Wednesday, 20 April 2016

Warga Emas OKU Mati Dipukul Dengan Kayu, Remaja Lelaki Ditahan



Sabak Bernam: Seorang lelaki warga emas yang juga seorang OKU ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dirumahnya, di Kampung Parit 10, Pasir Panjang kira-kira 9.30 malam semalam.

Mangsa , Mohd Napiah Ali, 74, ditemui olehnya jirannya yang pada ketika itu mahu memeriksa rumah mangsa kerana keadaan rumah yang gelap.

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa, siasatan awal mendpati mangsa cedera di kepala akibat dipukul dengan kayu.

Menurut beliau lagi, seorang remaja lelaki 16 tahun ditahan sejurus kejadian selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan di perkarangan masjid yang terletak kira-kira 300 meter dari tempat kejadian.

Suspek dipercayai meminta wang daripada mangsa namun tidak dilayan sebelum suspek memukul kepala mangsa dengan kayu dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) dekat sini untuk dibedah siasat,” katanya lapor Harian Metro.

No comments:

Post a Comment