Tuesday, 29 March 2016

GEMPAR !! NELAYAN JUMPA CICAK PURBA YANG KELUARKAN BUNYI SEPERTI BAYI MENANGIS



BEIJING: Seorang nelayan di barat daya China telah berjaya menangkap seekor haiwan purba yang menyerupai cicak Salamander di mana haiwan ini merupakan amfibia tertua di dunia.

Cicak ini dikategorikan sedemikian kerana dikatakan tidak mengalami sebarang perubahan fizikal sejak kira-kira 170 juta tahun lalu.

Memetik laporan Mirror Onlina, nelayan tersebut yang dikenali dengan nama Wang Tong telah menemui cicak gergasi berkenaan yang berukuran 122 sentimeter panjang  itu apabila dia secara tidak sengaja telah terpijak badan haiwan pelik tersebut ketika sedang berjalan di dalam gua batu kapur di daerah Chingqing.

“Ia merupakan haiwan paling tua di dunia dan haiwan berusia 200 tahun itu ditemui di dalam gua selepas saya terpijak sesuatu yang lembut dan berlendir.

“Haiwan ini merupakan spesies paling tua di dunia. Ketika ia dilahirkan Raja George IV sedang menaiki takhta dan Britain sedang terlibat dalam perang Waterloo,” katanya.


Selepas menangkap haiwan purba berkenaan dia telah menghubungi pakar hidupan liar China yang mengambil haiwan amfibia itu untuk dipindahkan ke habitat semula jadinya selepas mendapati ia sakit.

Apa yang menarik, haiwan purba yang diberi nama Wa Wa Yu yang membawa maksud ikan bayi itu mengeluarkan bunyi seperti tangisan seorang bayi yang baru lahir.

Haiwan tersebut kini telah disenaraikan dalam spesis haiwan paling terancam dalam Senarai Merah oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Hidupan Liar (ICUN) dan dilindungi di China.

Ia dikatakan mampu untuk membesar sehingga 1.8 meter panjang dan berat melebihi 50 kilogram.

Walaupun diletakkan sebagai spesies terancam, cicak salamander masih menjadi buruan golongan kaya di China ekoran kepercayaan bahawa daging haiwan itu boleh mengatasi ketuaan.

No comments:

Post a Comment