Florida: Seorang wanita berusaha untuk mendapatkan kebenaran memelihara buaya yang dipeliharanya sejak beberapa tahun lalu di rumahnya.
Buaya sepanjang 1.8 meter dan berat 57 kilogram yang dinamakan Rambo itu dipakaikan baju dan sering dibawa bersiar dengan motosikal selain mempunyai bilik sendiri di kediaman Mary Thorn di Lakeland.
Mary memberitahu akhbar Orlando Sentinel, walaupun dia memenuhi syarat keluasan tanah berkenaan, Rambo tidak boleh dibiarkan di luar kerana alah kepada matahari.
Katanya, dia memelihara Rambo ketika reptilia itu berusia empat tahun.
No comments:
Post a Comment