Tidak
perlu bekerja keras dan berkebolehan menghasilkan susu badan yang
banyak membuatkan Ros (bukan nama sebenar), ibu beranak empat mengaut
ribuan ringgit sebulan dengan menjualnya kepada pihak memerlukan.

Bagi Ros,
dia mengakui dan sedar perkara tersebut merosakkan hubungan kekeluargaan
dalam Islam namun melakukannya kerana kesempitan wang selain turut
berpuas hati dengan pulangan daripada usahanya itu.
“Saya mampu
memperoleh pendapatan melebihi RM5,000 sebulan menerusi penjualan susu
badan kepada pelanggan yang tidak putus-putus meminta bekalan berkenaan
setiap hari”
“Saya puas
hati dengan pulangan yang diperoleh kerana saya tidak perlu bekerja
keras di pejabat sebelum ini. Saya dapat jaga anak di rumah sambil pam
susu badan untuk dihantar kepada pelanggan pada waktu petang”
“Sekarang
saya ada lebih lapan anak susuan sejak tiga tahun lalu, itu tidak
termasuk pelanggan yang membeli sekali-sekala kerana ada ibu yang tidak
sihat dan gagal menyusukan anak mereka,” katanya seperti dilapor Harian
Metro.
Wanita itu
berkata susu badan dijual dengan harga RM30 hingga RM50 bagi setiap
145ml, bergantung sama ada disediakan dalam botol atau plastik selain
menyatakan susu badan yang banyak mampu dihasilkan melalui pemakanan
tradisional selain mengamalkan urutan badan.
“Penjualan
setiap bulan pasti mencecah 200 botol berikutan ada ibu yang gemar
membeli secara pukal untuk bekalan seminggu,” dia dilaporkan berkata.
Halal Namun Tidak Berlahlak
Sementara
itu menurut pendakwah bebas, Ahmad Dusuki Abd Rani kepada akhbar
tersebut, perbuatan itu halal di sisi agama tetapi tidak berakhlak.
“Mengupah
ibu susuan itu lebih baik berbanding jual beli (susu yang dipam) biarpun
risiko sama perlu ditanggung iaitu hubungan terlarang antara adik
beradik susuan yang tidak disedari pada masa depan,” kata Ahmad Dusuki
Abd Rani kepada Harian Metro.
“Perkara
ini perlu diberi perhatian oleh ibu bapa yang mengupah ibu susuan kerana
kita tidak mahu wujud masalah yang lebih serius sehingga merosakkan
keturunan.”
Mengulas
mengenai perkara tersebut, Ros berkata pelanggan cenderung tidak
berhubung kembali dengannya selepas anak mereka sudah tidak lagi
mendapatkan susu badannya.
No comments:
Post a Comment