Wednesday, 20 April 2016

Papagomo Dihalang Masuk Ke Sarawak

Image result for papagomo

KUCHING - Blogger pro UMNO, Wan Mohd Azri Wan Deris atau Papagomo, dihalang dari memasuki Sarawak, tengah hari tadi. 

Papagomo yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 12.15 tengah hari, disekat dari memasuki negeri itu kerana dipercayai boleh menggugat ketenteraman penduduk di negeri itu. 

"Saya tanya kenapa saya tidak dibenarkan masuk? Saya bukannya pemimpin politik, bukan wakil rakyat, bukan penyeludup atau pun pengedar dadah. 

"Jawapan/alasan yang diberikan oleh pegawai Imigresen ialah, saya adalah 'Pakar Propaganda. Kempunan kamek nak makan midin belacan," katanya. 

Dalam kenyataan itu juga, Papagomo menjelaskan dia tidak berkecil hati dengan tindakan kerajaan negeri. 

"Saya tidak berkecil hati dengan larangan untuk saya masuk ke Sarawak. Pada saya, itu adalah hak kerajaan negeri dan selepas Pilihan Raya Negeri, saya boleh kembali ke Sarawak. Jadi, tiada apa yang perlu marah dalam hal ini.

"Lagipun saya sedar saya memang pakar, sehingga kerajaan Sarawak mengiktirafkan saya," selorohnya. 

Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menjelaskan bahawa, sekatan itu dibuat bagi melindungi negerinya dari anasir-anasir yang tidak baik.

No comments:

Post a Comment