Showing posts with label MOTIVASI & TIP. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI & TIP. Show all posts

Sunday, 7 August 2016

PETUA HILANGKAN PERUT BUNCIT DALAM MASA SEMINGGU YANG SANGAT BERKESAN!! SANGAT MUDAH, JIMAT, TAK PERLU PRODUK BAGAI!! -SILAKAN SHARE


Harini admin nak share tips atau petua yang memang mujarab untuk hilangkan masalah perut buncit yang banyak menghantui rata-rata rakyat di Malaysia. Ramai yang dah cuba dan ternyata berkesan dalam masa satu minggu#

Tip ini amat mudah sekali dan melibatkan bahan-bahan yang senang untuk didapati di pasaraya berdekatan anda#.

#Bahan-bahannya:

1. Lemon(setengah)
2. Kurma(2 biji)
3. Secawan air suam-150mls
3. Bawang putih(4 ulas)

Cara-caranya:

1. Buang kulit bawang putih.
2. Blend semua bahan-bahan. Paling baik blend sekali dengan kulit lemon tu.



2. Tapis.
4. Minum 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Kurma dapat membantu mengurang rasa pahit selain khasiatnya yang tersendiri, Bawang putih pula boleh mengaktifkan penghasilan leptin iaitu horman yang mengurangkan selera makan, lemon boleh membakar lemak degil dan pada masa yang sama membuang toxin di dalam badan.

Wednesday, 11 May 2016

'Hey Perempuan! Jangan Kacau Laki Aku Boleh Tak?!'


Nak mintak tolong dekat perempuan kat luar sana. Kalau dah tahu laki orang, jangan la layan. Tak kira la dia yang tegur dulu atau menggatal dulu, kalau dah tahu dia suami orang please cut off hubungan tu. Biarkan dia nak menyundal, kau tu jangan jadi sundal yang nak disundal (sorry bahasa kasar sikit). Kalau kau tak melayan, takkan berlarutan benda tu. Sebab kau layan la benda tu goes on.

Lepastu jangan nak bangga diri "oh aku lawa, suami orang pun nak kat aku". Jangan khianat kaum sendiri. Kalau ada suami orang puji puji kau, ingatkan dia baik dia puji isteri kat rumah tu. Kalau dia mengadu pasal isteri, suruh dia pergi kaunseling. Tak payah nak tunjuk diri tu prihatin sangat nak dengar luahan hati dia tu. Mula mula masuk campur hal rumahtangga orang. Pastu kesian (konon). Lama lama bercinta. Banyak dah kes macam ni. Kesian la sikit dengan isteri dia, lagi lagi kalau ada anak. Mana simpati kau? Nanti kau dah kahwin, cuba orang pulak menggatal dengan suami kau. Apa kau rasa? Kifarah tu kan ada, and hidup ni sentiasa berpusing.

Perempuan yang bercinta dengan laki orang ni aku tktau la nak label apa. Nak kata bodoh kang marah. Nak kata gatal kang marah jgk. Nak panggil perampas pun dia marah jgk. Mungkin dia seronok kot yang suami orang tu pilih dia berbanding isteri.. Kau rasa kau lagi lawa, lagi berharga, lagi better la gitu? Kalau macam tu la cara kau nak boost self esteem kau, mmg makhluk hati bangkai la kau ni. Takda hati perut enjoy dgn suami orang sedangkan isteri dia bermurung kat rumah.

Apa pendapat korang warga krt dengan perempuan species layan laki orang?

Tuesday, 10 May 2016

'Isteri Aku Garang Macam Mak Singa!'



Isteri saya ini, garang nauzubillah macam mak singa! Tetapi dia manja. Macam mana eh nak bagi isteri kurang garang? 

Bukan apa, kasihan pada anak-anak. Anak baru saja ambil mainan, isteri dah usha baik dari jauh. Satu saat saja anak tinggalkan mainan, terus dia kemas. 48 jam menyapu di rumah walaupun habuk sikit sahaja.

Di dapur? Jangan cakaplah. Memang bersih licin sampai saya nak minum air pun, baru jejak kaki ke dapur dia dah berpesan,

"Nanti jangan sepah-sepahkan. Takut semut!" katanya.

Saya memang suka sakat isteri. Saja tinggalkan cawan kotor dalam sinki. Saya keluar pintu dapur saja, dia terus ke dapur. Laju tangan dia mengemas dan lap mengelap sambil mulut pun sama laju. Haha! Itulah isteri saya. 

