Aliff Aziz pernah dikaitkan dengan beberapa orang wanita sebelum ini dan juga terpalit dengan beberapa kontroversi. Namun Aliff nampaknya nekad untuk berubah dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan kekasihnya Bella Astillah. Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada Disember lepas dan bakal bernikah selepas Raya pada Julai depan.

Namun begitu apa yang pelik, Bella memberitahu dia dipulaukan oleh sahabat-sahabat baik setelah bertunang dengan Aliff. Bella memberitahu mStar Online:
Namun begitu apa yang pelik, Bella memberitahu dia dipulaukan oleh sahabat-sahabat baik setelah bertunang dengan Aliff. Bella memberitahu mStar Online:
Sebelum saya mengikat tali pertunangan hubungan saya dengan kawan-kawan memang baik tetapi mereka berubah secara tiba-tiba tanpa saya tahu puncanya.Saya tertanya-tanya juga kenapa berbuat demikian, adakah kerana tidak menyukai Aliff atau ada perkara lain menggangu mereka.Memang sedih kerana hubungan kami rapat seperti adik-beradik.
Aliff pula berpendapat Bella tidak perlu terlalu memikirkan soal berkenaan kerana memuaskan hati semua pihak adalah mustahil.

Baginya, sikap rakan-rakan Bella mencerminkan diri mereka yang sebenar serta niat mereka berkawan baik dengannya.
Baginya, sikap rakan-rakan Bella mencerminkan diri mereka yang sebenar serta niat mereka berkawan baik dengannya.
Saya tidak pernah percaya bahawa lelaki boleh berkawan baik dengan perempuan dan sekiranya mereka tidak boleh menerima hakikat saya dan Bella bakal berkahwin kami tidak dapat lakukan apa-apa.Dalam tempoh bertunang ini orang kata banyak dugaan tetapi pada saya, kami lebih memahami di antara satu sama lain.Pertengkaran itu perkara biasa dan Alhamdulillah kami semakin matang sebelum menempuh alam rumah tangga.
Adakah cemburu kerana Bella bakal berkahwin dengan Aliff? Atau mereka menjauhkan diri kerana tahu Bella akan berkahwin dengan Aliff dan tidak manis pula untuk mereka berkawan rapat dengan Bella? Hanya bekas sahabat-sahabat baik Bella saja yang tahu mengapa mereka memulaukannya.
Yang penting sentiasa pandang ke depan dan teruskan dengan jalan serta kehidupan yang dipilih.
No comments:
Post a Comment