Saturday, 12 March 2016

Tiada Lagi Pengambilan Pekerja Warga Asing Baharu Berkuat Kuasa Serta Merta - Zahid Hamidi



HUTAN MELINTANG, 12 Mac - Kerajaan telah menetapkan tidak akan mengambil pekerja asing baharu untuk dibawa masuk ke negara ini berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata bagaimanapun, ketetapan yang dibuat oleh Kabinet semalam itu tidak membabitkan sektor pembantu rumah.

Menurutnya juga, mana-mana majikan yang mahu menggaji pekerja asing hendaklah mengambil pekerja sedia ada di negara itu termasuk yang telah tamat tempoh visa pekerjaan.

"Selain itu, mereka juga boleh mengambil pekerja asing yang tidak berdokumen atau yang tidak didaftarkan di bawah Program 6P (Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin)," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Menurut Zahid lagi, susulan keputusan Kabinet itu, isu membawa masuk seramai 1.5 juta pekerja asing dari Bangladesh boleh dianggap 'tutup'.

No comments:

Post a Comment