“Saya kena kerja kuat untuk menyara keluarga, tambah-tambah lagi apabila
isteri sudah tidak bekerja lagi,” katanya kepada Rotikaya ketika
ditemui di Majlis Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL 2016).
Sementara itu, Shahz Jaszle menjelaskan perubahan berat badannya yang
kelihatan sedikit berisi kerana dia begitu bahagia dengan kehidupannya
kini dan akan menurunkan berat badannya semula untuk memenuhi tuntutan
kerjayanya.
“Saya naik badan 5kg dari 75kg ke
80kg dan dalam masa yang sama saya sedang berdiet semula untuk memenuhi
tuntutan tawaran berlakon,” katanya yang telah mempunyai dua drama
daripada TV3.
No comments:
Post a Comment