AHAD lalu telah berlangsungnya majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-29. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Artis baru yang sedang meningkat naik, Mira Filzah juga telah memenangi kategori Artis Baru Wanita Popular mengalahkan top 5 yang lain.
Dah lah cantik molek orangnya, berbakat pula tu. Tapi, kenapa pula PU Rahmat menulis surat terbuka kepada Mira Filzah? Ada yang tak kena ke?
Kemenangan awak sebagai Artis Baru Popular pastinya satu pengalaman manis.
Surat buat Mira FilzahAssalamualaikum Mira Filzah , kenalkan saya PU Rahmat ,
Tahniah atas kemenangan pelakon baru wanita popular.. Eh skema nya aku.. Huuhu
Hukhuk (batuk betulkan suara)
Kita ni sebaya tau mira Filzah , saja bagitau kita sebaya pada awak (ehh..suka hati je aku panggil awak.. Haha)Baik , straight to the point…
Saya kompem untuk awak yang berusia 23 tahun mencapai artis baru popular merupakan satu pengalaman manis .. Mabruk ..
Saya pun ada pengalaman manis melihat sepasang mata bercahaya dan senyuman milik seorang anak Syiria.
Saya pun ada pengalaman manis nak dikongsi , awak baca ea.. (Fuh ..Debarnya)Tahun ini saya menjumpai sepasang mata yang bercahaya dan sebuah senyuman yang sangat manisMata dan senyuman itu milik seorang anak syuria(syiria).. Saya berpeluang ke Kem Pelarian Mangsa perang syiria,Disana kan mira , kami Buat BBQ dan agihkan quran buat mereka, ada yang menangis melihat Al Quran kerana sudah lama tidak melihatnya, kami pun turut sebak kerana kami yang melihat quran depan mata tapi gagal berdamping dengan Al Quran.
Mereka sangat gembira, kami melihat senyuman yang mendamaikan jiwa.
Malam musim sejuk tu , kami buat BBQ dan mereka punya excited sampai mengelilingi kami berjam jam ,Awatnya berjam jam? Silap kami la buat BBQ musim sejuk, api tak naik naik.. Haha nilah padah tak pernah hidupkan api musim sejuk.. Yola malaysia mana ada salji..Malam tu kami nampak senyuman yang mendamaikan jiwa dari anak anak syuria , mereka gembira kerana sudah berbulan bulan tak makan Ayam apatah lagi daging.Kami pun jadi gembira !! Bahagia itu hadir apabila membahagiakan orang lain.
Mira, masih ramai yang belum cakna kesengsaraan muslim lain.
Mira, masih ramai lagi Orang Malaysia yang belum cakna kesengsaraan manusia khususnya Muslim yang lain..Rohingya, Kashmir, Afrika, Syuria, Palestin apatah lagi di dalam Malaysia.So panjang panjang cerita ni tema besarnya ialah sebuah harapan ^^Harapannya untuk mira terima saya.. Ehhh bukan bukan(saja buat saspen supaya korang baca).
Besar harapan saya artis muda seperti Mira Filzah memanfaatkan populariti untuk kebajikan dan kemanusiaan.
Harapannya buat semua artis muda khususnya Mira Filzah untuk sama sama memanfaatkan populariti bagi sebuah gelombang kebajikan dan kemanusiaan.Jika umur mira panjang, awak akan terus mendaki kepuncak tetapi ada satu fakta bahawa sebelum awak kepuncak, ada ramai artis sudah berada dipuncak hari ni.. dan mereka sudah memulakan gelombang kebajikan dan kemanusiaan.Contohnya : angelina jolie, abg noh hujan, abg faizal tahir dan kak miss nina.. ramai lagi senarai..
Semoga Mira termasuk dalam salah seorang yang membawa gelombang kebajikan dan kemanusiaan.
Persoalannya? Adakah mira dan saya yang berusia muda sempat berada di puncak seperti mereka? Entah entah meninggal dunia pada usia muda… Fuhh sorry ya awak bawak cerita mati ..Jadi kita kena pecut seratus meter laju2 dalam amal kebaikan.. GogogoMoga Mira termasuk salah seorang yang membawa gelombang kebajikan dan kemanusiaanPecah kaca pecah peti Ais
Lepas baca share ya gaissSudah 400 ribu kematian sepanjang perang SyuriaMoga Surat ini sampai kepada rakyat malaysia dan turut bersama menjadi gelombang Kebajikan dan kemanusiaanAssalamualaikum Dunia
Marilah semua
Alhamdulilah, semoga surat terbuka dari PU Rahmat ini dapat membuka mata kita semua akan kesengsaraan Muslim lain diseluruh dunia. Jom tambah saham akhirat!
sumber: Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan
No comments:
Post a Comment