Tetapi dia ini pandai kalau saya moody, mulalah dia konon-konon sakit tanganlah, pening kepalalah bagai supaya aku dekat dengan dia. isteri saya ini memang jenis yang tak suka mulakan dulu, dia malu. Kadang-kadang aku saja jeling-jeling dia, gedebuk sekali tangan dia di dada saya. Adeh! 

"Kenapa tengok-tengok? Malulah!" katanya.

Haha! Itulah isteri saya. Tetapi kalau dia marah, saya rasa nak terkam saja tutup mulut dia. Kalau dia pening ke, sakit badan ke, saya tak suruh pun dia pergi ke klinik atau berurut. Saya bawa dia jalan-jalan pergi mall. 

Isteri saya ini bukan jenis kaki shopping, dia suka window shopping. Bila jalan-jalan, saya nampak baju cantik dan kata,

"Cantik baju ni, kalau awak pakai mesti cantik lagi kan?"

"Buat apa nak membazir? Baju dalam almari yang ada pun tak pakai lagi," katanya.

Saya rasa, kalau perempuan yang lain dah lama kena sembelih kaw-kaw. Tetapi itulah isteri saya. Kalau beri pilihan nak beli emas atau jalan-jalan, dia akan pilih jalan-jalan. Dari mula kahwin saya ada gaji lebih, dia tak pernah minta beli emas. Bila saya gaji, kawan-kawan saya semua pergi makan besar, makan mahal-mahal. Tetapi isteri saya tak pernah minta makan mahal-mahal. Kalau saya ajak, dia akan ajak pergi McDonalds atau KFC saja sebab dia tak nak susahkan saya.

Rasanya kalau dia tak ada, mesti tak ada lagi wanita seperti dia kan? Di sini saya cuma nak minta tolong doakan saya agar boleh menjaga isteri saya ini di dunia dan akhirat. Doakan kami berkekalan. 

Seperkara lagi, isteri saya tak cantik tetapi dia manis, sebab dia suka jeling-jeling mata. Hahaha! Untuk lelaki di luar sana, ada isteri, jagalah elok-elok. Jangan nanti dah tak ada barulah menyesal. 

'Maaf Encik, Dia Anak Autism...'



Petang tadi, saya berada di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) Kampung Baru. Ketika sedang duduk menunggu segelas Hot Chocolate yang dipesan, mata saya menangkap kelibat seorang remaja yang begitu tekun menghidangkan minuman, tanpa rasa penat ke hulu dan ke hilir menyajikan sajian yang dipinta pelanggan. 

Tetapi saya dapat merasakan 'sesuatu'. Dia langsung tidak membuka mulut, mukanya juga serius dan seperti dalam dunianya sendiri. 

Dalam hati saya berkata, "mungkin dia sedang stress,".

Nak dijadikan cerita, remaja yang sama juga datang dan menghidangkan Hot Chocolate ke meja saya. Ini bahagian yang paling 'sempoi'. 

Dia hanya berdiri tegak di tepi saya. Saya pula yang terpaksa mengambil sendiri minuman tersebut dari dulang yang dipegangnya. 

"Annoying seh!"

"Maafkan saya encik, dia anak autism," kata Cik Aishah, rupa-rupanya dari jauh, eksekutif hotel tersebut memerhatikan gelagat pekerjanya.


Dari perbualan singkat dengan Cik Aishah, baru saya tahu siapa sebenarnya remaja itu. 

Dan Lo, sebenarnya sudah berusia 22 tahun tetapi seringkali gagal mendapatkan pekerjaan disebabkan status OKU nya itu. Anak kelahiran Pandan Indah ini tidak bersekolah secara formal, hanya belajar 'home tuition'. Ibu bapanya kemudian menghantar Dan mengikuti kursus perhotelan. Tetapi tidak pernah diterima bekerja sehinggalah KLIH memberikan peluang kepadanya.


"Dia tidak pernah ponteng selama bekerja di sini. Ada pelanggan yang tidak tahu, pernah memarahinya, tetapi Dan tidak pernah mengambil hati. Dia tabah menjalankan tugas dan tidak mahu kami memberi layanan istimewa terhadapnya. 

"Katanya, dia tidak pernah mendapat bantuan. Pendek kata dia mahu berdikari dan tidak mahu membebankan keluarganya," cerita Aishah. 


