Setelah mengambil keputusan untuk kembali berdamai selepas insiden penceraian, Linda Rafardan suaminya, Syed Aiman baru-baru ini telah mengadakan majlis baby shower dan doa selamat. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Sebelum ini, Linda mengakui dia mengambil keputusan untuk kembali berdamai dan rujuk bersama suaminya adalah kerana masih sayangkan anak. Malah dia juga mengakui tidak matang dan terburu-buru dalam membuat keputusan.
“Kami berdua pernah gagal dalam perkahwinan pertama. Perkara itu memberikan kami banyak pengajaran. Takut lagi untuk hadapi semua itu. Tapi, saya bersyukur kerana apa yang berlaku pasti ada hikmahnya”
“Saya sendiri perlu bersangka baik jika diuji perkara sebegini. Doakan kami ya,” memetik kembali penjelasannya kepada Utusan Online. Kami kongsikan bersama anda beberapa gambar sepanjang majlis doa selamat dan baby shower berlangsung.
No comments:
Post a Comment