Showing posts with label KISAH SERAM. Show all posts
Showing posts with label KISAH SERAM. Show all posts

Friday, 13 May 2016

Kumpulan Kisah Seram Asrama Paling Berhantu Di Malaysia

POCONG
Kumpulan Kisah Seram Asrama Paling Berhantu Di Malaysia|Cerita cerita seram & hantu sudah wujud sejak sekian lama di seluruh bagian dunia.kini kita kembali ke Malaysia dengan menyelongkar kisah kisah seram yang berlaku di asrama yang ada di Malaysia. Nak tau asrama mana yang tercalon sebagai berhantu & ada kisah yang menyeramkan.berikut asrama paling berhantu di malaysia.
Asrama salah satu tempat yang memang sinonim dengan kisah seram. Dari sekolah sampai IPT.. cerita hantu & seram yang berlaku kat asrama sentiasa ada. Tak semua cerita tu di ada adakan.. Banyak yang memang ada gangguan mistik dari makhluk ghaib. Almaklum la asrama kan banyak gegadis baru berkembang.. Jin pun taste gadis sunti jugak tau. hehehehe.. Antara asrama yang mempunyai kisah seram adalah..
Asrama Maktab Tentera Darat, Sungai Besi, Kuala Lumpur
Kisahnya bermula katanya ada seorang pelajar lelaki cuba ponteng solat Jumaat dengan bersembunyi dalam almari almari pakaian supaya tak dapat di kesan warden. Masa tempoh bersembunyi tu dia tertidur. Sedar je dah petang. Bila bangun je dia cuba keluar tapi terkunci dari luar.Maybe kengkawan dia la kot kunci sebab tak tau dia ada kat dalam.
Dia cuba panggil kengkawan dia tapi malangnya sorang pun takde sebab hari tu hari terakhir persekolahan semua dah balik kampung. Akibat lemas sebab suhu panas & kurang udara pelajar tersebut mati. Akibat dari kejadian tu katanya sesiapa jer tidur atas katil arwah, akan nampak pelajar lelaki tu tidur kat sebelah dia. Di tambah seram lagi.. almari setiap tengah malam jumaat, akan dengar bunyi almari di ketuk dari dalam.
Asrama Maktab Rendah Sains Mara di Perak
Kisah seram ni berlaku pada seorang pelajar ni kejutkan kawan dia pada satu malam sebab nak ke bilik air. Dia pun cakap kat kawan dia.. dia takut sebab katanya tandas mereka berhantu tapi kawan dia tak respond just senyum je sambil menemani dia ke tandas. Lepas dah siap membuang.. dia keluar membasuh tangan kat sinki tapi terkejut sebab yang keluar dari paip bukan air tapi darah.
Apa lagi menjerit la dia panggil kawan dia tapi menambah lagi takut bila suara yang menyahut sangat seram & garau. Dia yang panik terus ketuk pintu tandas yang dia sangka ada kawan dia.. tapi yang keluar lembaga berambut panjang, bermuka hodoh dan bermata merah. Apa lagi pengsan tanpa fikir panjang la dia. Tapi cerita ni entah kenapa aku rasa macam cerita drama. maybe drama adaptasi dari cerita ni kot. Wallahualam..
Asrama puteri di Kelantan (tak tau asrama dari sekolah atau Institut pengajian mana)
Asrama ni terkenal dengan cerita seorang nenek suka bertenggek atas almari sambil goyang2 kaki. Nak jadikan kisah pada satu malam ada seorang pelajar asyik nyanyi sengsorang. tetiba dia dengar asa suara pelik ikut sama nyanyi dengan dia. katanya suara tu macam suara orang tua & suara tu buat meremang bulu roma. Sebab takut dia tarik selimut & cuba pejam mata tapi tetap tak boleh tidur.
Tetiba dengar lagi suara nenek tu berkata, Katil nombor dua dah tidur. Katil nombor tiga… pura-pura tidur! Antara berani & takut dia selak selimut & cuba tengok suara siapa.. yang dia nampak ada ada seorang nenek duduk di atas almari sambil menggoyang-goyangkan kaki dan memandang ke arahnya.
Kampus UiTM sabah
Rasanya ada yang pernah dengar kisah hantu melati kat kampus Uitm. Katanya Melati ni hantu daru jelmaan seorang pelajar yang mati membunuh diri. Yang mati tu tak jadi hantu tapi yang jadi hantu sebenarnya jin & syaitan nak menyesatkan manusia dengan menyerupai roh si mati untuk memesongkan akidah manusia.
Katanya selalu ganggu pelajar time dekat nak exam. Hantu jeles la ni.. mesti dia tak sempat ambil exam kan? Pernah jadi histeria katanya dulu sampai terpaksa di pindahkan pelajar je blok lain. Katanya ada tandas di blok tertentu dulu tak di pasang cermin sebab ada pelajar nampak bayangan perempuan dalam cermin di tandas tu.
Katanya pernah pelajar junior yang mempermainkan lagenda cerita seram melati ni di ganggu hantu melati pada malamnya. katanya hantu melati ni sampai sekarang masih menghantui kampus tu. Betul tak betul.. kena tanya student kat situ la kan. Versi cerita melati ni panjang korang baca sendiri kat sini >> Misteri HANTU MELATI Di Kampus UiTM Sabah <<
Asrama Di UUM, Sintok Kedah
Kisah ni di ceritakan oleh seorang cikgu matrikulasi katanya kisah teman sebilik seorang pelajar perempuan ni. Mula2 tinggal dia tak rasa pelik. Semua berjalan dengan normal sehinggalah pada satu malam dia minta kawan sebilik dia tutup lampu.
Tak sengaja dia nampak tangan kawan dia ni memanjang sehingga ke suis lampu. Dah tengok camtu kau rasa nak tunggu lagi ke confirm la berdesup perginya dia lari keluar bilik.
Pergi panggil kawan2 dari bilik lain. Bila kawan2 lain datang tengok dalam bilik tu memang takde sesapa tinggal malah katil yang kawan hantu dia tu kosong, almari kosong. Bila di periksa sebenarnya nama kawan yang tinggal sebilik dengan dia tak pernah wujud. Rupanya selama ni dia berkongsi bilik dengan jin yang menyerupai manusia.

