Thursday, 28 April 2016

Senarai 5 Barang Tak Digalakkan Beli Di Kedai RM5


Sekarang ni dah banyak kedai RM5 yang menjual pelbagai barang harian. Kebanyakannya barangan dari Jepun dan ada juga dari China dan lain-lain lagi. Namun perlu diingatkan bahawa ada barang yang tidak digalakkan unuk dibeli di kedai RM5 kerana kualiti dan nilai yang tak berbaloi dengan harganya. Adakalanya dirasakan harganya murah namun tidak berkualiti. Dan ada juga kerana nilainya tak setanding harga.

Berikut adalah senarai 5 barang yang tidak perlu dan tak digalakkan untuk dibeli di kedai RM5:

1. Peralatan memasak



Ada antara peralatan memasak ini hanya diperbuat dari plastik biasa. Katanya silikon tahan panas. Namun bila menggunakannya, ianya cair atau terbakar dan ini akan menyebabkan toksin bahaya masuk ke dalam makanan. Ada juga yang tak tahan lama, di mana dalam beberapa jangka masa, ianya patah atau pecah.

Jadi, elakkan membeli peralatan memasak seperti ini. Untuk tahan lama, pilihlah jenis bahan yang keras, tebal dan tahan seperti bahan kayu dan besi tahan karat.

2. Alat tulis



Dengan hanya RM5 alat tulis ini dijual dalam bungkusan dalam kuantiti satu atau banyak bilangannya. Namun pada hakikatnya, kos untuk bilangan alat tulis tersebut tidaklah mencapai RM5. Jika, anda membeli secara berasingan di kedai biasa, pasti harganya lebih murah dan menjimatkan. Jadi, elakkan membeli alat tulis di kedai RM5 ini

3. Kertas balut bercorak



Seriously RM5? Walaupun dijual 2 atau 3 gulung pun masih tidak semahal RM5. Dan jangan terkejut jika pergi ke kedai alat tulis biasa, harga pembalut bercorak ada yang semurah RM1 untuk sekeping. Nampak permainannya di situ?


4. Air tin/berkarbonat



Selalunya air tin ini datang dari jepun dan dihiaskan dengan animasi kartun jepun. Walaupun dijual satu atau botol/tin untuk RM5 tetapi harganya tetap tidak berbaloi melainkan anda membayar untuk hiasan animasinya sahaja. Melainkan anda adalah kanak-kanak atau peminat anime yang tertarik dengan hiasan botol/tin tersebut maka boleh saja habiskan duit untuk dibuat koleksi.


5. Krim mekap



Kita tak tahu bahan apa yang ada dalam krim dari jepun tersebut. Lagipun ada antara nama produk tersebut pun kita tidak pernah dengar atau faham. Mungkin ianya bahaya pada kulit kita kerana kadar toksik yang tinggi, atau mungkin ianya tak sesuai untuk kulit orang Malaysia. Siapa tahu.. Jadi elakkan membeli krim mekap yang tidak diketahui asas bahannya. Lebih baik beli di farmasi dan atau di pengedar krim mekap yang dikenali di Malaysia ini.

Walaupun begitu, bukanlah semua barang tidak sesuai dibeli di kedai RM5 ini. Ada pelbagai lagi barangan lain yang berbaloi dibeli dengan harga semurah RM5. Jadi, kena banyakkan survey dan window shopping dulu barulah ‘alah membeli menang memakai’.

No comments:

Post a Comment