Wednesday, 30 March 2016

Badan Panas? Ketahui 6 Minuman Yang Boleh Sejukkan Badan Anda

71432872081_950x600

Cuaca panas melanda negara kita sekarang. Tahap sampai berpeluh-peluh kita dibuatnya kalau berada dalam rumah, walaupun kipas dah buka sampai habis limit!. Kadang-kadang, tengah tidur pun boleh berpeluh dibuatnya.

Keadaan ini juga menyebabkan badan kita sering panas dalam dan menyebabkan tekak terasa kering, badan lemau, berpeluh sepanjang masa dan pening kepala kalau dah sampai tahap panas hingga ke kepala.

Jadi, apa kata anda cuba sejukkan badan anda dengan minuman-minuman ini:
1. Kundur
kundur

Kebanyakan pasti akan salah sangka yang buah kundur ini adalah mentimun. Sebenarnya bukan. Kundur ialah daripada keluarga Cucurbitaceae, dikenali dalam bahasa inggeris sebagai winter melon. Masyarakat cina mempercayai air buah kundur dapat memastikan keseimbangan dan menstabilkan suhu badan.
tumblr_lzc0gnzlKS1r3ozw4o1_500
Jus kundur juga dapat membantu menghidrasikan badan anda dengan lebih cepat berbanding air dan menyahkan toksin.
2. Krisantimum
031209024845Chrysanthemum
Teh krisantimum adalah antara minuman popular dikalangan masyarakat cina.  Ia amat baik untuk simptom seperti gusi sakit dan berdenyut, sakit gigi biasa, sakit kepala, sakit mata, suhu badan menurun dan mencegah serangan panas.
images
Caranya menyediakannya mudah sahaja. Anda hanya perlu mendapatkan bunga krisantimum dan letakkan di dalam air panas beserta gula batu. Ia juga terdapat dalam minuman tin.
3. Cincau
download
Anda sudah tentu dah kenal dengan cincau. Ia boleh didapati dalam minuman ABC, sirap bandung cincau dan air cincau sendiri. Cincau iini terhasil daripada adunan campuran daripada tumbuhan Mesona chinesis, ditambah dengan kanji yang disejukkan sehingga kepekatan seperti agar-agar.
images (1)
Cincau ialah penyejuk semula jadi yang membantu mencegah serangan panas dan demam serta mencegah ruam dan kulit kering.
4. Sengkuang cina
khasiat-sengkuang-cina
Sengkuang cina ini bukan sahaja boleh menyejukkan badan anda yang sedanng panas, bahkan ia juga dapat menyahkan toksin yang tersumbat dalam badan anda. Selain itu, mereka yang menghidap cystitis dan  jangkitan saluran kencing boleh diberikan sup sengkuang cina bagi mencegah daripada menjadi lebih teruk.
11420900_651516434948101_1585189247_n
Jus yang diekstrak juga boleh mencegah rasa senak dan loya.
5. Air kelapa muda
ajaibnya-khasiat-air-kelapa-muda
Alangkah indahnya kalau ditengah-tengah cuaca panas ini kalau dapat menikmati air kelapa muda. Sungguh menyegarkan! Air kelapa muda memang dikenali sebagai penyejuk badan semulajadi dan digunakan dalam perubatan tradisional untuk demam dan menghilangkan panas dalam.
Syaratnya, perlu minum begitu sahaja tanpa ais dan gula.
6. Biji kembang semangkuk
kembang semangkuk 2
Kembang semangkuk juga amat sinonim dengan minuman yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia seperti ais kacang. Sebenarnya, selain sedap untuk dimakan, kembang semangkuk juga dikatakan turut mempunyai khasiat ubatan.
Ia dikatakan mampu menjadi ubat untuk penyakit asma, batuk kering, buasir, pelbagai jenis demam panas, pendarahan hidung, perut, usus atau pundi kencing, melawaskan pembuangan air besar, merawat masalah kulit yang terlampau terdedah kepada cahaya matahari, masalah ginjal dan masalahcacing dalam perut dan usus.
kembang semangkuk
Petua tradisional mudah sahaja. Anda hanya perlu rendam biji kembang semangkuk, getah anggur, gula batu dan air selama sejam dan minum!

No comments:

Post a Comment