Kisah Seram Pengalaman Pemandu Van Jenasah Sah Alam

hantu van jenazah
Kisah Seram Pengalaman Pemandu Van Jenasah Sah Alam|Ahmad jali yang berasal dari jalan kebun kelang bekerja di bandaraya sah alam sebagai pemandu van jenazah sudah hampir selama 11 tahun lamanya.
Ahmad jali bercerita tentang pengalamannya sebagai pemandu van jenazah,dah bermacam macam jenis mayat beliau bawa,kadang ada yang baik kadang ada yang kurang baik.
Pada satu hari ahmad jali membawa sebuah jenazah ke daerah pahang kiran kira sampai ketempat tujuan dalam pukul satu pagi lebih.
Setelah beliau meletak jenazah di tempat yang di tuju beliau pun gerak balik semula kira kira jam 2 suku pagi.dalam van jenazah hanya Ahmad jali seorang,keadaan yang gelap melewati hutan kelapa sawit yang tidak ada lampu jalan,dengan tiba tiba sosok nenek tua tiba tiba muncul di sebelah dia duduk.
Bila saya sedar makhluk itu ikut, saya menoleh dengan berlahan ,mukanya hitam rambut panjang baju putih,saya pun terus mengucap katanya.
Saya cuba pujuk dia suruh dia keluar,pasal apa? sebab saya ini bukan saudara dia,cari saudara awak kat mana saya cakap dengan dia,alhamdulillah mahluk itu menghilang kisahnya.
Kisah yang kedua gangguan yang di alami Ahmad jali berlaku pada hujan gerimis dimana pada ketika itu beliau lalu di jalan yang tidak berapa elok,mahu tidak mahu beliau sebagai pemandu terpaksa memperlahankan kendaraan di sekitar bukit cerakah lebih kurang dalam pukul 11 lebih.
Dalam asik memandu tiba tiba satu pocong potong van dan datang menghapiri saya,Saya pun berhentian van ,niat saya dalam hati saya nak tolong dia,saya bukakkan pintu suruh masuk tiba tiba hilang,pasal iblis nie dia suka takutkan dan menyesatkan kita,jadi macam manapun dia dia akan berusaha sesatkan kita,jadi kita sebagai manusia ingatlah mati,kalau boleh kita beristigfar hari – hari,bila kita istigfar kita akan ingat mati dan akan lebih dekat dengan Allah sambung ahmad jali
Kisah ahmad jali penah di lakonkan semula dalam rancangan detik 12 tv 3 Pada tahun 2014 lalu.

CERITA HANTU PUAKA RUMAH SEWA -(KISAH BENAR)

