PYONGYANG - Rakyat Korea Utara diharamkan memakai jeans dan bertindik, demikian arahan dari pemimpin diktatornya, Kim Jong-un.
Difahamkan, pengharaman itu dibuat kerana bimbang penduduk Korea Utara yang tinggal berhampiran sempadan China semakin terdedah kepada dunia luar.
Berikutan itu, pemeriksaan akan dilakukan doleh sekumpulan inspektor muda terhadap kepanjangan skirt, bentuk kasur dan juga gaya rambut.
Menurut wartawan warga Jepun yang bekerja di Pyongyang, Ishimaru Jiro berkata, semakin ramai rakyat Korea Utara terpengaruh dengan budaya barat. Operasi membanters pemakaian ala-barat itu akan diteruskan sehingga perhimpunan ketujuh Kongres Parti Pekerja Korea Utara.
Mac lalu, golongan lelaki di negara itu diarahkan meniru gaya rambutnya serta mengehadkan panjang rambut kepada dua sentimeter sahaja. Malah, kaum wanita diarah meniru gaya rambut isterinya, Ri Sol-ju.
No comments:
Post a Comment