh tiga bulan.
Pemilik Ladang Durian Boa Sheng, Chang Teik Seng berkata musim durian kali ini lebih panjang disebabkan jumlah hujan yang kurang dan cuaca panas berikutan fenomena El Nino.
"Musim durian ini bermula awal Mei dan saya lihat buah akan berhasil dalam tiga peringkat iaitu peringkat pertama hasilnya pada Mei hingga Jun, kedua pula pada Jun hingga Julai, dan akhirnya pada Julai hingga Ogos ini," katanya ketika ditemui di kebunnya, di sini hari ini.
Teik Seng‎  yang mewarisi ladang bapanya yang dibuka sejak tahun 1959 itu, berkata walaupun peringkat penghasilan durian bertambah tetapi kuantiti buah pada setiap pokok tetap sama iaitu dianggarkan 40 biji sepokok.
"Untung kepada penggemar raja buah ini kerana musim kali ini tempohnya bertambah dan mereka mempunyai masa untuk merasai keenakan pelbagai jenis buah durian.
"Pengeluaran buah tetap sama setiap tahun dianggarkan sebanyak 7,000 biji buah daripada 300 pokok durian di ladang ini," katanya yang mempunyai ladang durian seluas 6.7 hektar.
Teik Seng berkata setiap kali musim durian, ladangnya akan dibanjiri lebih 5,000 orang dan tahun ini beliau menyasarkan sebanyak 7,000 orang akan datang untuk menikmati keenakan 20 jenis buah durian.
Katanya pelanggan boleh datang menikmati buah durian segar dan mengutip sendiri buah di ladang dengan harga pakej yang disediakan.
"Saya tidak eksport buah, tetapi saya 'import' penggemar buah durian datang sendiri ke ladang durian. Boleh dikatakan separuh daripada pelanggan saya adalah pelancong luar negara dan ada yang sanggup datang dari Amerika Syarikat dan Rusia untuk menikmati keenakan raja buah ini," katanya. - Bernama

Sejarah terlakar, JDT juara Piala FA, tewaskan PKNS FC


Sejarah terlakar, JDT juara Piala FA, tewaskan PKNS FC
PASUKAN JDT muncul juara Piala FA 2016 selepas menewaskan pasukan PKNS FC 2-1 pada perlawanan akhir malam tadi.
Dalam aksi di Stadium Shah Alam itu, PKNS FC berjaya membuka tirai jaringan menerusi Gabriel Miguel Guerra pada minit ke enam perlawanan.
AKAN MENYUSUL.

Friday, 13 May 2016

Pemandu atau penunggang tanpa lesen akan terus dihadapkan ke mahkamah, kenderaan turut disita

malaysian-driving-license-001_PTBM

Awas bagi yang semua pemandu dan penunggang tanpa lesen memandu yang sah. Anda mungkin akan ditahan oleh pihak polis, dan terus didakwa di mahkamah atas kesalahan memandu/menunggang tanpa lesen!
Pihak polis trafik tidak akan berkompromi dengan pemandu dan penunggang yang tiada lesen ini, tiada lagi sekadar memberikan saman kompaun seperti yang dipraktikkan sebelum ini, namun pesalah akan terus didakwa di mahkamah, laporan The Sun. Dilaporkan telah mula dikuatkuasakan sejak pertengahan bulan lepas, arahan terbaharu ini telah menyaksikan ribuan pemandu dan penunggang motosikal yang tidak berlesen telah didakwa di mahkamah.
Langkah ini diambil berikutan peningkatan kes memandu/menunggang tanpa lesen sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Di mana polis telah menahan lebih daripada 630,000 pemandu/penunggang yang tidak memiliki lesen yang sah pada tahun 2014 dan 2015. Malah ia juga dikatakan sebagai penyumbang utama peningkatan kemalangan jalan raya pada setiap tahun.
Mana-mana pemandu/penunggang yang didapati bersalah akan berhadapan dengan denda sehingga RM1,000 atau setahun penjara, atau kedua-duanya sekali, di bawah Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan. Bahkan mereka juga boleh didakwa di bawah Seksyen 90 untuk kesalahan memandu tanpa pelindungan insurans, yang dikenakan denda sehingga RM2,000 atau tiga bulan penjara, atau kedua-duanya sekali.
Bercakap dengan akhbar berbahasa Ingeris itu, ketua polis trafik persekutuan SAC Mahamad Akhir Darus berkata penguatkuasaan ini disasarkan bagi mendidik mereka tentang bahayanya memandu/menunggang tanpa lesen yang sah. “Pemandu atau penunggang tanpa lesen ini tidak menjalani ujian atau latihan memandu secara formal. Maka mereka juga tidak tahu undang-undang trafik, tanda jalan atau pemanduan defensif,” ujarnya.
polis operasi PT