cerita seram rumah puaka
Kisah seram ini adalah kisah benar seorang penyewa rumah sewa bernama sharafie di Seremban 2, Negeri Sembilan. Kisah seram misteri puaka rumah sewa ni sangat menyeramkan. Saya sarankan korang baca pada waktu siang.
 PART 1.MISTERI PUAKA RUMAH SEWA
CERITA HANTU PUAKA RUMAH SEWA -(KISAH BENAR)  Pagi tu kitorang makan nasi lemak kat luar rumah je, walaupun rumah dah terbuka luas, tapi hati kitorang kuat mengatakan kata tak nak masuk, mungkin trauma.. Tunggu family Man datang dari Sepang lama sangat, yelah nak bawak pawang hebat dari Banting kononnya.. Jam 11.30 pagi barulah family si Man datang sampai 3 kereta, semua adik bradik dia datang nak tengok sendiri agaknya..
Turun² je dari kereta pawang tu dah geleng² kepala, “rumah apa korang duduk ni..” Sambil² tu salam dengan kitorang, kata namanya Tok Sheikh, salam² je kata semangat kitorang dah kene tarik.. Kena seru balik, aku sampai sekarang tak faham apa maksud Tok Sheikh tu.. Kitorang kena suruh masuk dalam van. Hanya Tok Sheikh dengan ayah si Man je yang masuk ke dalam.. Belum masuk, baru kat pintu grill, radio yang plugnya aku dah cabut tiba² terpasang kuat menyebabkan adik bradik si Man bertempiaran lari masuk ke dalam kereta.. Dah la lagu India, mungkin masa thr raga kot, ntah la aku pun tak tau.. Dengan radio kuat bunyi pun dah lari, bayangkn kalau tahu yang radio tu plugnya tak bersambung..mmmm..
Lama jugak Tok Sheikh kat dalam rumah tu, ayah si Man hanya tengok dari luar sebab dia pun aku rasa dah goyang lepas cuba matikan radio tapi plug tak bersambung.. Dalam van semua tekunci mulut, anak² buah si Man yang kecik² semua ketakutan. Apalah kes² macam ni bawak anak² kecik pulak. Tak pasal² budak² tu sekali trauma.. Tak lama pastu aku tengok Tok Sheikh keluar sambil menjinjing anak patung beruang yang coklat besar tu, mahu je mata aku tejojol keluar tengoknya.. Mana tak nya, kitorang bertiga sendiri yang buangnya semalam siap masukan dalam plastik sampah hitam pastu ikat.. Masukan dalam tong sampah kat depan rumah, Man dan Wan aku tengah tido² ayam aku cuit suruh tengok apa yang Tok Sheikh jinjing tu.. Wan hanya mengucap je macam tak percaya, Man pulak terus meluru pergi tong sampah tengok ada tak anak patung tu dekat dalam tong sampah..
Dia jerit² panggil aku, ada la kat dalam ni, tu yang lain.. Aku belari tengok. Ya betul ada, jadi aku ambik dan buka la plastik tu, tapi aku tekejut sebab berat. Aku check kat dalam tu bukannya anak patung yang ada tapi tu hanya batu-bata yang aku gunakan untuk menyanggah pintu² bilik supaya tak tertutup dengan baju² kotor kitorang yang letak dalam bilik air.. Aku tak boleh nak cakap apa dah.. Macam mana boleh dalam tu pulak..
Tok Sheikh datang² kat kitorang marah² sebab tak buang anak patung ni. Aku dah tak tau nak cakap apa² dah, semua Man yang jawab.. Waktu tu jugak Tok Sheikh tu pagar rumah kitorang, tabur garam kasar dan air penawar ke apa ntah.. Sambil² tu family Man beli makanan kat restoran dan buat kenduri kat umah kitorang tu. Buat kenduri kesyukuran masuk rumah baru.. Tiba² rasa lapang umah tu, tak ada la gangguan macam malam semalam.. Kitorang berharap semua dah settle, sebab esok isnin, adik bradik si Man semua balik kecuali ayah dengan maknya yang dah pencen.. Yelah diorang nak pastikan betul² selamat, lepas tu diorang pun risau dengan keselamatan anak diorang..
Hari Ahad ke Isnin tu tak ada apa² berlaku, aku yang mula ragu² sekarang dah mula rasa selamat.. Sampailah hari Khamis siang ayah dengan Mak si Man duduk kat umah tu, langsung tak ada perkara pelik berlaku lagi.. Jadi Khamis petang tu mak ayah si Man nak balik, tapi sebab fikirkan dah jam 6 petang masa tu, hujan lebat pulak tu, ayah si Man tak confident nak drive kereta balik Sepang walaupun dekat je.. Dah berusia, mata pun tak berapa terang..Khamis malam jumaat tu la puaka rumah sewa tu datang balik, disaksikan sendiri oleh mak bapak si Man.
                                                                             PART II.  MISTERI PUAKA RUMAH SEWA P
HANTU RUMAH SEWA
Malam Jumaat tu kitorang sembahyang Maghrib secara berjemaah. Selepas tu baca Yasin ramai² macam hari² sebelumnya, supaya puaka rumah sewa tu tak datang ke rumah tu dan kacau kitorang lagi.. Tengah baca Yasin ramai², tiba² pintu dapur di ketuk berkali² dan menyebabkan kitorang semua terhenti mmbaca Yasin. Air di dalam bilik air pulak mencurah² keluar. Tengah aku sibuk pandang pintu dapur yang diketuk, aku ternampak tombol air di sinki di pusing dan menyebabkan air di sinki mencurah²..
Kitorang bangun beramai² sebab ayah Man suruh rapat², kemudian kitorang tutup air di sinki dan kedua² bilik air yang mencurah-curah.. Tapi tak berhasil bila air keluar balik lepas kitorang tutup. Nak tak nak kitorang tutup suis utama di luar rumah.. Itu je lah caranya. Ayah Man telefon Tok Sheikh bagitau yang puaka rumah sewa tu datang balik. Ntah apa yang dibisingkan Tok Sheikh, kononnya kitorang langgar pantang.. Masa mengubat hari tu tak ade pulak dia cakap pasal pantang² ni. Ni baru lah nak crita pasal pantang².. Kononnya kitorang langar pantang sidai pakaian dalam rumah, dia tak ada pesan apa² pun sebelum ni. Ye la macam seluar dalam dengan stoking tak kan la nak jemur kat luar pulak..
Dah puas puaka rumah sewa tu main air, dia kacau eletrik pulak, dari kipas siling, kipas meja, radio sampailah ke lampu yang membuatkan aku tambah kecut.. Sebab lampu terpadam kitorang pakat² duduk kat bawah suis utama. Kemudian pasangkan balik lampu.. Kitorang duduk kat bawah suis tu. Tak ada pulak puaka rumah sewa tu main suis dah lepas tu.. Aku teringat lauk yang dah dibeli untuk makan malam kat dalam pinggan kat dapur, hanya tunggu nasi masak je.. Masa macam ni nak makan pun dah tak ada selera. Terbantut memikirkan benda hal macam ni.. Lepas tu si Man dengan ayahnya pergi dapur ambik lauk² tu nak ajak makan, katanya kalau badan lemah tak makan lagi puaka rumah sewa tu senang kacau kita sebab kita tak ada tenaga..
Aku hilang selera nak makan, Jadi aku minum je, air limau je aku buat tadi sebab belum beli kordial lagi. Lagi pun buat air limau senang, limau, gula dan ais batu je, dah siap air limau satu jug.. Tapi aku pelik masa tuang ke gelas, aku perasan air tu jadi kuning. “Eh bila lak jadi color kuning, setau aku putih je tadi..” Aku buka penutup jug tu, ya Allah bau hancing, dah kene kencing.. Nasib baik aku perasan, kalau tak memang dah minum air kencing la gamaknya aku masa tu.. Masa mak si Man nak senduk nasik, dalam periuk nasi ada seketul najis macam najis manusia ada di dalam rice cooker.. Waktu di buka rice cooker tu, nasi masih panas sebab baru masak, bayangkan lah bau najis tu semerbak mengalahkan bau nasi tu.. Aku sampai keluar rumah termuntah².. Manalah datangnya semua tu..
