KUALA LUMPUR, 11 Mac: Kabinet hari ini bersetuju secara bulat untuk menamatkan pelantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas.
Menerusi kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri, Kabinet hari ini telah membincangkan tindakan mantan Perdana Menteri itu, khususnya dalam melancarkan "Deklarasi Rakyat" bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.
"Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan Kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara.
"Kabinet berpendapat oleh kerana Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi mendukung Kerajaan yang sedia ada, sewajarnya beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan Kerajaan Malaysia," lapor kenyataan itu.
No comments:
Post a Comment