kan dek kerana gagal menjawab soalan yang dilihat seakan pop kuiz.
Jika pada episod pertama peserta dari Johor, Wan Zarith Sofea dikritik kerana tidak kenal antara Mahatma Gandhi dan Mother Teresa, episod kedua menyaksikan peserta yang mewakili Selangor, Arina Mohd Fairin dihentam kerana gagal mengenalpasti bilangan warna bendera Malaysia.
“Mahatma ghandi seorang wanita? Bendera Malaysia 5 warna? Oh sangat clever girl,” komen Mardhiah Shakir.
“Duk riuh satu rumah pasal bendera Malaysia ada 5 warna. Hahaha,” kata Zulaikha Zol pula.
“Belajar tinggi-tinggi, Jalur Gemilang pun tak tahu, “ ulas Amirul.
Lebih parah, pihak produksi turut dikecam gara-gara soalan “Berapa banyakkah filem P Ramlee yang ada perkataan Bujang Lapok” selepas pengacara rancangan itu, Alif Satar mengesahkan jawapan adalah tiga.
Walhal jawapan sebenar bagi soalan itu adalah empat iaitu Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Ali Baba Bujang Lapok.
Paling menyedihkan, ada netizen yang mula menggelar peserta-peserta Clever Girl sebagai ‘Bimbo’ (gelaran untuk wanita yang cantik tapi dungu) di media sosial.
Sehubungan itu, ramai yang berasakan program pencarian ‘gadis pintar’ Malaysia seperti ini tidak sepatutnya ditayangkan kerana boleh menjatuhkan maruah peserta itu sendiri. – SUMBER
No comments:
Post a Comment