Saya kagum dengan Dan dan juga kagum dengan kesanggupan KLIH. Kisah Dan sepatutnya membuka mata dan telinga kita agar tidak menyisihkan insan-insan istimewa sepertinya. 

Saya terkenang bait-bait lirik lagi, Namun Ku Punya Hati. 

"Maafkan wahai teman, ku menumpang di sudut dunia, mencari ketenangan, sampai masa ku pergi jua..." 

Suami Asyik Dengan Handphone, Abaikan Keluarga – Isteri Menangis Minta Nasihat Ustaz & Ini Jawapannya


Semasa keluarga sunnah soalan paling banyak dari wanita dan ramai mereka menangis bertanya bagaimana nak tarik perhatian suami supaya suami tidak sibuk tengok whassap dan hp jer? 7pagi keluar rumah balik 7 petang. Tengok hp 8mlm sampai 2 pagi. Betapa mereka rindukan suami yang mereka telah dinikahkan dan yang mereka cintai. Mereka sibuk urus keluarga dan anak-anak 24 jam.

Sampai rumah sibuk pegang hp. Lepas tu baru sekejap di rumah dah keluar rumah. Asyik mengadap phone jer. Bila panggil suami tak pernah menyahut. Bila bercakap tak mahu dengar. Anak-anak semua kena marah bila ajak bermain. Begitulah sehingga isteri bawa anak-anak tidur. Suami main gadget

Takde langusung bantu kerja rumah. Takde langsung nak gurau-gurau dengan anak. Isteri macam orang gaji. Tidak dibelai,disayangi dan diberi perhatian..

Betapa hebat wanita seperti ini. Wanita bila diambil diakad nikah mereka serahkan semuanya setia buat suaminya sampai mati..ya Allah bantulah wanita yang diuji begini.

Buat suami dan diri saya sendiri. Fikirkanlah isteri berusaha nak menambat hati kita. Kita juga haruslah fikir untuk menambat hati mereka. Menawan hati mereka. Hargai dan sayangi mereka. Beli buku hadis di kedai dan baca bersama isteri dan anak-anak. Al-Quran dan Hadis membuat hidup keluarga kita tenang..rumah kita menjadi seperti Bintang yang bercahaya disisi pe ghuni langit.

Beli dulang makan bersama-sama satu bekas paling kurang sehari sekali. Suapkan isteri dan anak-anak.. Berkasih sayang semasa makan. Sebuah keluarga selalu bergaduh Nabi saw ajar makan berjemaah. Hati jadi rapat. Makan dan rasa air tangan satu sama lain. Tiada jurang lagi. Rasa satu hati. Satu jiwa. Satu keluarga.

Beli beg, masa bersama keluarga ambil semua hp simpan dalam beg manggakan. Ilmu dan semua cerita boleh bincang bersama keluarga..Allah merahamti keluarga berkasih sayang. Allah beri rezeki melimpah ruah dan rezeki kesihatan dan panjang umur.

Waktu Maghrib beli kain kapan balut tv sampai 9.30mlm. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Itu masa berharga bersama keluarga. Prime time bukan untuk tv tapi untuk kenal Allah dan Nabi saw kepada ahli keluarga melalui Ta'lim dan Majlis ilmu..

Ayah ajar anak-anak bantu ibunya di rumah. Sama-sama gotong royong. Semua orang soleh rajin dan suka memasak. Suka cuci tandas. Suka khidmat. Suka khidmat anak-anak. Suka mudahkan urusan isteri. Suka dahulukan orang lain atas diri sendiri. Inikan pula isteri kita..sentiasa nak gembirakan suami dan anak-anak.

Malam-malam tidurkan anak-anak dengan cerita-cerita Nabi saw sahabat rhum dan kisah teladan.

Setelah itu belai isteri. Picit dan peluk mereka dan ucap i love u sayang. Terima kasih jadi isteri tercinta. Yang setiap hari berkorban. Seorang ketua tidak akan tidur sehingga memastikan semua ahli keluarganya dengan lena..

Pastikan semua selamat. Baru tidur dan bangun awal berdoa bersyukur atas nikmat keluarga ini. Menangis depan Allah. Adukan kegembiraan, kesedihan, kesusahan kepada Allah. Kemudian kejut isteri dan anak-anak bangun Tahajud paling kuramg 2 rakaat dan Solat subuh awal waktu-ebit lew & Airis HayFarayqal di Matrade KeluargaSunnah.

