Monday, 25 April 2016

'Saya Nak Melihat Suami Buat Kali Terakhir' Kisah Yang Dikongsikan Amat Menyentuh Perasaan


Kisah yang dikongsikan seorang followers Oh! Media yang amat menyentuh perasaan kami.

"Assalamualaikum, sy hanya ingin bercerita tentang kejadian kemalangan pada hari sabtu lepas 23/4/16 pada jam lebih kurang 5.05 petang.

Ini kisah acu & paksu sy. Mereka terlibat dlm kemalangan jalan raya di KM394.2(U) (tapah-tg malim) atau lebih dikenali di highway slim river.

Kejadian berlaku apabila 1 trailer kontena terbabas dan telah melintang ke arah lorong laju arah Utara & Selatan. Akibat kejadian, kereta acu sy telah melanggar Kontena tersebut yg berada di lorong jalan laju. Paramedik mengesahkan pemandu meninggal di tempat kejadian.

Suami kepada acu sy, Zul Haizal Asmar B. Marzuki (paksu), 34 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Isteri nya Rafidah Bt Othman (acu) cedera parah pada bahagian kaki dari peha sehingga tulang keting. Dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun under ICU. (Di-transfer dari Hospital Slim River)

Di dalam kereta bersama sekali ibu kepada arwah dan 3 orang anak anak nya.

Ibu arwah mengalami kecederaan pada pinggang, dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.
(Di-transfer dari Hospital Slim River)

Anak arwah yg pertama Nur Zahra Iffah, 6 tahun mengalami skull fructure di mana terdapat 3 tulang yg retak, di sebelah mata, dan tulang pada belah kanan pipi. Memerlukan dana untuk operation. Dirawat di Hospital Permaisuri Bainun Ipoh under ICU.
(Di-transfer dari Hospital Slim River)

Anak arwah yang kedua, Nur Zafeerah Husna, 3 tahun mengalami bengkak dan lebam pada bahagian kepala akibat hentakan. Dirawat di Hospital Permasuri Bainun Ipoh.
(Di-transfer dari Hospital Slim River)

Anak arwah yang ketiga, Muhd Zumar Harith, 1 tahun 3 bulan yg berada pada riba ibu nya (Rafidah) tidak mengalami sebarang kecederaan. Dijaga oleh waris yg terdekat buat sementara waktu.

Di sini sy sebagai saudara kepada mangsa ingin berkongsi kesayuan bila mengenang kan nasib seorang isteri yang sudah lama tiada ibu dan ayah, dan sekarang kehilangan suami yg tercinta, mengenang nasib anak anak nya yg masih kecil dan dirawat.

Pada hari Ahad 24/4/16 di mana kami sekeluarga (adik beradik rafidah & adik beradik Arwah Zul Haizal) ingin mengebumikan arwah, isterinya Rafidah masih tidak tahu status suaminya yg telah meninggal kerana isterinya masih dlm rawatan. Pada pagi Ahad, Rafidah mula sedar selepas operation. Pada pukul 9 pagi abang & kakak Rafidah memberitahu bersama doctor pakar di dalam bilik icu mengenai suaminya yg telah tiada, dan bertanya sama ada Rafidah ingin melihat suaminya dikebumikan atau tidak. Rafidah dalam keadaan sangat terkejut, sedih dan hiba, menyatakan yg dia ingin melihat suaminya kali terakhir. Terlalu sedih mengenangkan nasib beliau yg tidak dapat menggerakkan kaki akibat cedera parah dan mempunyai hanya satu tempat pergantungan dlm hidupnya iaitu hanya suami nya sahaja setelah kematian ibu & ayahnya.

Dua ambulance (isteri dan ibu arwah) bergerak sekali daripada Hospital Slim River ke kampung Rafidah Sri Mariah, Batu Gajah, Perak di mana tempat jenazah dikebumikan. Tetamu yg hadir bg melihat arwah begitu ramai sekali.

Semasa ketibaan dua ambulance, tetamu semua melihat satu peristiwa yg sangat menyentuh hati. Isterinya diturunkan hanya pada pintu ambulance sahaja kerana operation yg dijalani beliau masih tidak cukup 24 jam lg. Jenazah diangkat mendekati si isteri bg penghormatan si isteri untuk arwah suami. Jenazah suami diiringkan sedikit untuk memudahkan isteri mengucup dahi suami buat kali terakhir. Sayu rasanya melihat peristiwa seperti ini, tetamu yg mengerumuni mereka turut menangis hiba mengenangkan nasib seorang isteri yg tidak berupaya melihat jenazah suaminya. Dua orang anak nya didekatkan pada ibunya (rafidah) untuk ibunye mengucup anak anak nya itu. Sayu lg keadaan melihat ibu & anak anak nya menangis. Hanya Allah sahaja tahu perasaan seorang ibu yg bergelumang dgn 1001 perasaan sedih di hati.

Semoga isteri arwah tabah menghadapi segalan rencana Allah yg telah lama diaturkan. Minta jasa baik semua untuk mendoakan anak pertama nya yg masih kritikal di icu, dan minta didoakan agar isteri arwah mendapat kekuatan yg berterusan dan berpanjangan.

Hati hati lah memandu. Tidak mahu menyalahkan mana mana pihak, tp cukuplah bg pengajaran untuk semua yg membaca. Semoga Allah merahmati & melebarkan rahmat kasih sayangNya buat keluarga arwah, dah semoga Allah meletak kan arwah paksu yg terkenal dengan sifat baik nya dalam kalangan orang beriman. Semoga roh Zul Haizal Asmar dicucuri rahmat Allah yg Esa. Dia yang maha berkuasa ke atas ciptaanNya.

Moga syurga buat mu paksu.

Al Fatihah."

No comments:

Post a Comment