Lama juga saya tidak masukkan tip Kewangan saya daripada segmen TV saya, WW di Astro Awani “Wanita & Wang”. Jadi, ini tip saya dari segmen saya pagi tadi… bukan untuk Wanita sahaja… Lelaki pun!
Pastinya anda tertarik bukan? Kerja sekali, tetapi pendapatan sampai bila-bila. bagaimana hendak lakukan? Jawapannya adalah: Residual income atau passive income- antara senjata untuk menjadi jutawan!
Berikut adalah beberapa contoh residual income atau pendapatan yang berulang…
Sekiranya anda hebat menyanyi, anda boleh buat album lagu. Penyanyi-penyanyi kita mendapat residual income. Walaupun album sudah keluar 10 tahun lalu, sampai kini masih menerima royalti dari jualan setiap album. Pernah terfikir tak mengapa penyanyi-penyanyi barat walaupun satu sahaja lagu sedap, tapi boleh jadi multimillionaire? cara yang sama- menerima royalti, tetapi royalti dari jualan album ke seluruh dunia!
Tapi IK, saya tak pandai menyanyi!
Kalau tak pandai menyanyi, atau menari macam saya ni (sapa tengok JTL tau lah!) , kita boleh menulis buku. Penulis buku juga menerima royalti atas jualan setiap buku.Mungkin ia mengambil masa 2-3 bulan untuk siapkan satu buku, tetapi pendapatan dari royalti belian setiap buku akan diterima oleh penulis! Buku pertama saya RJJIT ditulis pada tahun 2005. Sehingga kini saya mendapat pendapatan darinya. Buku terbaru Nota Jutawan: Nota motivasi juga saya mendapat pendapatan setiap bulan…
Tapi IK, saya tak pandai menulis…macam mane?
Paling ramai jutawan tercipta di dunia daripada jutawan hartanah. Real estate. Dalam kata lain, beli rumah, dan dapatkan penyewa pada bayaran lebih daripada bayaran bulan-bulan kepada bank. Menyewa kan rumah (atau kedai/pejabat) juga anda hanya kerja sekali, tetapi pendapatan akan masuk sampai bila-bila selagi ada penyewa!
IK, hartanah ni kita perlu modal besar… saya takde modal macam mane?
Idea juga boleh menjadi residual income. Tak perlu modal.
Pernah anda lihat “battery indicator” pada battery Duracell? pernah anda menggunakan “Post-it”? Pernah anda lihat gambar Mickey Mouse atau Hello Kitty? Bagi pemain guitar electric, anda perasan tak bahagian besi pemegang tali tu adalah sesuatu ciptaan unik? Ini semua antara idea yang telah menjadi “patent”. Setiap kali idea tersebut digunakan, pencipta akan menerima pendapatan!
IK, saya ni tak pandai nak cipta benda-benda baru…
Kalau begitu, sesetengah perniagaan juga memberi “residual income”. Kerja sekali, pendapatan sampai bila-bila. Sebagai contoh, MIBO. Antara product MIBO adalah TM Smart Call. Sekali anda mendapat pelanggan Smart Call (boleh mengurangkan bil telefon pelanggan), selagi pelanggan tersebut menggunakan telefon, anda akan mendapat residual income. Kerja sekali, pendapatan sampai bila-bila!
IK… kalau saya tak pandai berniaga?
Haa… di sini lah saya nak quote kembali pesanan Dato Dr Fadzilah Kamsah:
“Orang lain buat duit, kita buat alasan!”
Banyak cara untuk menjana pendapatan… banyak cara untuk menjana pendapatan secara residual. Tetapi, kalau banyak alasan, jangankan residual income. Income yang kerja sekali, pendapatan sekali pun, kita takkan dapat Kalau semua tak boleh, jawapannya dalam Al-Quran: banyak-banyak membaca… cari ilmu. Bila ada ilmu, yang tak boleh, kita bolehkan juga .
No comments:
Post a Comment