Sebab tak tahan bau, semua makanan tu kitorang letak kat luar rumah. Memang sah semua makanan ada najis, ntah najis apa kitorang pon tak tau.. Tapi rasanya najis manusia, duduk kat luar rumah kitorang bincang².. Esok nak cari orang pandai mengubat kat kawasan Mambau. Lepas solat Jumaat tu cadang nak cari.. Sebab Tok Sheikh tu tak boleh percaya, sebab puaka rumah sewa tu datang balik, konon² pantang la apa lah, dah la bayar RM200 untuk mengubat tu..
                                                                 PART III, PUAKA RUMAH SEWA MENGGANANS
HANTU PUAKA RUMAH SEWA
Sibuk² berbincang tu, dalam jam 11 malam, dengar kat ruang tamu rumah suara kanak² gelak² sambil dengar hentakan tapak kaki berlari² seperti yang kitorang alami hari tu.. Yang nampak hanya bayangan hitam 3 orang kanak² sambil membawa api, Tapi yang herannya kali ni aku, Man dan Wan tak nampak, yang nampak hanya ayah dengan mak Man je.. Kitorang hanya dengar suara gelak budak² je.. Tiba² mak si Man menjerit, “telekung tebakar,” cepat² kitorang masuk rumah takut² tak pasal² rumah pulak yang terbakar..
Memang tekejut tiba² telekung terbakar, kitorang rapat² jugak sambil duduk kat bawah suis utama tu. Hairan macam mana telekung tu boleh tebakar.. Mak dengan ayah Man kata diorang sendiri nampak puaka rumah sewa tu yang bakar, tapi pelik kali ni kitorang tak nampak, yang nampak hanya telekung yang berlipat tiba² tebakar.. Bunyi gelak² tu sayup² je lepas kitorang masuk rumah tu, tapi tiba² ada bau tengik macam sesuatu hangus.. “YaAllah,” ayah si Man menjerit tengok sejadah terbakar, masa tu aku tak nak pergi dapur ambik air, sebab pili air kat luar dah tutup mana ada air, aku guna air mineral dalam botol kat depan aku untuk makan tadi, sambil² aku hempas² sejadah tu..
Memang tak boleh jadi kali ni, dah sampai bakar² barang pulak.. Tapi kali ni aku tak la setakut haritu, mungkin sebab ramai, lepas tu ada orang tua pulak tu, rasa macam selamat sedikit walaupun ancamannya lebih bahaya.. Lepas sejadah, langsir pula jadi mangsa, habis tebakar langsir, kali ni si Man ambil air sabun dalam baldi di bilik air, terus simbah sebab api tu jilat langsir tu cepat.. Padahal kitorang dekat dengan langsir tu, sebab duduk kat depan pintu di bawah suis utama, tengok² dah terbakar besar..
Tak habis itu saja, kotak² pon habis tebakar ssemua, tak tau lah nak buat apa lagi. Akhirnya kitorang angkat semua barang bawak ke luar rumah, apa yang boleh tebakar je semua kitorang angkut pergi keluar rumah, letak kat luar pintu.. Tengah sibuk angkat kotak² tu, tiba² rasa asap banyak dari dalam bilik aku, aduh!.. Rupa²nya kain pelikat yang aku buat jadi langsir tingkap dah terbakar separuh, kelam kabut aku tarik sampai tekoyak² hujung kain tu, sebab air dah tak ada pili luar dah tutup, masa aku sentap aku rasa paku² tu tepelanting dek aku sentap sekuat hati..
Masa tu jugak si Man telefon uncle tuan rumah, cakap rumah tu ada masalah.. “Itu rumah baru mana ada masalah,” uncle tu cakap la, ni bukan masalah rumah la uncle ni masalah rumah tu berhantu.. uncle tu gelak je dan jawab, “kalau u nak keluar, deposit umah 2 bulan dan air letrik dia tak nak bagi balik..” Tu je la yang si man cakap ngan aku.. Nak tak nak aku cakap dengan diorang kita kene pulihkan rumah ni, mana ade duit deposit nak cari rumah lain dah.. Rumah lain dia mintak 2+1, pastu deposit air dengan eletrik rm200, sewa sebulan rm270..
Sebab dah pagi, kesian kat mak si Man yang dah macam nak demam, last choice kitorang tido dalam kereta.. Tapi biarkan pintu umah tu terbuka je.. Tingkap pintu kereta saja buka sikit, ye lah kang mati kepanasan pulak. Sampailah pagi subuh tak ade apa² berlaku sampailah ayah si Man pasang kaset mengaji kat dalam kereta, jadi apa berlaku kat dalam rumah tak dengar.. Memang aku tak boleh lelap langsung, dah la esok tu ada kuliah, nak tak nak aku fikir terpaksa la ponteng.. Aku dengan si Wan memang tak boleh tido, tak tau kenapa. Si Man dan family dia semua nyenyak je tido..
Dalam jam 5 pagi tu, tiba² atas kereta macam dipijak², semua terjaga sebab seperti orang meloncat² sambil berlari² atas kereta.. Aku tunduk masa tu, tiba² aku dengar mak si Man menjerit, aku pun terpandang kat cermin depan selipar aku dengan kasut si Wan berjalan sendiri tapi macam di engsotkan.. Si Man keluar dari kereta, lepas tu cuba ambik kasut dengan selipar tu dan baling ke pintu grill.. Waktu tu aku boleh dengar macam ada benda terhempas kat grill tu, aku tak tau apa benda sebab tak nampak.. Tapi aku rasa mesti puaka rumah sewa yang kitorang nampak sebelum ni..
Waktu tu juga ayah si Man azan, dan aku baca ayat kursi kuat², sampailah jam 6.30 pagi hari dah nak siang.. Kesian aku tengok mak si Man, dah la dia ada darah tinggi dan sakit jantung, sempat la aku tengok dia macam meracau sekejap sebelum suami dengan anak dia tenangkan.. Jam 8.00 pagi tu abah si Man suruh kitorang angkat² semua barang masukan dalam kereta.. Habis semua bertabur kat bonet keta, kecuali penyapu, baldi dan benda² besar tu tak bawak, kereta manalah nak muat.. Sebab tak puas hati kat tuan rumah, aku solex kan aje rumah tu pintu dapur dan pintu depan, pastu lampu dan kipas aku biarkan terpasang je.. Biar dia bayar eletrik mahal bulan nih, lepas tu nak masuk rumah kena potong dulu solex tu. Dah dia main² kan kitorang, lepas tu nak pulangkan duit deposit sikit pun tak ada..
Jumaat tu kitorang tak pergi kelas, lepas tu menumpang kat rumah sedara si Man di Bukit Chedang untuk sementara waktu, susah jugak la, walaupun dekat dari kolej tapi tak ada bas, Man terpaksa ulang alik angkut kitorang 2 kali awal minggu.. Sebelum menyewa kat Central Park dengan 2 orang lagi budak kelas kitorang.. March 2002, keluar di Surat Kabar Metro pasal rumah terbakar sendiri di Seremban 2.. Aku dah tau kat mana tempat tu, sebab aku dah alaminya, dah sah² kat rumah yang aku pernah sewa dulu tu.. Siapa ada berita pasal tu, tolong la kongsi URL kat sini, dulu aku ada simpan keratan berita tu, tapi dah nak 11 tahun berlalu, ntah mana aku letaknya..

