Pelakon Syarul Ridzwan yang
memenangi Anugerah Aktor Hero Pilihan serta Anugerah Pasangan Pilihan
bersama Janna Nick menerusi Drama ‘Kau Aku Kita’ menjelaskan bercinta di
lokasi penggambaran akan menjejaskan keserasian antara watak hero dan
heroin.
Jelasnya, apabila bersama Janna Nick untuk drama ‘Kau Aku Kita’ dia
begitu teruja dan senang bekerjasama antara mereka berdua walaupun jarak
perbezaan umur.
“Saya selesa bersama Janna Nick dia seorang pelakon baru yang sangat
hebat, versatil dan senang untuk bekerjasama dengannya. Untuk saya
mencipta keserasian saya bercakap-cakap sambil mengusik dia daripada
situ kita boleh masuk. Dia juga sangat profesional,” katanya yang turut
disokong oleh mentornya pelakon Sheila Rusly yang mengatakan mereka
berdua sangat profesional tanpa adanya cinta lokasi, kerana sebelum ini
Syarul Ridzwan pernah dikaitkan dengan cinta di lokasi penggambaran
tidak lama dahulu.
“Mereka berdua sangat profesional apabila bekerja. Saya lihat ini adalah
yang terbaik kerana tidak mempunyai sebarang hubungan cinta lokasi yang
patut dihindarkan supaya tidak timbulnya konflik di set penggambaran,”
ujar Sheila Rusly.
Sementara itu, seperti sedia maklum Syarul Ridzwan telah meletakkan
beberapa syarat apabila mahu bergandingan dengan pelakon wanita apabila
tidak mahu bersentuhan.
“Saya ubah secara perlahan-lahan seperti tidak berpelukan, dan
mendokong. Untuk drama ‘Kau Aku Kita’ banyak benda yang berlapik selain
‘camera trick’ dan proses editing yang bagus. Mungkin sebab itu drama
ini menang malam ini. Tetapi bukanlah nak cakap depan TV saya tak buat
belakang saya buat, saya cuma nak tonjolkan jadi yang lebih daripada
semalam,” tambahnya lagi.
No comments:
Post a Comment