Seorang doktor dari Pakistan, Jan Mohammad, kini dalam misi untuk membuat 100 orang zuriat bagi memudahkan dia mendapat tempat di Syurga kelak.
Doktor berusia 43 tahun itu, yang kini sudah mempunyai 35 orang anak dari tiga isteri sudah siap sedia untuk berkahwin kali keempat bagi mempercepatkan misinya itu tercapai.
"Saya mahu ada 100 orang anak, kerana Nabi telah memberitahu sesiapa yang menambahkan bilangan pengikut Islam tidak akan ke neraka", katanya ketika bercakap kepada akhbar Pakistan, DAWN.
"Dengan izin Allah, anak-anak saya akan membantu saya pergi ke syurga", katanya lagi.
Isteri-isteri kepada Mohammad, Bibi Naz Gul, 32, Noor Bibi, 28 dan Hayat Bibi, 25 telah berjaya melahirkan 14 anak lelaki dan 21 anak perempuan untuk Mohammad setakat ini.
Dua dari anak perempuan itu dilahirkan hanya beberapa minggu lepas dan kini Mohammad bercadang untuk berkahwin kali keempat.
"Lagi besar keluarga, lagi bagus
"Saya bercadang untuk mencari isteri keempat untuk saya kahwini tak lama lagi", tambah beliau.
Kesemua 39 ahli keluarga Mohammad kini tinggal di bawah bumbung yang sama, di dalam sebuah rumah di kawasan berkeluasan 4,000 meter persegi yang mempunyai 12 bilik.
Selai itu, Mohammad yang berpendapatan $955 sebulan berkata gajinya cukup untuk memberi apa yang diperlukan untuk anak-anaknya.
Selain itu Mohammad juga berkata dia tidak bersikap diskriminasi terhadap anak perempuannya dan berpendapat bahawa wanita juga perlu mendapat pendidikan setaraf dengan lelaki.
"Kesemua anak perempuan saya akan diberi pelajaran", katanya.
Walaupun gembira mempunyai ramai anak, Mohammad mengaku dia terkilan apabila tidak dapat mengingati kesemua nama mereka.
Kata Mohammad juga, dia sangat sukakan kanak-kanak dan berasa gembira apabila dia pulang dari kerja, 12 atau 15 dari anaknya akan menyambutnya di depan pintu.
No comments:
Post a Comment