Kalau sudah namanya selebriti popular, pergi ke mana pun pasti menjadi
perhatian dan kadang kala tindak tanduk sekecil mana pun akan dikaji
oleh peminat di luar sana — pastinya ada sekali dua disalah erti oleh
orang luar yang kurang memahami.
Terbaru, Diana Danielle telah
menjawab fitnah yang melanda dirinya oleh seorang pengguna Facebook.
Pengguna Facebook dengan nama Muazrin Mustapha mendakwa terlihat pelakon
itu menghalau pelajar tahfiz yang mahu menjual barang kepadanya.
Namun, melalui tulisan di Instagram hari ini Diana Danielle tampil
memberikan penjelasan atas apa sebenarnya yang berlaku. Beliau mendakwa
memang tidak membeli apa apa dari pelajar tersebut namun telah
memberikan sedekah wang tunai.“Sakitnya
hati bila difitnah secara halus macam ni. Awak tak berada dekat dengan
saya, berani awak membuat conclusion dari jauh. Masa student tu datang
dekat saya nak jual barang utk tujuan nak bagi pada anak yatim, saya
telah menghulurkan sedekah dan saya kata tak apa saya tak nak beli
barang ni, cukuplah dgn sedekah”
“Sakitnya hati bila difitnah secara halus macam ni. Awak tak berada dekat dengan saya, berani awak membuat conclusion dari jauh. Masa student tu datang dekat saya nak jual barang utk tujuan nak bagi pada anak yatim, saya telah menghulurkan sedekah dan saya kata tak apa saya tak nak beli barang ni, cukuplah dgn sedekah”
“Sakitnya hati bila difitnah secara halus macam ni. Awak tak berada dekat dengan saya, berani awak membuat conclusion dari jauh. Masa student tu datang dekat saya nak jual barang utk tujuan nak bagi pada anak yatim, saya telah menghulurkan sedekah dan saya kata tak apa saya tak nak beli barang ni, cukuplah dgn sedekah”
“Pelajar tu pula reply ‘terima kasih, semoga murah rezeki, saya jual ya’
dan dia beredar. Selepas dia beredar tu, saya pandang rakan saya dan
tanya dia balik ‘jual apa? Kita tak ambik apa2 kan?'”
“Dan itu saja yg kami kata. Tang mana yang saya perlekehkan dia? Saya
bukan seperti itu. Saya dah maafkan awak dan saya harap awak jgnlah buat
status seperti ini lagi,” tulis Diana Danielle panjang lebar menjawab
dakwaan lelaki itu.
Itulah lain kali jangan pandai pandai rakam gambar curi selebriti
kemudian muat naik cerita yang tidak kena hujung pangkal. Nasib baik
Diana Danielle pemaaf orangnya.
No comments:
Post a Comment