Saturday, 12 March 2016

Haram Ambil Barang dari Kenderaan Terlibat Kemalangan Tanpa Kebenaran - Mufti Selangor


SHAH ALAM 12 Mac – Orang ramai khususnya umat Islam diingatkan supaya tidak mengambil apa-apa barangan termasuklah makanan dari kenderaan yang terlibat dalam kemalangan kerana perbuatan itu tidak boleh dilakukan sama sekali dan hukumnya adalah haram sekiranya baranganitu diambil tanpa kebenaran dari pemiliknya.

Perkara itu ditegaskan oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd. Wahid.

"Haram tetap haram, kenderaan yang membawa muatan barangan atau makanan terlibat dalam kemalangan itu ada pemiliknya. Pemandu kenderaan yang membawa muatan tersebut itu adalah pemegang amanah.

"Maka, mana-mana pihak tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil apa-apa barangan atau makanan daripada kenderaan yang terlibat dalam kemalangan sama ada barangan itu kecil atau besar tanpa kebenaran pemiliknya," katanya menurut laporan Utusan Online.

Mohd Tamyes berkata sedemikian ketika mengulas tentang penyebaran gambar orang ramai mengutip vico dari lori yang terbalik di Jalan Klang-Teluk Intan pada pagi semalam.

Mohd Tamyes juga turut mengingatkan orang ramai supaya mengambil tanggungjawab membantu mana-mana pemandu kenderaan yang terbabit kemalangan selain bersama-sama melindugi barangan yang dibawa oleh kenderaan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ruslan Abdullah ketika dihubungi Siakapkeli hari ini menafikan laporan dari sebuah portal arus perdana yang menyatakan pihaknya ada mengeluarkan kenyataan yang menyebut pihak pengurusan lori terbabit telah memberi kebenaran kepada orang ramai mengambil barangan tersebut.

"Saya cuma mengesahkan ada kemalangan. Itu sahaja.

"Ya, saya ada diberitahu tentang laporan (dari media arus perdana) itu. Saya minta pihak-pihak berkenaan betulkan lah", kata Ruslan Abdullah ringkas.

Pihak pengurusan lori pula ketika dihubungi oleh Siakap Keli berkata pihaknya terkejut apabila melihat gambar orang ramai mengutip vico yang viral.

Selain itu pihaknya juga berharap perkara seumpama tidak berlaku di masa hadapan dan berharap agar orang ramai lebih prihatin.

Semalam, beberapa keping gambar yang memaparkan orang ramai mengutip produk vico yang terjatuh dari sebuah lori terbalik.

No comments:

Post a Comment