Sunday, 3 April 2016

Wak Doyok Enggan Ulas Panjang, Akui Ia Terlalu Peribadi Untuk Dijawab



Sebelum ini terdapat desas desus mengatakan Wak Doyok kini sedang rapat dengan seorang wanita yang didakwa merupakan bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim. Namun apabila ditanya mengenainya, Wak Doyok enggan mengulas lanjut berkenaan perkara itu kerana dikatakan terlalu peribadi untuk dijawab.
“Maafkan saya. Ia terlalu peribadi dan saya tidak mahu mengulas. Lagipun saya tidak mahu setiap komen atau jawapan saya disalah tafsir. Sebab itu adalah lebih baik saya berdiam diri sahaja. Saya buat tak tahu saja apa yang peminat atau orang sekeliling saya perkatakan. Persepsi mereka saya hanya anggap biasa saja”
“Malah, apabila gosip seperti ini tersebar, saya tidak terkejut pun. Cukup antara saya dan dia saja tahu. Kalau orang kata kami selalu bersama sebab berkongsi minat sama iaitu feysen, tidak juga sebab saya selalu buat hal sendiri. Tidak wajar untuk orang memberi andaian sedemikian,” katanya kepada Harian Metro.
Gosip percintaan diantara Wak Doyok dan Azrinaz mula menjadi buah mulut orang ramai apabila mereka sering dilihat hadir bersama dalam menghadiri beberapa majlis jemputan. Malah kekerapan mereka memuat naik gambar berserta dengan kepsyen romantis di media sosial turut menguatkan lagi dakwaan itu.

1- “Biarlah Saya Dan Azrinaz Saja Yang Tahu” - jpeg        2- “Biarlah Saya Dan Azrinaz Saja Yang Tahu” - jpeg        4- “Biarlah Saya Dan Azrinaz Saja Yang Tahu” - jpeg

5- “Biarlah Saya Dan Azrinaz Saja Yang Tahu” - jpeg        6- “Biarlah Saya Dan Azrinaz Saja Yang Tahu” - jpeg        7- “Biarlah Saya Dan Azrinaz Saja Yang Tahu” - jpeg

No comments:

Post a Comment