Lelaki Berumur 20-30 Tahun
Mulakan diet yang sihat dan aktiviti senaman
- Mulakan diet yang bagus untuk jantung anda serta rancang untuk melakukan senaman sekurang kurangnya setengah jam sehari. Pemakanan yang seimbang serta gaya hidup yang sihat, adalah kunci utama dalam memastikan kesihatan seseorang sentiasa dalam keadaan yang baik setiap masa.
Bina hubungan yang baik dengan doktor anda
- Hubungan yang baik dengan doktor anda mampu membantu anda untuk berkongsi apa jua masalah kesihatan yang dihadapi. Jangan berasa malu atau segan untuk bertanya soalan dengan doktor anda. Antara topik yang wajar dibincangkan adalah seperti, “apakah cara yang berkesan untuk menjaga kesihatan jantung?” ataupon “bagaimana untuk mengelakkan diri daripada penyakit STD?”
Ketahui masalah kesihatan keluarga anda
- Adakah ahli keluarga yang menghidapi masalah jantung? Bagaimana pula dengan penyakit diabetes? Dua perkara ini sangat penting untuk anda bertanyakan kepada ibu bapa atau ahli keluarga yang lain. Lukiskan carta salasilah keluarga anda dan kenal pasti setiap ahli keluarga yang mempunyai dua masalah di atas.
Jangan lupa lakukan ujian saringan
- Ujian pemeriksaan kanser testis secara berkala adalah sangat penting kerana kanser testis adalah sejenis kanser yang paling biasa dalam kalangan lelaki muda.
- Perbincangan dengan doktor juga adalah sangat penting untuk ujian saringan bagi tekanan darah tinggi, kolestrol, dan juga kencing manis (diabetes).
Lelaki Berumur 40-50 Tahun
Perangi stress!
- Lelaki yang berada di pertengahan umur berhadapan dengan tekanan yang sangat tinggi dalam hidup. Sama ada tekanan daripada kerjaya, kewangan, dan juga tekanan keluarga. Stress merupakan antara faktor risiko utama untuk penyakit kardiovaskular yang menyerang kaum lelaki lebih daripada kaum wanita.
- Penyakit jantung adalah pembunuh nombor 1 untuk lelaki berumur 45-50 tahun. Oleh sebab itu, mencari cara untuk menangani stress adalah sangat penting untuk tidak menjadi mangsa penyakit ini melalui aktiviti senaman mudah, yoga, meditasi, ataupun menghadirkan diri dalam kelas menangani stress.
Kawal berat anda
- Lelaki yang berada dalam umur pertengahan kebiasaannya akan berhadapan dengan peningkatan berat. Pastikan anda pantau berat anda! Pemakanan yang seimbang juga sangat penting untuk mengelakkan diri anda termasuk dalam kategori obesiti.
Ujian saringan berkala
- Bincang dengan doktor anda untuk melakukan ujian saringan kolestrol dan kencing manis terutamanya jika anda mempunyai masalah berat berlebihan dan juga tidak melakukan aktiviti senaman harian ataupun jika terdapat ahli keluarga yang menghidap penyakit ini.
No comments:
Post a Comment