Jika kita melancong ke sesebuah negara, pelbagai peel orang lain yang kita jumpa. Ada yang menyenangkan jiwa dan ada pula yang menyesakkan dada.
Kita seharusnya menjaga tingkah laku semasa berada di negara orang. Janganlah ikut kepala kita sahaja. Kata orang “lain padang, lain belalang.”
Oleh itu, “masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum.” Kita kenalah ubah sedikit kelakuan semasa berada tempat orang sesuai dengan gaya hidup dan budaya mereka.
Takut-takut jika kita melakukan sesuatu perkara mengikut kata hati, peristiwa yang tidak diingini akan berlaku.
Seorang pelancong wanita sanggup mengheret keluar angsa dari sebuah tasik di sini semata-mata untuk bergambar sehingga menyebabkan angsa tersebut mati.
Wanita yang berpakaian seluar jeans dan berkot hitam, dilaporkan dari Bulgaria bertindak menarik seekor angsa yang berada di dalam Tasik Ohrid ke daratan, di barat Macedonia.
Bagaimanapun, angsa itu dilaporkan mati selepas bergambar dengan wanita itu, lapor media tempatan.
Saksi yang terkejut melihat perilaku wanita itu berkata, wanita itu mengheret angsa itu dengan memegang sayapnya.
“Wanita itu terus bergambar dengan angsa terbabit tanpa menghiraukan keadaan angsa tersebut yang dilihat cuba melepaskan diri,” kata saksi.
Sebelum ini, pengunjung sebuah pantai di Argentina dikritik selepas dilaporkan membawa ikan lumba-lumba yang hampir pupus dari laut ke daratan hanya untuk mengambil gambar selfie.
Macam-macam ragam dan gelagat apabila seseorang melancong ke sesebuah negara. Nasihat kami, jaga tingkahlaku jika anda ingin diterima baik di sana.
Jika kita inginkan pelancong asing berkelakuan baik di negara kita, kita juga perlu melakukan perkara yang sama di negara mereka. Barulah adil.
Apa pendapat anda pula? Jika inginkan artikel sebegini di samping perkongsian tempat makan dan travel menarik, jom follow kami di Facebook dan Instagram.
Kita seharusnya menjaga tingkah laku semasa berada di negara orang. Janganlah ikut kepala kita sahaja. Kata orang “lain padang, lain belalang.”
Oleh itu, “masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum.” Kita kenalah ubah sedikit kelakuan semasa berada tempat orang sesuai dengan gaya hidup dan budaya mereka.
Takut-takut jika kita melakukan sesuatu perkara mengikut kata hati, peristiwa yang tidak diingini akan berlaku.
No comments:
Post a Comment