Air kelapa muda juga boleh digunakan untuk perubatan kerana sifatnya yang semulajadi dan datang terus dari alam. Seelok-elok air kelapa adalah air kelapa muda yang diambil dari pokoknya.
Air kelapa muda yang telah diruqyah apabila dicampurkan dengan sedikit garam bukit sangat bagus untuk rawatan santau dan batuk berdarah. Lebih-lebih lagi kalau sudah diruqyah dengan ayat-ayat al Quran, selawat dan doa-doa kesembuhan yang warid dari Rasululullah saw.
Air kelapa yang dicampur dengan garam bukit juga sangat bagus untuk rawatan ketagihan dadah, rokok dan seumpama dengannya. Kaedah ruqyah yang sesuai untuk rawatan tersebut adalah membacakan 40 kali al Fatihah kepada campuran tersebut.
Air kelapa mempunyai banyak khasiat yang dibuktikan secara saintifik. Antaranya:
(2) Air kelapa mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.
(3) Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.
(4) Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.
(5) Khasiat yang ada didalam air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.
(6) Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.
(7) Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.
(8) Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.
(9) Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.
(10) Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.
(11) Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.
(12) Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.
(13) Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.
(14) Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.
Buah kelapa yang sudah gugur, tidaklah terjamin airnya masih elok atau tidak.
"Petikan dari buku terbaru KISWAH; RAHSIA AIR RUQYAH..."....
Sumber /www.rawatanislam2u
No comments:
Post a Comment