Monday, 25 April 2016

Ikut Abang Lah, Ayat yang suami perlu ambil perhatian

"Kita nak makan di mana ni?"
"Ikut Abang le"

Biasanya bila kita ajak isteri makan di luar. Kita akan tanya di mana restoren nak makan. Jawapan di atas itu bukan maksud sebenarnya. Awas, ada maksud lain tu. Anda wajib tanya dia hingga tiga kali untuk mendapat jawapan sebenarnya:


1. Jawapan pertamanya, "Ikut abang le" bermaksud (Takkan lupa tempat yg sedap tu).

Tanya lagi, "Kemana kita ni?'



2. Jawapan keduanya, "Ikut abang le, saya tak kisah" bermaksud (Tengok tu dia boleh lupa tempat yang romatik dan sedap tu).

Tanya lagi, "Abang tak tahu ni. kat mana?'



3. Jawapan ketiganya. "Mana-mana je ikut abang" bermaksud (Memang sah dia lupa ni)

Tanya lagi, " Ke mana ni"



4. Baru jawapan sebenarnya, "Tu restoren Sunthai yang kita makan bulan lepas.. takkan tak ingat". bermaksud (Memang lupa dia ni... benci)

Kalau dia masih menyerahkan suaminya membuat pilihan.

Ok bawalah ke restoren yang anda minat tapi bila duduk aje jangan buat pesanan lagi, Bahaya!!,

Tunggu, tengok reaksi dia mengenai restoren itu. Kalau dia macam tak selesa, komplen bising, bau longkang, orang ramai, Eloklah beredar cari tempat lain dan ulang lagi soalan di atas sehingga dia memberikan jawapannya.

Kalau dia makan juga di tempat yang dia tidak suka, walaupun dia makan tetapi hakikatnya perut dia sahaja yang terpenuhi, sedangkan mata, telinga, hati dan nafsunya masih "lapar".


No comments:

Post a Comment