PETALING JAYA - Ramai graduan baru mendapati sukar untuk mereka mendapatkan pinjaman dari bank untuk membeli kereta atau hartanah, bahkan untuk memohon kad kredit sekali pun. Ini disebabkan kegagalan atau cara pembayaran pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak konsisten.
Lapor The Sun, Mereka yang telah mengambil pinjaman PTPTN kini dimasukkan dalam pangkalan data CCRIS, sebagai sebahagian dari inisiatif lembaga dana pendidikan untuk mendapatkan semula bayaran balik pinjaman pendidikan yang tertunggak sebanyak RM8.3 bilion.
Malah, ramai graduan baru terpaksa melupakan impian mereka untuk membeli kereta atau motosikal berkuasa tinggi apabila permohonan pinjaman mereka ditolak oleh pihak bank.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN (Dasar& Operasi) Mastura Mohd Khalid berkata, langkah CCRIS itu perlu kerana kadar pembayaran balik amat rendah, 47/3% pada bulan Februari.
Apabila ditanya, adakah munasabah tindakan menyenarai hitamkan peminjam dalam CCRIS, beliau berkata, "Kami memerlukan mereka untuk membuat pembayaran balik secara konsisten, kerana kami hanya berjaya mengutip RM7.5 bilion dari RM15.8 bilion. Kita memerlukan RM5 bilion setiap tahun untuk membiayai pelajar untuk pengajian tinggi mereka," katanya.
Menurut jurujual dari Proton dan Perodua, jualan kenderaan mereka juga turut terjejas selepas banyak permohonan pinjaman ditolak oleh pihak bank, meskipun Proton dan Perodua sentiasa menjadi pilihan pertama graduan baru.
"Sejak bulan ini, banyak permohonan pinjaman bank graduan baru tidak berjaya. Butiran dalam slip gaji mereka mungkin kelihatan agak menarik dengan kebanyakan pemohon mempunyai komitmen kewangan yang rendah. Tetapi apabila pihak bank menyemak pangkalan data CCRIS, mereka mendapati ramai yang tidak membayar pinjaman PTPTN untuk beberapa bulan. Ada yang tak bayar sampai 37 bulan," kata seorang penasihat jualan Proton di Muar.
Dalam respon Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) berkata, rekod pembayaran balik yang lemah dari pinjaman sebelum, akan mempunyai implikasi buruk pada permohonan baru.
Pengarah Eksekutif ABM, Chuah Mei Lin berkata, pihak bank akan menimbang sama ada pemohon dapat memenuhi kriteria pembayaran balik semasa dan akan datang.
"Bank akan menilai keadaan kewangan keseluruhan pemohon berdasarkan kes-kes sebelumnya, dengan mengambil maklumat akaun yang boleh didapati dari pelbagai sumber termasuk CCRIS," katanya.
Oleh itu, mana-mana komitmen kewangan bulanan dan / atau pinjaman saman ada diperolehi dari bank atau institusi bukan perbankan termasuk PTPTN akan diambil kira.
No comments:
Post a Comment