CERITA SERAM MAYAT BERASAP KELUAR DARI LIANG KUBUR

MAYAT BERASAP
CERITA SERAM MAYAT BERASAP KELUAR DARI LIANG KUBUR| satu cerita seram yang sangat menakutkan dan megerikan, di ambil dari  pengalaman seseorang berjumpa mayat berasap.berikut kisahnya
Cerita ini bermula ketika aku masih menuntut di sekolah rendah dalam darjah 5 ketika itu aku berumur 10 tahun. Peristiwa ini berlaku pada suatu malam nan hening yang banyak mengundang unggas-unggas bermain pada masa waktu ketibaannya tapi bukan sahaja makhluk kerdil ini sahaja yang hadir pada waktu seperti ini tetapi ada juga makhluk lain yang suka bertandang pada waktu ini. Seperti apa yang dikatakan oleh arwah nenekku, makhluk yang sering bertandang pada waktu ini ialah makhluk Jin dan Syaitan yang telah dilaknati Allah S.W.T.
Ketika itu aku baru selesai mengaji Al-Quran dari rumah Tok Cik , guru yang mengajar aku tentang agama. Ketika itu akulah pelajarnya yang terakhir menyelesaikan pembelajaran pada hari itu. Maknanya aku terpaksa kembali ke rumah berseorangan kerana rakan-rakanku yang lain telah lama meninggalkanku. Selepas mengucapkan terima kasih kepada Tok Cik, aku pun berjalan pulang. Malam makin gelap perasan takut mula menyelubungi diriku.
Kini aku mula merentasi kawasan perkuburan yang selalu digembar gemburkan oleh penduduk kampung sebagai kawasan berhantu. Hatiku mula berkocak dan mula berfikir tentang cerita-cerita seram yang sering diceritakan oleh penduduk kampung.
download
Tiba-tiba satu kubur mula berasap, aku mula berpeluh. Aku melihat satu mayat berasap keluar dari kubur tersebut. AARRRGGGGHHH!!!!!!. Aku mula terkejut dan menjerit ketakutan. Fikiran aku makin bercelaru, puaka itu semakin mara kepadaku. Ingin aku meninggalkan tempat itu, tetapi aku tak dapat menggerakkan anggota tubuhku.
Tubuhku seperti terpaku di bumi di mana tempat aku berpijak. Mayat berasap itu mula mengeluarkan bunyi yang menyeramkan. Heeeee….Heeeee…Heeeee…. Suaranya sungguh nyaring dan menyeramkan kepada sesiapa yang mendengarnya. Dalam keadaan samar-samar itu aku dapat melihat wajah puaka tersebut. Wajahnya sungguh menyeramkan dengan anggota tubuhnya dibaluti kain kafan dan wajahnya yang menyeringai memandang tepat ke mukaku.
Dengan melihat puaka itu mula mendekatiku, aku mula mengumpulkan seluruh tenaga untuk berlari meninggalkan kawasan berpuaka itu. Aku seperti mendapat semangat yang baru, sejurus itu aku mula berlari untuk meninggalkan kawasan tersebut. Dari kejauhan itu aku masih lagi mendengar hilai ketawa mayat tersebut. Aku berlari sehinggalah aku kepenatan. Aku pun berhenti di bawah perdu sepohon pokok Pulai. Tanpa menyedari keadaan sekeliling aku pun melepaskan lelah di bawah pokok tersebut. Semasa aku berehat di bawah perdu pokok itu, aku merasa ada sesuatu cecair pekat menitik jatuh dan terkena pada baju melayuku. Tikk…Tikk…Tikkk… Setitik demi setitik jatuh mengena pada bajuku.
Aku dapat mengecam cecair yang terkena pada bajuku itu, tak lain dan tak bukan iaitu DARAH. Aku mula melihat ke kiri dan ke kananku tapi tiada bukti darah itu datang dari sana. Dalam keadaan ketakutan aku memberanikan diriku melihat ke atas pokok tersebut. Memang tidak salah dugaanku, mayat berasap tersebut masih lagi ingin menggangguku.
Dalam kegelapan malam itu aku dapat melihat dua biji mata merah memandang tepat kepadaku. Tangan mayat itu mula mahu memegang leherku, yang pasti akan meragut nyawaku pada malam itu. Sejurus sahaja kejadian itu berlaku aku terus menjerit ketakutan dan tanpa mengingati apa yang telah terjadi pada diriku pada malam yang menyeramkan itu.
Pada suatu ketika aku mula membuka mata, aku menyedari kini aku berada di rumah Tok Cik. Aku bertanya kepada Tok Cik kenapa aku berada di sini dan apa yang telah berlaku kepadaku?. Dan Tok Cik hanya menjawab, “mengucap dan bertenang Pak Kadim itu tak akan menggangumu lagi anakku”.
Tetapi bagiku pernyataan Tok Cik itu masih lagi membawa seribu pertanyaan kepadaku dan menjadi misteri kepada diriku. Di dalam benakku masih tertanya-tanya siapakah Pak Kadim itu?. Apakah hubungan Tok Cik dengan Pak Kadim dan mengapakah aku yang menjadi mangsa gangguan Pak Kadim itu?.
Kini peristiwa tersebut telah lama berakhir dan Tok Cik guru agamaku juga telah lama kembali ke Alam Baqa. Tetapi, aku masih lagi tidak dapat melupakan peristiwa yang menakutkan ini dan ia masih lagi menghantui diriku serta seterusnya ia telah menjadi satu pengalaman yang ngeri dalam hidupku sehinggalah ke hari ini.

