Sunday, 20 March 2016

Lawak Pickup-Line: Sepahtu Tiru Opera Van Java?

Sejak kebelakangan ini, Sepahtu yang kini muncul dengan rancangan ‘Sepahtu Reunion’ kembali menjadi sebutan dengan jenaka ‘pickup-line’. Jenaka ini diikuti dengan frasa ‘ciaa ciaa ciaa’ menjadi ikutan bukan sahaja orang dewasa, malah kanak-kanak juga sudah mengerti ber’pickup-line’ semenjak diperkenalkan oleh Sepahtu.


Namun begitu, kini timbul desas-desus bahawa jenaka pickup-line ini sebenarnya ditiru dari jenaka kumpulan lawak Indonesia, Opera Van Java (OVJ). Hasil carian kami di Internet mendapati lawak sebegini sememangnya sudah lama menjadi trademark OVJ. Sebagai contoh, ini ialah klip lawak pickup-line OVJ dengan Acha Septriasa.

Lawak ini dikenali dengan nama ‘gombal’ dan video-video ini dimuat naik dengan banyak ke laman sosial Youtube.
Sebenarnya ramai tidak bersetuju Sepahtu mengambil idea OVJ kerana berpendapat Sepahtu tiada originaliti. Sebahagian lagi berkata mereka tidak kisah kerana lawakpickup-line masih membantu membuat mereka ketawa dan menceriakan hari mereka.
Manakala sebilangan besar penonton sebenarnya tidak tahu bahawa lawak pickup-line ini bukan idea asal Sepahtu.
Apa kata anda?

No comments:

Post a Comment