Sebelum ini mesti ada antara kita yang tertanya-tanya apa yang terjadi kepada sisa buangan manusia yang ditinggalkan dalam bilik air kapal terbang. Kemana ia pergi dan bagaimana ia diuruskan.
Ada yang buat lawak mengatakan bahawa semua najis itu di lepaskan ke bawah, nasib la penghuni bumi yang tidak bernasib baik itu. Ok, itu tidak lawak. Lame. Sila hentikan lawak ini.
Zaman teknologi ini kita sering mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dan memastikan kita dapat hidup dengan selesa. Maka inilah apa yang teknologi hari ini lakukan kepada sisa najis kita.
Boleh tonton video di bawah.
Sedikit info berkaitan Blue Ice
Blue Ice dari konteks penerbangan ialah sisa kumbahan yang membeku dan bocor di tengah-tengah penerbangan pesawat. Sisa kumbahan dan cecair penyahinfeksi inilah yang membeku dan membentuk pepejal berwarna biru, warna cecair penyahinfeksi itu sendiri.
Walaupun kelihatan tidak memberi ancaman bahaya yang besar, namun banyak kes telah dilaporkan sebelum ini yang mengakibatkan kerosakan yang teruk kepada objek yang terkena Blue Ice yang jatuh dari langit ini. Dengan kekuatan yang mampu merosakkan bumbung-bumbung rumah.
Mungkin inilah lawak yang dimaksudkan sebelum ini.
Namun sekarang teknologi sudah berubah. Tonton video sehingga habis.
No comments:
Post a Comment