Video Penampakan Jin Saat Lempar Jumroh Di mina

JIN
Video Penampakan Jin Saat Lempar jumroh di mina | Jin adalah salah satu makhluq Allah SWT yang diciptakan dari api, sama seperti halnya manusia, jin ada yang kafir juga ada yang beriman pada Allah SWT dan NabiNya. Baru-baru ini ramai diperbincangkan di situs Youtube tentang penampakan jin yang ikut melempar jumroh bersama dengan para jamaah haji lainnya.
Jin yang sempat terekam kamera tersebut berpakaian layaknya orang arab di jaman dahulu, memakai jubah berwarna biru, menggunakan kerudung khas arab, syamagh (kerudung) putih yang sangat panjang dan di punggungnya menenteng tas yang sangat besar.
Dalam video tersebut, Jin yang katanya juga naik haji itu lari dengan kencang setelah melempar jumrah aqabah di Jamarat (tempat pelemparan jumrah). Dia tidak terlihat menabrak satupun manusia di depannya meskipun berjalan dengan cepat.
Rekaman video amatir jin yang ikut berhaji ini diambil secara tidak sengaja dengan menggunakan kamera hp salah satu jamaah haji yang sedang melempar jumrah.

Wednesday, 11 May 2016

Kisah Benar: Disangka Suami Yang Jemput,Rupa Rupanya….

OKL
Kisah Benar: Disangka Suami Yang Jemput,Rupa Rupanya….|Tidak dinafikan lagi kewujutan mahluk halus seperti jin,setan ,dalam dunia ini sememangnya sudah tertulis dalam Al-quran untuk mengganggu keharmonian serta kehusukan dalam beribadah ummat manusia agar ahlak dan akidahnya terpesong.
Perkara itulah yang berlaku kepada seorang saudara ibu kepada pengirim cerita ini dimana saudara ibunya itu dijemput hantu akibat dari pada terlalu memikirkan janji suami yang tidak pasti untuk menjemputnya.berikut kisahnya.
“Salam sejahtera,saya ingin berkongsikan kisah yang diceritakan ibu saya,kejadian ini berlaku disebuah kampung di malaysia.
Kisah ini berlaku semasa ibu saya masih remaja,ini adalah cerita benar dan bukan rekaan.
Saudara ibu saya ini namanya nek siti,nek siti adalah seorang penjual nasi lemak di salah sebuah sekolah di kampung itu.
Tiap tiap hari nek siti akan menemani akan menantunya yang baru melahirkan .
Jarak rumah nek siti dengan menantunya itu kira kira 500 meter,jadi tiap tiap hari nek siti akan datang kerumah menantunya sebelum makrib untuk menjaga anak menantunya yang masih dalam berpantang.
Pada satu hari itu Sebelum nek siti keluar rumah untuk pergi kerumah menantunya ia berpesan kepada suaminya Tok daud katanya” bang jangan lupa ambil saya pukul lima pagi”? Tengok lah kalau abang terbangun pagi nanti kata tok daud.
Setelah berpesan nek siti pun menuju kerumah menantunya itu dengan perasaan yang agak kurang pasti dengan jawaban suaminya hingga perkara itu bermain main di pikirannya sebelum tidur.
Pada malam itu semuanya tengah tidur lelap,kedengaran suara tok daud memanggil manggil dari luar,”siti..ohhhh ti..” anak menantu yang Terdengar suara panggilan itu terus mengejutkan nek siti yang sedang nyeyak tidur.
Mak! ohh mak! wan dah datang tu bangun lah “kata anak menantunya itu.
Nek siti pun bangun,tanpa memandang ke arah jam di dinding,nek siti mencapai selendangnya dan terus membuka pintu dan ia nampak seorang lelaki yang saling tak tumpah macam tok daud suaminya yang berdiri agak jauh dari pintu rumah Memegang lampu suluh.
Tanpa ragu ragu dan bertanya nek siti pun berjalan mengikut lelaki itu yang di sangka tok daud.
Yang peliknya kali ini tok daud berjalan agak jauh mendahului nek siti.
Nek situ yang agak sudah berumur tercungap cungap mengejar tok daud”bang oi bang tunggulah,kenapa jalan cepat sangat” jerit nek siti.
Tiba tiba lelaki yang dia perhati dari belakang itu pun lesap dari pandangan nek siti.
Karena sudah hampir sampai,nek siti menguatkan semangat untuk melanjutkan perjalanannya kerumah dengan perasaan takut dan kakinya menggeletar .
Setelah sampai didepan rumah nek siti mengetuk pintu dengan sekuat kuatnya dan berteriak memanggil suaminya.
Tok daud Yang sedang nyenyak tidur didalam rumah terkejut mendengar suara nek siti dan terus membuka pintu.
Setelah itu nek siti pun masuk kedalam rumah dan dilihatnya jam baru pukul 3 pagi,kemudian dia pengsan.
Menurut yang mengongsikan cerita ini,lelaki yang menjeput nek siti itu bukanlah tok daud,selepas kejadian itu nek siti terus demam dan tidak dapat berniaga nasi lemak selama tiga hari.

Tuesday, 10 May 2016

Inilah Hospital Paling Seram Di Dunia


Pernahkah kamu mendengar kisah-kisah seram dari hospital? Tak boleh dinafikan memang bahawa hospital seringkali mempunyai cerita menyeramkan sama ada ia berkait dengan makhluk halus atau hal lain.

Kisah seram bukanlah hal bohong, kerana ada hospital di dunia ini yang dianggap sangat seram sehingga lebih baik kamu menghindarinya jika harus dirawat di sana.

Seperti apa kisah seramnya? Boleh percaya atau tidak, mari kita lihat..


