Thursday, 5 May 2016

Giliran Isteri Hafidz Pula BERSUARA Lepas Dihina Muka Hodoh ! Memang Tak Sangka Dia Cakap Macam Ni !





PETALING JAYA, 5 Mei: Pelakon drama Tundukkan Playboy itu, Hafidz Roshdi, memaafkan pengikut Instagam yang telah melemparkan kata-kata kesat tehadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri melalui satu foto perkahwinan mereka yang dimuat naik di laman sosial itu.

Hafidz, 22, berkata dia dan isteri menerima perkara itu dengan terbuka dan menganggap perkara itu mengajar mereka cara untuk lebih bersabar.

"Apa yang penting saya dan isteri bahagia dan bagi mereka yang menghina wajah isteri saya, dia (Nurul Shuhada)  menyampaikan salam dan mengucapkan terima kasih atas hinaan tersebut.

"Dia juga tidak terasa hati dan memaafkan siapa yang tidak berpuas hati dengannya, secara tidak langsung perkara ini juga mengajar erti kesabaran kepada kami," kata Hafidz ketika bercakap kepada mStar Online.

Hafidz berkata sedemikian ketika mengulas tentang komen-komen negatif yang dilemparkan oleh pengikut Instagram yang tidak berpuas hati dengan berita perkahwinan pasangan itu sehingga ada yang melemparkan kutukan terhadap wajah isteri Hafidz.

Disebabkan komen-komen biadap itu beberapa rakan artis seperti Emma Maembong, Kamal Adli, Saharul Ridzwan dan Micheal Ang turut tampil menegur netizen atas sikap biadap terhadap isteri pelakon itu.

"Saya berterima kasih kepada rakan artis yang prihatin dan cuba membela saya apabila dikutuk oleh pengguna laman sosial. Tidak apalah, mereka yang kutuk itu beri pahala percuma sahaja pada saya dan isteri," ujarnya. 

No comments:

Post a Comment