Bakal mengakhiri zaman bujang bersama pilihan hati, Ungku Hariz pada
petang Ahad, 20 Mac ini, pelawak dan juga pelakon Jihan Muse sempat
melangsungkan majlis berinai yang turut dihadiri kenalan dan juga rakan
selebriti.
“Alhamdulilah, selepas lama berkenalan, akhirnya hubungan kami akan ke
jenjang pelamin. Saya sudah bersedia bergelar isteri dan mengharapkan
majlis berjalan dengan lancar,” katanya kepadaHarian Metro.
Menurut Jihan, majlis persandingan akan berlangsung di lokasi berasingan
di Shah Alam, pada 27 Mac ini. Sebelum ini, Jihan lebih selesa mengunci
mulut mengenai perkahwinan mereka.
Apa pun semoga segala persiapan menghadapi hari pernikahan berjalan
dengan lancar. Kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis
berinai berlangsung. Enjoice!
No comments:
Post a Comment