Pelakon cantik, Zahirah MacWilson menafikan dakwaan orang ramai yang mengatakan bahawa hubungannya bersama pelakon kacak, Zul Ariffin sudah berakhir. Malah buat masa sekarang hubungan mereka masih berlangsung dengan baik tanpa ada sebarang masalah yang timbul.
“Bukan seorang dua yang tanya tapi sudah banyak kali ditanya, kami masih bersama sebenarnya, tidak ada masalah. Orang buat andaian begitu mungkin kerana kami tidak bercerita sangat perihal hubungan kami. Bagi saya tidak perlu ditunjukkan kepada orang luar, karier adalah fokus utama”
Kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis resepsi kedua perkahwinan Jihan Muse dan pasangan, Ungku Hariz.
No comments:
Post a Comment