Friday, 22 April 2016

Tiada Model Gantian Perodua Kenari



RAWANG - Seorang pegawai atasan syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (PERODUA) berkata, tiadasebarang perancangan untuk menghasilkan model gantian Perodua Kenari seperti yang tersebar di media sosial. 

Lapor laman Careta.my, pegawai berkenaan tidak mengetahui sebarang projek yang melibatkan model Kenari dan adalah mustahil untuk beliau tidak mengetahui sebarang projek baru di Perodua kerana beliau pasti akan dimaklumkan jika ada perkara baru mengenai model berkenaan  dalam perancangan syarikat itu. 

Gambar risalah Perodua Kenari yang tersebar di media sosial itu juga adalah gambar palsu dan bukan dikeluarkan oleh Perodua.

Walau bagaimanapun, netizen menerima baik rekabentuk 'Kenari' yang tersebar itu dan menganggap model 'bayangan' tersebut sebagai mini Toyota Alphard. 

Dengan rekabentuknya dan pilihan warnanya yang elegan, membuatkan ramai yang tertarik ingin memilikinya. 

Image Funtasticko

Spekulasi mengenai model bayangan ini mula tersebar di media sosial berikutan gambar spyshot sebuah kereta Daihatsu Move yang muncul di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman dan di Jalan Kuala Selangor baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment