Ramai peminat dunia hiburan dan termasuk kami juga suka melihat pasangan Nazim Othman dan Bella Dally ini, dari zaman bercinta sehinggalah bakal melangsungkan perkahwinan kelak, bersih sahaja kisah mereka berdua. Sejuk mata memandang, heh.
Pasangan yang bertunang pada November 2015 ini sehingga hari ini masih belum mendedahkan tarikh perkahwinan mereka namun masing masing mengakui yang kini mereka sedang guat melakukan persiapan untuk hari bahagia mereka.
Bella Dally dalam temubual bersama Utusan Malaysia berkata yang beliau tidak terlalu memikirkan soal tajaan perkahwinan seperti mana selebriti lain kerana mahukan majlis perkahwinan yang paling ringkas untuk dirinya dan Nazim Othman.
“Janganlah bandingkan majlis saya kelak dengan artis lain kerana setiap orang ada cita rasa masing-masing. Soal tajaan buat masa ini masih belum ada lagi, tetapi saya tidak fikirkan soal itu sangat,” jelas Bella Dally ringkas.
Dalam temubual sama, Bella Dally turut berkata yang Nazim Othman mempunyai ciri ciri lelaki idamannya selain sikap tegas pelakon lelaki itu membuatkan dirinya terasa selamat dan percaya mampu membentuk dirinya menjadi lebih baik.
“Dia mempunyai ciri-ciri seorang suami yang saya idam, selain mempunyai sikap yang penyayang, Nazim juga sebenarnya adalah seorang yang tegas. Jadi saya suka dengan sikap dia, sebabnya dengan rasa selamat itu saya percaya dia mampu membentuk saya,” tambahnya.
No comments:
Post a Comment