Nocton Hall – Britain



Nocton Hall awalnya adalah sebuah rumah mewah sampai Perang Dunia II ketika diambil alih pasukan Amerika sebagai tempat untuk tentera cedera sehingga Perang Teluk. Bangunan ini kemudian ditinggalkan pada 1995. Cerita hantu yang terkenal adalah adanya suara gadis muda menangis namun tidak ada sosoknya. Orang-orang percaya bahawa gadis muda itu adalah pelayan yang menjadi mangsa perkosaan dan pembunuhan anak pemilik rumah mewah Nocton Hall.


Severall – Britain



Hospital Severall di Britain ini juga dikenali atas kaedah rawatan aneh dan mengerikan terhadap pesakit sakit mental seperti lobotomi frontal sampai terapi kejutan elektrik. Dibuka pada tahun 1913, Severall ditutup pada 1990an. Namun tidak bagi pemburu hantu, kemudahan bilik mayat dengan khabar angin seringnya suara menyayat hati misteri terdengar menjadi alasan mereka datang


Ararat Lunatic – Australia



Ketika ini rumah sakit jiwa ini dikenal dengan nama Aradale. Namun semasa dibuka pada 1867 diberi nama Ararat Lunatic dan menjadi yang terbesar di Australia. Namun asylum ini mempunyai kaedah rawatan mental yang mengerikan dan aneh untuk puluhan ribu pesakitnya. Selama 130 tahun beroperasi, ada 13 ribu pesakit meninggal. Maka tak hairan muncul kisah angker di sana, termasuk adanya pelancongan bilik mayat. Mahu cuba?

Beechworth Lunatic – Australia



Awalnya hospital sakit jiwa ini dikenal dengan nama Mayday Hills Lunatic dan rupanya Beechworth ini merupakan ‘saudara’ dari rumah sakit Ararat di Australia dan dibuka selama 128 tahun sebelum akhirnya tutup pada 1995. Kisah mengerikan yang muncul di Beechworth adalah doktor yang menggunakan pesakit sebagai objek eksperimen gila mereka. Ada 9,000 pesakit yang meninggal di Beechworth termasuk gadis muda misteri yang dilempar keluar tingkap.

Sai Ying Pun Psychiatry – Hong Kong



Rumah sakit jiwa ini dibina di Sai Ying Pun pada tahun 1892. Namun rupanya mempunyai gelaran sebagai Rumah Hantu High Street kerana banyaknya cerita seram yang muncul. Awalnya hospital ini menjadi tempat tinggal staff jururawat sampai Perang Dunia II. Khabarnya tentera Jepun menggunakan bangunan ini sebagai ruang eksekusi. Sehingga cerita suara wanita menangis misteri, roh-roh dipenggal yang mengembara di lorong menjadi cerita normal di sini


Taunton State – Amerika Syarikat



Taunton State dibangun pada 1854 sebagai hospital sakit jiwa dan mempunyai sejarah mengerikan. Salah satunya adalah Jane Toppan, seorang pembunuh bersiri yang sudah menghabisi nyawa 31 jururawat. Bahkan khabar angin juga menyebutkan adanya doktor dan jururawat yang melakukan ritual syaitan dengan mengorbankan salah satu pesakit. Belum lagi penglihatan bayangan lelaki misteri menjadi hal biasa yang boleh kamu lihat semasa berkunjung


Athens Mental – Amerika Syarikat



Hospital sakit jiwa Athens ini dibuka pada 1874 dan selama bertahun-tahun menerima pesakit gila. Pada 1950-an, hospital ini merawat lebih daripada 1,800 pesakit dan terkenal kerana prosedur lobotomi yang mengerikan. Anehnya, hospital ini merahsiakan dengan ketat identiti pesakit. Belum lagi dengan ditemukannya 1900 mayat di bawah bangunan. Salah satu kisah mengerikan adalah hilangnya pesakit wanita pada 1978 dan dijumpai setahun kemudian di bangsal dengan percikan darah di lantai yang dapat dilihat sampai saat ini.


Royal Hope – Amerika Syarikat



Terletak di St. Augustine, Florida,hospital Royal Hope awalnya adalah rumah sakit tentera yang digunakan pada 1784-1821 sebelum akhirnya dihancurkan. Ketika dibina semula dan memperbaiki saluran air, beberapa pekerja bangunan mendapati bahawa hospital itu dibina di atas kuburan lama. Hal itu yang membuat seringnya kejadian tak masuk akal seperti peralatan perubatan yang bergerak sendiri, ada yang bergerak di bawah kaki dan cerita seram lain yang membuat Royal Hope menjadi salah satu tempat berhantu di Florida.


Hospital lama Changi – Singapura



Dibina pada 1935, hospital lama Changi menjadi salah satu laman yang paling berhantu di Singapura selama bertahun-tahun. Saat dibina pertama kalinya, bangunan ini adalah hospital tentera yang kemudiannya dijadikan penjara oleh tentera Jepun sampai ruang penyiksaan. Pada 1997, hospital ini berhenti beroperasi dan ditinggalkan. Banyak pemburu hantu cuba merakam aktviti supranatural di sini dan mencari penemuan mengerikan seperti suara mahupun penampakan misteri


Tranquille Sanatorium – Kanada



Tranquille Sanatorium terletak di berhampiran tasik Kamloops, Kanada. Awalnya tempat ini digunakan untuk merawat pesakit batuk kering dan akhirnya menjadi hospital pada 1907. Namun pada 1950-an Tranquille ditutup. Semenjak itu kisah seram terus muncul seperti ada bola mengembang sendiri di malam hari atau suasana sejuk yang tak masuk akal. Bahkan ada khabar angin mengenai jururawat yang dibunuh oleh pesakitnya.