polis operasi PT
Sambungnya lagi, “Justeru, mereka bukan sahaja membahayakan pengguna jalan raya yang lain bahkan diri mereka sendiri. Penguatkuasaan ini bukanlah mahu membebankan mereka atau mengutip keuntungan. Tetapi mahu mendidik. Pasukan polis merupakan agensi penguatkuasaan dan bukannya untuk mengaut keuntungan.”
Akhir turut menambah pihak polis tidak akan lagi mengeluarkan saman kompaun bagi kesalahan memandu/menunggang tanpa lesen, sebaliknya akan terus menyita kenderaan pesalah dan mengeluarkan surat perintah mahkamah secara serta merta.
“Disebabkan mereka tidak mempunyai lesen, jadi adalah menyalahi undang-undang untuk membenarkan mereka terus menggunakan kenderaan tersebut. Jadi kami akan terus menyita kenderaan mereka. Bagi pemilik kenderaan terbabit, turut akan disaman sewaktu mereka mahu mengambil semula kenderaan itu. Saman berjumlah RM300 akan dikenakan bagi yang membenarkan pemandu/penunggang tanpa lesen memandu/menunggang kenderaan milik mereka.”
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengumumkan penguatkuasaan yang lebih ketat bakal diambil bagi kesalahan ini. Malah beliau turut berkata semua pengguna jalan raya harus mengambil serius akan perkara ini dan bertanggungjawab di jalan raya. “Banyak kemalangan jalan raya dan kematian adalah berpunca dari mereka yang tidak memiliki lesen,” ujarnya.



Thursday, 12 May 2016

Kak Mah Berputih Mata Barang Kemas Bertukar Jadi Daun Kering dan Pasir



PASIR MAS, 10 Mei - Seorang wanita berputih mata apabila barang kemasnya yang bernilai hampir RM16,000 bertukar menjadi daun kering dan pasir.

Sinar Harian melaporkan, Kak Mah, 60-an, dipercayai dipukau oleh dua orang lelaki yang berusia sekitar 30 hingga 40-an.

Menurut Kak Mah, salah seorang dari lelaki terbabit memperkenalkan dirinya sebagai Ustaz Ibrahim dan berdialek dalam bahasa kelantan manakala seorang lagi bertutur dalam bahasa melayu biasa.

"Semasa kejadian Kak Mah baru lepas mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

"Ketika itu Kak Mah sedang menunggu kereta sapu untuk pulang ke rumah dan menumpang teduh di salah sebuah wakaf berhampiran Dewan Majlis Daerah Pasir Mas.

"Tiba-tiba Kak Mah didatangi oleh dua lelaki dan mereka berdua bercakap tentang kelebihan sebutir batu sebesar jari kelinking seakan-akan warna emas yang tertera nama Nabi Muhammad SAW," katanya.

Menurutnya juga, lelaki itu juga rancak menceritakan keistimewaan batu itu yang boleh diguna sebagai pelaris dan merawat pelbagai penyakit. 

Tiada Lagi Saman, Memandu Atau Menunggang Tanpa Lesen Akan Terus Didakwa Di Mahkamah


Adakah anda salah seorang yang pemandu atau penunggang motosikal yang tidak berlesen? tahukah anda bahawa anda, jika anda ditahan oleh pihak polis, anda akan terus didakwa di mahkamah atas kesalahan memandu atau menunggang tanpa lesen.

Memetik laporan The Sun Daily, pihak polis tidak lagi akan berkompromi dengan mereka yang memandu atau menunggang atas kesalahan tiada lesen, mereka sudah tidak akan disaman seperti sebelum ini sebliknya akan terus didakwa di mahkamah.

Menurut laporan juga, ia telah dikuatkuasakan sejak pertengahan bula April lepas, tindakan ini diambil berikutan peningkatan kes memandu dan menunggang tanpa lesen sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sehingga kini, pihak polis telah menahan lebih daripada 630,000 pemandu atau penunggang yang tidak mempunyai lesen memandu yang sah sejak tahun 2014 dan 2015 di mana dia dikatakan sebagai penyumbang utama peningkatan kemalangan jalan raya pada setiap tahun.

Mereka yang ditahan dan didapati bersalah memandu tanpa lesen berhadapan dengan denda sehingga RM1,000 atau setahun penjara, atau kedua-duanya sekali, di bawah Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan.

