Thursday, 7 April 2016

Panggil Saya Puan Ataupun Doktor: Doktor Berang Kerana di Sapa Sebagai 'Awak' Di Kritik Netizen

BAHASA JIWA BANGSA...
Sedikit teguran dari Dr Har untuk anak2 USAHAWAN MUDA yang sedang rancak berurusan dengan para pelanggan di atas talian & di alam siber.

1. Mohonlah gunakan bahasa yang sesuai dan profesional ketika berkomunikasi dengan pelanggan anda.
2. Ucapkanlah sedikit penghargaan /terima kasih atas kesudian bakal pelanggan menghubungi anda.
3. Baca sekali dua lagi teks yang ditulis sebelum menekan ikon `SEND'.

Sesungguhnya bahasa yang digunakan akan melambangkan keperibadian seseorang!
Petang tadi Dr Har mengirim satu SMS (berbayar) ke satu nombor telefon yang dipaparkan di laman sosial syarikat perniagaan online, bertujuan hendak berurusan seterusnya. (Foto 1 : maaf kena banyak guna airbrush effect utk tujuan kerahsiaan/confidentiality).


Tak lama kemudian, Dr Har mendapat balasan melalui Whatsapp dari pihak syarikat.
Terkejut besar bila membaca mesej balasan tersebut.
Dr. Har rasa bertanggungjawab untuk meyampaikan teguran setakat yang terdaya.....
(Foto 2)
Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu BUDI,
Yang indah itu BAHASA,




No comments:

Post a Comment