6 Sebab Ini Buatkan Wanita Yang Dah Berkahwin, Lebih Menarik Dari Yang Single. Setuju?



Sekarang ni memang ramai wanita suka lelaki yang dah berkahwin, namun lelaki juga tak terkecuali sukakan wanita yang sudah berkahwin. Ini bukan admin yang kata, tapi ianya berdasarkan kajian.

Tapi, kenapa lelaki sukakan wanita yang sudah berkahwin? Ini kerana wanita yang sudah berkahwin lebih menarik dan anggun di mata mereka.

Wanita yang dimaksudkan bukanlah wanita yang jenis duduk rumah pakai kain batik lepas tu tepek bedak sejuk. Tetapi wanita moden.

Jom tengok 6 sebab kenapa wanita sudah berkahwin ni lebih menarik dari yang single!

1. Wanita berkahwin lebih yakin dari wanita single


Yela, bila dah kahwin dan ada pasangan hidup mestilah lebih yakin. Keyakinan itu sendiri buatkan mereka nampak menarik. Lelaki tak suka wanita yang tidak ada keyakinan diri.

2. Mereka tahu apa yang lelaki inginkan


Wanita berkahwin ni lebih berpengalaman dan tahu tahu banyak tentang psikologi dan keperluan lelaki. Jadi, mereka cepat menilai seorang lelaki.

3. Wanita berkahwin lebih cantik


Kajian mendapati, wanita kelihatan cantik sempurna apabila berusia 31 tahun hingga 40 tahun. Boleh dikatakan pada usia tersebut, mereka lebih cantik dari gadis berusia 20-an.

4. Mereka lebih matang dari wanita muda


Wanita muda selalu rasa tak selamat dengan pasangan. Rasa cemburu, rasa ragu-ragu. Wanita berkahwin tidak lagi merasakan perkara tersebut kerana ia tindakan tidak matang.

5. Badan wanita berkahwin tidak kurus, tapi just nice!


Kebanyakan wanita yang sudah berkahwin tidak kurus, tetapi cukup sempurna untuk mengiurkan nafsu lelaki. Lelaki tak suka wanit ayang kurus sangat.

6. Sifat keibuan & anggun, cukup sempurna


Wanita berkahwin memainkan kedua-dua peranan. Sebagai seorang ibu dan juga untuk kelihatan menarik untuk suami. Lelaki akan mudah jatuh cinta dengan wanita yang memiliki kedua ciri ini.

Wednesday, 4 May 2016

Strategi Diet Tanpa Nasi Tapi Tak Lapar


Artikel ini dikongsikan oleh vanilakismis

Salah satu cara untuk menguruskan badan yang berkesan adalah dengan melakukan diet tanpa nasi. Ramai kalangan rakan kita sendiri mahu pun selebriti berjaya menurunkan berat badan melalui cara mengelakkan makanan ruji ni.

Tapi masalahnya sebahagian daripada tidak sanggup melakukannya kerana bimbang akan kelaparan jika tak mengambil nasi atau sumber karbohidrat utama ini. Sebenarnya jika anda pandai mengatur hidangan tepat masalah kelaparan ini mungkin dapat dikurangkan.

Antaranya anda boleh mengikut pelan diet tanpa nasi berikut yang juga tidak menjejaskan tahap kesihatan anda. Perlu diingat, awal diet anda mungkin sukar menahan lapar tapi percayalah bila tubuh dibiasakan dengan makanan sikit tiada lagi masalah untuk anda. Sebagai tempoh percubaan, praktikkan selama seminggu terlebih dahulu untuk melihat hasilnya.

1. Sarapan


Ambil satu mangkuk bijirin gandum dan segelas susu rendah lemak atau sandwic bersama daun salad dan tomato tanpa sos. Pastikan anda menggunakan roti whole grain. 


2. Jam 10 Pagi


Sediakan sebiji buah epal mengalas perut sebelum tengah hari. Lagi pun memang amat disarankan ambil buah sebelum makan.


3. Makan Tengah Hari


Menu makanan bebas seperti ayam bakar, tauhu, sayuran tapi TANPA nasi. Sebagai pengganti sumber karbohidrat, anda boleh ambil setengah biji kentang rebus.


