Pada usia 17 tahun rata rata remaja menumpukan perhatian menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun sepasang kekasih muda sebaliknya aktif melakukan samun premis 24 jam.
Pasangan remaja itu dikesan bekerjasama merompak kedai di sekitar Damansara dan Taman Tun Dr Ismail (TTDDI), di sini, bersenjatakan pisau sejak beberapa bulan lalu.
Kegiatan suspek bagaimanapun berakhir apabila mereka ditahan pegawai dan anggota polis dari Balai Polis TTDI di sekitar taman itu jam 5.30 petang, kelmarin.
Sumber polis berkata, dua suspek itu ditahan selepas polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis terakhir dirompak. "Suspek perempuan akan masuk ke premis terlebih dahulu dengan memakai topi keledar sebelum berpura-pura membeli barangan.
"Tidak lama kemudian teman lelakinya akan meluru masuk sebelum mengacukan pisau ke arah pekerja kedai. Suspek juga mengugut mencederakan pekerja itu jika wang tidak diserahkan," katanya kepada Harian Metro.
Sumber berkata, siasatan mendapati suspek lelaki itu pernah dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak dan kedua dua mereka tidak bersekolah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua suspek itu

No comments:
Post a Comment