Gara gara sekeping gambar yang tersebar di internet baru baru ini,
Uqasha Senrose nampaknya tidak henti henti menerima kritikan peminat
tentang cara pemakaian beliau selain sering menerima kata kata kesat di
laman sosial peribadi beliau.
Dalam kenyataan terbaru kepada Utusan Malaysia, Uqasha Senrose seakan
mengakui kesilapan yang beliau lakukan itu dan meletakkan kejahilan
diri sendiri serta cetek ilmu agama sebagai punca kenapa beliau masih
melakukan kesilapan dalam hidup.
“Bila difikirkan kembali, saya sedar itu semua kesilapan di atas
kejahilan diri sendiri yang masih terlalu cetek ilmu agama. Sebenarnya,
bagi saya, manusia ini banyak dugaannya dan kejadian itu merupakan
dugaan yang telah tertulis untuk saya”
“Saya akui, iman diri ini tidaklah sekuat mana, kadang kuat, kadang ke laut juga”
“Saya mahu berterima kasih sebenarnya kerana jika tiada yang menegur
kesilapan yang dilakukan, mungkin sehingga hari ini saya akan terus
melakukan tindakan yang sama tanpa menyedari benda itu salah,” ujar
Uqasha Senrose lagi.
Pelakon yang sednag popular dengan drama Tundukkan Playboy Itu mengakui
yang tawaran kerja datang mencurah selepas kontroversi tersebut namun
beliau akan lebih memilih tawaran yang baik untuk kerjayanya dan tidak
tamak untuk mengaut semua.
No comments:
Post a Comment