Thursday, 28 April 2016

'Astaghfirullahalazim! Abang Buat Apa Kat Adik?!'

Gambar : blueewoke09
Artikel ini adalah hasil perkongsian Shahirah Alizama

Hari ni saya belajar perkara penting. Berkenaan penjenayah juvana. Pensyarah saya menceritakan tentang kes seorang abang yang berusia 7 tahun melakukan hubungan seks dengan adiknya berumur 5 tahun. Abangnya bila ditanyakan kenapa buat begitu menjawab dia menontonnya di televisyen dan merasakan itu satu permainan. Ibu pula tidak lansung mengetahui perkara itu kerana sibuk. Hal ini sendiri dilaporkan oleh jiran yang terlihat kejadian itu. Akhirnya si abang terpaksa dipisahkan dari adiknya atas perintah mahkamah. Si abang terpaksa tinggal di rumah kebajikan kerana kesalahan yang dia sendiri tidak mengerti. Tetapi apabila pegawai kebajikan mengambil beg si abang, si adik terus menangis. Kerana baginya itu lah satu-satunya kawan yang dia ada. Sungguhpun abang mungkin boleh balik semula beberapa tahun selepas itu, tetapi kata pensyarahku dia yakin abangnya pasti tidak mampu berhadapan dengan adiknya setelah memahami perkara itu.

Kes kedua melibatkan jenayah bunuh. Sewaktu membuat lawatan ke sekolah Henry Gurney, pensyarahku berjumpa dengan kanak-kanak ini. Katanya kesnya masih belum dapat pengampunan dari sultan. Ini bermaksud sekiranya tamat tempoh dia berada di sekolah HG, dia akan berada di penjara sehingga seumur hidupnya. Dia bersalah kerana membunuh anak jirannya dan meletakkan mayatnya di tangki air. Sewaktu ditanya mengapa dia membunuh anak jirannya itu dia menyatakan puncanya adalah bukan kerana mangsa tetapi tekanan keluarganya. Setiap hari ibu dan ayahnya bergaduh. Dia tertekan dan sebagai seorang kanak-kanak dia tidak dapat mengawal marahnya hingga melepaskannya kepada mangsa yang kebetulan berada di situasi itu. Dia berkata "Kalau Tuhan boleh bagi saya satu permintaan, saya harap dapat kembalikan nyawa dia". Bila ditanya tentang impian dan cita-cita, jawapannya sama seperti kanak-kanak lain. Dia ingin menjadi ahli perniagaan dan berkeluarga. Dia nak buka kedai jahit kerana bakatnya. Di dalam sekolah HG dia merupakan ketua batillion. Namun kehidupannya tidak lagi seindah impian. Kerana beberapa minit dia melakukan kesalahann itu telah mengubah segala-galanya.

Sedih bukan? Kerana kecuaian ibu bapa anak-anak menjadi mangsa. Betapa pentingnya karakter ibu bapa yang bertanggungjawab dalam memantau anak. Ibu bapa adalah madrasah pertama anak-anak. Jalankan tanggungjawab anda. Anak itu amanah dari Allah.

Di luar sana pelbagai konflik kehidupan menanti untuk diselesaikan. Ambil lah peranan kita. Prihatin. Mulakan dari melihat dan mengambil berat tentang orang terdekat dengan kita. Jangan terlalu sibuk menyelesaikan masalah ummah hingga terlupa perihal orang dirumah. Jagalah hubungan kekeluargaan. Hidupkan sinar dakwah Islam di rumah.

Pesanan ini untuk diri juga. Jalan kerjaya ini pasti mencabar. Doakan saya mampu menjadi seorang individu yang bermanfaat dalam bidang undang-undang.

La yukallifullahu nafsan illa wusa'ha. Sungguh, Allah tidak membebani manusia lebih daripada kemampuannya.

Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Ya Allah. Pandulah hati-hati kami agar sentiasa menjalani hidup ini bersama redhaMu.

--Aku Mahasiswa Islam

No comments:

Post a Comment