4. Petang


Tak dapat dinafikan waktu petang mulalah kita teringin mengunyah kudap-kudapan. Boleh saja puaskan keinginan itu tapi ambil kacang atau pun kismis yang mana kudapan ini rendah kalorinya. Pastikan ia tidak berlebihan ya.

5. Makan Malam


Ambil buah-buahan seperti pisang, epal atau pear. Boleh juga oat bersama susu yang boleh memberi rasa kenyang. Elak tidur lewat kerana ramai yang terjebak makan kerana berasa lapar di tengah malam.

Di samping menjalankan cara diet berkesan tanpa makan nasi ini, anda boleh menikmati kek dan aiskrim seminggu sekali sebagai reward diri. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Friday, 29 April 2016

Elak Berkahwin Dengan Awek Kaki Melancong


Artikel ini adalah hasil perkongsian Jomjalan

Semakin ramai wanita berkerjaya, semakin tinggi pula keinginan mereka untuk melancong. Terima kasih kepada penerbangan tambang murah seperti AirAsia, wanita begini sudah mula terbuka matanya.

Soalnya sekarang, seronokkah berkahwin dengan si dia yang ketagih melancong?

Walaupun kami menggalakkan anda bercuti, berikut adalah 7 sebab mengapa anda perlu mengelak berkahwin dengan awek yang gila melancong.

1. Dia tidak kisah dengan penampilan


Bila dia ke tempat kerja, dia bersolek ala kadar. Di rumah, dia selesa dengan baju kelawar 3 tahun dulu yang koyak di ketiak.

Di jalanan dia sudah biasa berbaju T tidak bergosok dan berseluar jeans lusuh. Rambutnya yang tidak bersikat disembunyikan di sebalik anak tudung.

Kebanyakan wanita sebegini hanya wangi dan cantik di pejabat. Tetapi selekeh di rumah.


2. Dia Tidak Romantik


Mahukan isteri romantik yang tidur di lengan anda sewaktu bersama-sama menonton TV? Elakkan awek kaki melancong.

Rata-ratanya kurang feminin, dan tidak iri hati pun dek kelembutan pelakon Korea. Jika mereka mahukan apa-apa, mereka akan berterus-terang. Tidak pujuk rayu, tiada madah berhelah. Tetapi layanannya kepada anda adalah seperti layanan tokei Cina di kedai hardware.

Jika dia dilanda kesedihan, dia tidak perlukan anda. Dia sudah biasa berdikari. Dan dia tidak perlukan kata-kata manja dan lembut dari anda. Kalau dia keluar rumah dengan kereta tanpa izin anda, jangan terkejut. Si dia sudah biasa mengembara tanpa merujuk sesiapapun.


3. Egonya Melangit


Jika anda mahu suara anda dipatuhi, jangan kahwini perempuan yang suka mengembara. Dia mahu bebas. Dan dia terbiasa membuat keputusan sendiri di jalanan.

Bila anda menahan keputusannya, dia akan bermasam muka. Dia sudah biasa membuat keputusan tanpa dihalang oleh apapun, kecuali oleh pegawai imigresen atau jadual keretapi.

Sebelum membuat keputusan dalam soal rumahtangga, anda perlu merujuk kepadanya terlebih dahulu. Bukan apa, dia fikir dia lebih bijak dari anda. Jika dia boleh pulang ke Malaysia setelah hilang passportnya di Poland, apa sangatlah menyelesaikan isu rumahtangga di Taman Tun?

4. Belanja Tinggi


Ya, dia mungkin tidak kisah dengan make-up MAC atau beg Prada. Tetapi jangan pula anda sangka yang anda dapat berjimat.

Jika hadiah ulangtahun pasangan lain cuma beg tangan baru beratus ringgit, bersedia untuk menghabiskan berbelas ribu untuk si kaki travel.

Setahun sebelum ulang tahun, dia akan mengingatkan anda tarikh ulangtahun dan sudah mula membelek buku pelancongan Lonely Planet. Sewaktu anda kusut memikirkan bil yang perlu dibayar, dia pula hanya sibuk merancang aktiviti di destinasi lawatannya kelak.

Dan kalau ramai isteri sudah teruja dengan pakej membeli belah di Langkawi, dia hanya menguap bila anda katakan yang cuti hujung tahun ini destinasinya di Pekan Kuah.


5. Anda Membosankannya


Makan malam di restoran angkasa Menara Kuala Lumpur hebat? Fikir sekali lagi.