Bagi mereka yang memandu tanpa perlindungan insurans pula boleh didakwa di bawah Seksyen 90 yang dikenakan denda sehingga RM2,000 atau tiga bulan penjara, atau kedua-duanya sekali.

Ketua Polis Trafik Persekutuan SAC Mahamad Akhir Darus berkata, penguatkuasaan ini disasarkan bagi mendidik mereka tentang bahayanya memandu/menunggang tanpa lesen yang sah.

“Pemandu atau penunggang tanpa lesen ini tidak menjalani ujian atau latihan memandu secara formal. Maka mereka juga tidak tahu undang-undang trafik, tanda jalan atau pemanduan defensi.” 

“Justeru, mereka bukan sahaja membahayakan pengguna jalan raya yang lain bahkan diri mereka sendiri. Penguatkuasaan ini bukanlah mahu membebankan mereka atau mengutip keuntungan. Tetapi mahu mendidik. Pasukan polis merupakan agensi penguatkuasaan dan bukannya untuk mengaut keuntungan," ujarnya. 

(20 Gambar & Video) Kuala Lumpur Dilanda Banjir Kilat

Gambar besar: Keadaan yang diambil di UM. - Foto : @fznhmi /Twitter


Kuala Lumpur: Hujan lebat di kawasan di sini sejak pukul 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Bangsar, Jalan Semantan dan Jalan Pudu mengalami banjir kilat.

Harian Metro melaporkan, Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, banjir itu berlau sekitar jam 7.30 malam tadi.

"Seramai 28 petugas berada dalam keadaan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

"Hujan lebat melanda beberapa kawasan antaranya di sekitar Pusat Bandar, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Tuanku Abdul Halim, Lebuh Raya Sultan Iskandar, Jalan Semantan, Brickfields, Bangsar, Jalan Pahang, Jalan Sentul, Jalan Tun Razak dan di beberapa kawasan lain.

"Sehingga kini tiada kejadian lain seperti pokok tumbang dilaporkan berlaku," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan empat jalan utama terjejas akibat banjir itu.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata jalan terbabit ialah Jalan Bangsar, Jalan Semantan, Jalan Pantai Baharu dan Jalan Pudu.

"Hujan lebat yang bermula lewat petang ini menyebabkan jalan itu ditenggelami air sedalam satu meter.

"Pihak bomba telah menempatkan sebanyak 28 anggota dan pegawai bagi menghadapi sebarang kemungkinan," katanya kepada Bernama.

 - Siakapkeli.my

Video : Banjir di terowong Bangsar ke Pantai Dalam disebabkan hujan lebat dan paras air sungai klang naik..Kiriman : Nur Haizad‎
 









Sekitar UM




Sekitar Bangsar




Jalan Duta ke Istana


Wednesday, 11 May 2016

Suami Ego Insaf Pada Hari Isteri Hembuskan Nafas Terakhir


"Abg saya cuma nak jadi satu satunya perempuan yang awak igt "

Saya igt lagi masa mula mula kita kenal dulu . Saya baru habiskan master , tgh usung sijil ke hulu ke hilir mintak kerja. Dan masa tu saya tgh frust dgn ex awak ada bantu saya dari saya belajar sampai saya habiskan master saya.

Saya perasan awak tk pernah merungut walau saya susah. Tak pernah tarik muka even saya bawak awk pergi makan warung warung dan kdg kdg awk yg tlg bayarkan itu ini .

Selama kita kahwin 3 tahun, sekalipun saya tak pernah layan awak sebagai isteri . Saya igt lagi, betapa sbrnya awak sebelum kita kwin dlu berapa banyak kali saya lukakan hati awk . Kantoi ada perempuan lain sana sini. Tapi awak still sabar.

Sejujurnya dlu masa kita kwin, saya kwin dgn awak sbb saya rsa kesian. Saya rsa awk mmg perempuan yg bersungguh sungguh dgn saya. Saya terluka stiap kali igt semula tntng kita. Cincin tunang dan kwin kita awk sendiri beli. Saya teringat betapa eksitednya awak kita nk kwin . Awk sibuk pilih baju, pilih hantaran yg awk suka . Tpi saya sepatah tak tunjuk minat. Saya thu awak terasa hati tpi entah mgkin sbb saya ego. Saya biarkan . Saya igt lagi 2 hari sblum kita kwin awak tanya btul ke awak pilihan saya . Saya cuma mampu seen je ws awk sbb saya tkde jawapan untuk soalan tu. Even saya acuh tak acuh, saya tk bersungguh dan tak stabil awk ttp nk berkahwin dgn saya.