Monday, 9 May 2016

Mak Kau Dah Lama Meninggal,Yang Dok Rumah Kau Bukan Dia-Ustad


ok
Mak Kau Dah Lama Meninggal,Yang Dok Rumah Kau Bukan Dia-Ustad|Sukar menghadapi kematian. Itulah yang berlaku kepada seorang warga emas yang berusia 85 tahun dari Shah Alam, Selangor. Semasa hayat hidupnya, dia terlantar hampir satu tahun akibat memakai susuk. Situasi misteri ini disaksikan sendiri oleh seorang menantunya yang hanya mahu dikenali Bakar, 56.
Menurutnya, hampir empat kali dia menyaksikan arwah ibu mertuanya berkeadaan nazak. Anehnya, pada keesokan hari, arwah kembali sihat seperti sedia kala seolah-olah tiada apa pun yang berlaku semalam.
Keadaan fizikal arwah amat kurus tapi berat badannya tidak mampu diangkat oleh dua orang lelaki tegap. Wanita ini lumpuh tapi selera makannya mengalahkan orang yang sihat. Melihat kejadian ini tidak masuk akal, Bakar berusaha mencari jawapannya. Dia berjumpa dengan seorang pengamal perubatan tradisional bagi mengesan apakah sebenarnya yang berlaku kepada ibu mertuanya.
Terkejut Bakar apabila diberitahu, bahwa yang tinggal dirumah dia bukan ibu martuanya,ibu mertuanya telah lama meninggal dunia tapi ‘benda’ yang dipakainya sudah menguasai jasadnya. Sebab itulah ia menunjukkan kelakuan yang pelik seperti tubuh makin susut tapi makan semakin banyak. Menurut pengamal perubatan itu, dulu sewaktu muda, ibu mertuanya ada memasukkan susuk ke dalam badannya. Jadi susuk itu telah bertindak balas dan sebati dalam badan.
Mengulas mengenai kes yang berlaku, seorang pengamal perubatan tradisional, Abdul Mohamaad, 36, yang berpengalaman hampir 14 tahun mengendalikan kes sebegini mengakui faktor penyebab seseorang itu sukar mati berpunca daripada amalan pemakaian susuk. Ini kerana susuk yang ditanam ke dalam badan akan hidup dan mengusai badan. Jika ia tidak dikeluarkan, memang amat sukar bagi seseorang itu untuk mati.
Kata Abdul lagi, kesan yang dapat dilihat bagi orang yang memakai susuk majoritinya kelihatan seperti tengkorak hidup. Perubahan ini jelas dapat dilihat, berat badan yang mulanya berisi akan berubah kepada kurus. Anehnya, kadar berat badan tidak berubah malah dua kali ganda lebih berat daripada manusia normal lain.
Kebanyakan kes yang dikendalikannya berlaku disebabkan si pemakai sukar membuang susuk kepunyaan mereka atau mereka terlupa untuk membuangnya sebelum uzur. Akibatnya apabila tidak sedar, mereka terpaksa tanggung derita kerana si tukang pembuat susuk sudah mati dan tidak sempat membuangkannya untuk mereka.
Jelas Abdul, untuk membuang susuk ini bukanlah satu perkara yang mudah. Namun, baginya, dia ada teknik yang tersendiri. Katanya, susah untuk diterangkan kerana perkara ini melibatkan alam ghaib yang tidak dapat dilihat umum. Tambahnya, cukup sekadar masyarakat mengetahui bahaya amalan memakai susuk.
Apakah kematian yang tidak lepas ini juga ada kaitan dengan ilmu hitam seperti busung dan amalan memelihara hantu atau jin? Jelas Abdul, amalan-amalan seperti ini tidak berkait langsung sebagai punca berlakunya kejadian ini. Ujarnya, sebagai contoh, busung merupakan sejenis amalan ilmu hitam untuk membunuh seseorang. Begitu juga golongan yang membela hantu atau jin. Malahan, makhluk yang dibela bukan berada dalam badan dan mempunyai rumah tertentu seperti tangkal, botol dan sebagainya.
Sebaliknya, mengapa susuk merupakan faktor berlakunya kejadian ini? Tegas Abdul, pemakaian susuk melibatkan bahagian dalaman tubuh. Sama seperti busung dan membela hantu, susuk juga dipengaruhi oleh jin dan iblis. Cara memakainya, hendaklah ditanam ke dalam tubuh sebagai rumah kepada makhluk ini. Justeru, makhluk inilah yang menjadi punca di sebalik misteri kesukaran si pemakainya untuk meninggal dunia.
Amalan memakai susuk ini telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Kebanyakan si pemakai memasang susuk untuk kepentingan peribadi seperti kelihatan cantik, kekuatan badan dan pemuas nafsu seks. Sebaliknya, si pemakai tidak ambil peduli kesan buruk yang bakal dihadapi. Akhirnya, mereka berdepan dengan kesukaran untuk mati.
Setiap kali waktu nazak, nafas akan kelihatan tersekat-sekat seolah-olah sedang menanggung derita. Ia akan berlaku berulang-ulang kali berlaku sehinggalah susuk itu dicabut keluar daripada badan dan barulah si pemakainya boleh bersemadi dengan aman.
Video proses mengeluarkan susuk

ANGKER! - 8 KISAH SERAM YANG MENGHANTUI LEBUHRAYA KARAK SEHINGGA KINI

Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland. Disini tao nak kongsikan kisah seram yangmenghantui lebuh raya karak sehingga kini.


1. Fru Bertembung

Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.

2. Tidur di Genting Sempah

Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berhenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”.

3.Volkswagen Kuning

Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..dia akan potong kereta korang ,dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga…..Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini,seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku diasrama tengah dengar radio Era (masa tu Era baru je wujud).Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus….

4. Kereta Misteri

KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.

“Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar.Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi.Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan..

Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya. Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!

Antara Kisah Di Jalan / Lebuh raya Karak

5. Kereta Antik
Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni….nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik…Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah(petronas).

Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik..Sebab dah tak tahan menanggung seram!

6. Konduktor Bas

Dalam satu cerita lain,pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket.Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?..

7. Bekas Ketua Komunis

Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden(Bekas ketua Komunis Pahang)bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..
mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagaiManager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.

Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.

8.Hantu Makan Orang

Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature”naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur!