[10 Gambar] Muka Dan Tangan Hancur Bateri Handpone Meletup |Seorang pemandu bot berusia 27 tahun cedera pada tangan dan muka selepas telefon bimbit miliknya yang sedang dicaj tiba-tiba meletup awal pagi tadi.
Ketika kejadian kira-kira jam 3 pagi di rumah mangsa, Muhammad Syawal Md Isa, di Kampung Titi Serong, dekat Yan, di sini, yang baru bangkit dari tidur dikatakan cuba menjawab panggilan ketika telefon berkenaan berdering.
Berdasarkan maklumat, letupan berlaku ketika mangsa menekan butang pada telefon bimbit yang dipegangnya itu menyebabkan mata, muka dan tangan kanannya cedera. Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Yan oleh ahli keluarga sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, untuk rawatan lanjut.
No comments:
Post a Comment