Bermula daripada kes penceraian mereka sehinggalah baru-baru ini, bekas isteri Jimmy Shanley iaitu Nursuhaila sering mendakwa Jimmy bukanlah seorang bapa yang bertanggungjawab kerana gagal memberi nafkah kepada anak mereka.
Enggan dirinya terus dipersalahkan, Jimmy menerusi akaun Instagram beliau pagi tadi memuat naik foto slip bank yang merupakan bukti beliau tidak pernah gagal memberikan nafkah kepada anaknya.
Jelas Jimmy, sebelum ini beliau hanya berdiam diri kerana tidak mahu mencari publisiti murahan.
#WahaiAnakKu jgn main ngan slip bank tu penat daddy simpan slip bank nafkah janda daddy walaupun tak duk sesama pun dan nafkah kakak… dr bulan oktober 2010 sampai lah ke april 2016 ni tak penah lg tercicir walaupun sebulan.
daddy bank in sendiri ke akaun MBB 56274010**** daddy bukanlah org berada beri sekadar mampu jer tp yg penting beringat dan LEBIH DARI SATU SEN… mana daddy dpt nombor akaun? oooo… ni bekas mak mertua yg bg lepas beberapa minggu kawin dulu… daddy mls nak bising2 kang dituduh cr publisiti murahan lak… Allah Maha Mengetahui.
Rumit juga kes Jimmy Shanley dan Nursuhaila, berpanjangan sudah beberapa tahun juga. Hurmm, mungkin masing-masing ada lagi perasaan tidak puas hati dan susah untuk memaafkan.
No comments:
Post a Comment