Untuk si kaki travel yang sudah membuat terjunan bungee jumping di New Zealand, menawan ombak di pantai Sydney dan menaiki belon panas di Istanbul, tiada apa yang hebatnya dengan makan malam di menara atas bukit.

Jika anda anak bendang yang sudah biasa makan nasi 3 kali sehari, anda akan membuatnya bosan. Lidahnya sudah mengenal roti Perancis, sushi Jepun dan kopi Arabica. Jadi makan nasi lemak sotong di rumah sambil bermain X-Box di hujung minggu memang tidak cocok dengan jiwanya.

Dia suka bebas di luar, bukan dipenjara di rumah.


6. Dia ramai kenalan lelaki


Apabila anda ambil keputusan berkahwin dengan awek kaki melancong, bersedialah untuk membuang rasa cemburu.

Dia mesra dengan semua. Tak kiralah lelaki atau perempuan. Bertahun di jalanan menyebabkannya petah berbicara. Dia juga ada ramai kenalan lelaki yang bersama-sama mengembara dengannya.

Hobinya itu cinta pertamanya. Dan anda cinta keduanya. Jadi jangan halang dia untuk berjumpa atau bercakap dengan sesiapapun tentang cinta pertamanya itu.Jadi pendam sahaja rasa sakit hati anda itu.

7. Bersedia untuk ditinggalkan


Jika syarikat anda jatuh bankrap atau kereta anda rosak sewaktu tarikh kembaranya hampir tiba, nasib anda bakal semakin parah. Dan hati anda bakal patah.

Si dia yang suka travel takkan mengorbankan apa yang telah dirancangnya. Jika anda berkahwin dengan dengannya, bersedialah untuk melepaskan si dia pergi bercuti seorang diri.

Si dia tidak perlukan anda. Dan si dia tidak menunggu sesiapapun.

Baginya anda tidak ubah seperti beg bagasinya sahaja — jika hilang, masih boleh diganti semula. Beg ‘bagasi baru’ yang bakal dicarinya nanti mungkin lebih baik.

Apa kata anda? Beranikah anda kahwini awek si kaki travel?

Thursday, 28 April 2016

5 Sebab Mengapa Anda Kena Melancong Seorang Diri Pada Usia 20-an anda

Photo Source : Pejey Hsm
Jika anda pernah terfikir untuk pergi melancong seorang diri secara solo, lakukanlah. Ianya akan menjadi pengalaman terhebat di dalam hidup anda. Ada suka duka yang akan anda tempuhi. Dan poin utama di sini ialah, tiada umur yang sesuai melainkan umur 20-an anda untuk anda melancong seorang. Ini 5 sebab mengapa anda kena melancong seorang diri pada usia 20-an.

1. ANDA BELAJAR BANYAK BENDA


Melancong seorang berbeza dengan melancong bersama keluarga dan kawan-kawan anda. Melancong seorang akan membuatkan anda tahu apa yang anda suka dan apa yang tidak tanpa mendengar suara orang lain


2. ANDA ADA MASA


Ya, usia 20-an merupakan usia yang ideal untuk anda pergi melancong. Mesti anda terfikir bila masa nak belajar, mencari kerja dan sebagainya? Ya. Anda sebenarnya ada masa. Percayalah. Selepas usia 20-an, anda akan disibukkan dengan hal-hal keluarga dan kerja. Maka, ambil kesempatan di usia 20 an anda.


3. ANDA ADA TENAGA


Bayangkan, usia 60 anda melakukan bungee jump? Mesti tak dapat bukan. Maka, usia 20 an anda merupakan masa di mana anda bertenaga dan mampu melakukan semua aktiviti yang anda mahu. Di samping itu, dengan melancong berseorangan, anda tidak akan terikat dengan aktiviti yang anda tidak mahu lakukan.

4. KELUAR DARI ZON SELESA


Ya, keluar dari zon selesa anda. Cuba untuk berubah dan beradaptasi dengan situasi yang baru.

5. ANDA AKAN PULANG MENJADI SEORANG YANG LEBIH BAIK


Percayalah, selepas anda pulang dari melancong, anda akan dapat sesuatu yang akan menjadikan anda lebih baik dan terdapat satu perasaan tu, yang susah untuk diungkapkan. Anda melanconglah secara solo, dan anda akan tahu.