Bertahun telah berlalu, buah pinggang kita telah sekian lama menapis darah dengan membuang garam, racun dan mana-mana tidak dikehendaki memasuki badan kita. Seiring dengan masa, garam dan racun merbahaya ini berkumpul dan amat perlu kita membersihkan buah pinggang kita.
Bagaimana kita nak bersihkan buah pinggang??
Ia amat mudah, terlebih dahulu ambil sedikit Parsli/Parsley dan basuh ia dengan air bersih (disyorkan basuh dengan Mineral Water).
Kemudian potong daun parsli tadi dalam kepingan kecil kemudian letakkan ia ke dalam sebuah periuk dan tuang air bersih dan masak ia selama sepuluh minit dan biarkan ia sejuk, kemudian tuangkan airnya ke dalam botol/gelas dan simpan di peti sejuk.
Amalkan minum satu gelas sehari dan anda akan dapati perbezaan ketara dimana segala garam, racun akan keluar dari buah pinggang anda melalui air kencing. Juga anda akan dapat merasai perbezaan yang anda belum pernah dirasakan.
Daun Parsli telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!
Antara lain Kegunaan dan Khasiat Daun Parsli /Parsley
Tahukah anda apa itu daun Parsley?
Daun parsli adalah daun yang digunakan untuk membuat sup.
Pokok Daun Parsley juga dikenali dengan nama Pasli.Daun parsley juga biasanya digunakan untuk masakan Itali.
Pokok Parsley (Petroselinum crispum) merupakan sejenis pokok herba dwitahunan yang daunnya biasa juga digunakan sebagai rempah.
Khasiat Daun Parsley/Pasli Kaya dengan vitamin
Daun parsley kaya dengan vitamin B, C dan E serta zat galian seperti kalsium,magnesium dan klorofil.
Khasiat Daun parsley untuk Rambut
Daun parsley yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik bagi menjaga kesihatan rambut. Air ramasan ini juga bertindak melawaskan kencing danmenurunkan tekanan darah.
Khasiat Daun parsley Pulihkan Hipotensi
Air rebusan daripada sayuran yang mengandungi pelbagai zat ini merupakan minuman terbaik untuk pesakit hipotensi iaitu penyakit tekanan darah rendah yang berpunca daripada anemia, kekurangan saraf akibat diabetes, paras gula rendah dalam darah, tiriod yang tidak aktif atau kekurangan zat makanan.
Parsley/ juga dapat meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak.
kredit : wikipidia,oldtraffords,petua.org
No comments:
Post a Comment