3 tahun kita kawin kita msih belum ada anak. Saya nampak kadang kadang bila awk scroll ig, scroll fb kawan kawan awk yg bhgia dgn life diorang suami dan anak diorang . Awak jdi sedih . Sedih bkn sbb awk takde anak. Tapi sedih sbb saya gagal kan? Gagal jadi suami yg baik untuk awak. Saya thu awk kecewa sbb saya selalu abaikan awk, saya tk pernah tunjuk minat untuk ada anak, saya tk pernah cuba fhm awk. Maafkan saya sebab saya tipu perasaan saya sndiri masa kita kwin dlu . Saya tk cintakan awk tpi saya tk mampu undur diri .

Walaupun 3 tahun dh berlalu tapi hati saya masih belum terbuka untuk terima awk sepenuhnya . Dan saya diuji bila ex saya muncul semula dlm life saya . Lagi sekali saya abaikan . Dan tak lama lepas tu mungkin tuhan nak tunjuk pada awk betapa tak gunanya saya sbgai suami. Awk terbaca smua ws saya dgn dia. Ya saya tahu awk terluka . Dan banyak banyak hari yg saya lukakan awk . Haritu awak paling terluka . Awk tunjuk ws tu dkt saya. Air mata awk mengalir, masa tu saya btul btul tk thu nk buat apa. Saya dgr awk tersedu sedu menahan tangis dalam bilik kita. Egonya saya . Saya tk cuba pujuk awk lgsung.

Saya hilangkan diri berhari hari dgn alasan outstation . Dan saya terima sms dari awk . Awk nak saya balik . Awk janji awk akan lupa apa awk baca dan awk janji yg awk akan buat takkn pernah terjadi hal ni . Sms kedua masuk , ringkas "saya dh prgnnt, abg baliklah. Saya masak makanan fav abg"

Saya balik dan cuba untuk sayangkan awk memandangkan awk pun dh mengandung. Lagi sekali saya lukakan awk. Saya tk pernah teman awk bila awk jmpa doktor, saya tk pernah bangun bila awk muntah muntah, saya pura pura tiur bila awk cramp dan saya tk pernah tanya awk mengidam atau sakit apa apa.

Entah mungkin awk tahu siapa saya dan kenal siapa saya. Awk diamkan. Tk pernah awk merungut sepanjang 9 bulan awk mengandung. Awk ttp bangun pagi masakkn saya, siapkan pakaian dan jaga makan minum saya. Saya pernah tinggikan suara pada awk sbb awk demam dan mungkin betul awk tak larat masa tu. Saya marah dan mntk awk jgn mengada ngada. Sdgkn tu kali pertama awk mgdung awk mengadu sakit dan mntk saya bawakkn awk pergi hospital. Sedangkan selama ni kalau awk demam sakit atau apa awk berselubung tahan sakit smpai tertidur . Hari baru saya sedar betapa kejamnya saya.

Disebabkan saya ego saya tk pernah cuba cari peluang untuk adakan masa dgn awak. Alasannya sbb saya sibuk. Bila awk sms atau ws cerita itu ini . Saya seen. Last status awk update di wc "Jgn benci sesuatu perkara, kelak perkara yg kau benci akan jdi perkara paling kau rindu"

Saya tk sangka tu moment terakhir awk. Awk hembuskan nafas terkahir pada hari ahad 3 MEI 2015 . dan harini genap setahun kepergian awak . Saya tk thu kesakitan apa yg awk tnggung masa nak lahirkan anak kita. Maafkan saya even masa awk lahirkan anak kita saya ttp takde disisi awak . Saya terfikir kesakitan dan ketakutan apa yg awk lalui masa tu sendirian . Sdgkn org lain ada suami di sisi. Maafkan saya sbb saya tk pernah tunjuk kasih sayang pada awk dan anak kita . Saya tk pernah ambil tahu psl awk dan anak kita .

Hari awk tinggalkan saya, saya mula sedar yg saya jatuh cinta pada awk dan saya mula sayangkan anak kita . Saya cuma sempat bisikkn pada awk terima kasih sbb lahirkan anak kita . Tapi saya nampak awk dh tak bergerak, dah tkde lagi wife yg senyum , pegang dan cium tgn saya . Tuhan je tahu betapa saya menyesal masa tu . Saya kucup dahi awak lama lama dan masa tu saya mula berharap agar saya dpt cium lagi awk mcm mana saya cium awk hritu . Dan skrng saya fhm rsa bila kita mencintai org yg tkkn ada utk kita.