Kelihatan kurus selepas bercerai, baru-baru ini pelakon Fasha Sandha bermurah hati berkongsi rahsia untuk kelihatan kurus. Menurut ibu tunggal ini, rahsia dirinya ramping adalah dengan menyertai kelas Muay Thai.
“Dah hampir dua bulan saya sertai kelas Muay Thai. Memang banyak kurang berat badan saya. Saya target nak berat badan sekitar 50 hingga 55 kilogram, insya-Allah tercapai,” katanya kepadaMedia Hiburan.
Tambah Fasha lagi, selain dapat mengekalkan bentuk tubuh badan, pelakon ini juga menyatakan bahawa ilmu Muay Thai juga membantunya apabila ada melibatkan babak-babak lakonan yang memerlukan dirinya beraksi sendiri.
Apa pun semoga Fasha tabah menjalani kehidupan seharian. Sebelum ini Fasha pernah menjelaskan bahawa dia mendapat hak penjagaan anak sepenuhnya selain mengakui hubungan bersama suami baik baik saja. Bak kata Fasha dalam rancangan Melodi baru-baru ini – cinta tak seharusnya memiliki.
No comments:
Post a Comment