Thursday, 31 March 2016

Tun Mahathir letak jawatan Pengerusi Proton, Lotus


KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini telah meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Proton Holdings Berhad, lapor Astro Awani mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Proton sebentar tadi.

Dengan perletakan jawatan itu, beliau turut menamatkan khidmatnya sebagai Pengerusi Group Lotus Plc.

Pihak Proton dalam kenyataan itu turut merakamkan penghargaan terhadap Dr. Mahathir diatas sumbangan, komitmen serta dedikasi beliau terhadap Proton sejak 2013.

Selian itu, Proton juga mengucapkan terima kasih dan mengiktiraf Tun Dr Mahathir sebagai pengasas syarikat.

Menurut Chedet.cc, blog Dr Mahathir juga turut mengumumkan beliau melepaskan jawatan sebagai Caselor University Teknologi Petronas (UTP), dan berkuatkuasa pada 30 Mac 2016. 

No comments:

Post a Comment