Wednesday, 20 April 2016

Nota Terakhir Nuri Sebelum Pergi Selamanya, Nyatakan Kerinduan Terhadap Bapa


Semalam, warga netizen dan rakyat Malaysia yang lain telah dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak darjah satu, iaitu Nuri Nadirah Ruslan yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Hashim 1 yang meninggal dunia selepas dipatuk ular.

Jenazah arwah Nuri telah selamat dikebumikan kira-kira jam 9.45 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Che Latiff  selepas ditangguhkan semalam akibat sedikit masalah tidak dapat dielakkan.

Pemergian Nuri ternyata membuatkan ramai netizen bersedih dan ramai antara mereka mengikuti perkembangan kisah arwah.

Hari ini, telah tampil di laman Facebook, bapa arwah, Encik Ruslan Gazali telah memuatnaik gambar arwah Nuri dan sekeping nota terakhir yang ditulis oleh Nuri di mana arwah menyatakan kerinduan terhadap bapanya yang dikatakan berada jauh dari mereka iaitu di Kuantan, Pahang.


Nota berkenaan ternyata membuatkan hati ramai netizen terasa pilu dengan luahan kerinduan arwah kepada bapanya itu.

Selain itu, Encik Ruslan turut menyertakan cerita sebenar yang terjadi mengenai khabar angin yang heboh disebarkan di media sosial semalam, beliau juga membuat permintaan kepada pengguna media sosial selain meluahkan rasa sedih dengan pemergian anak sulungnya itu.

Jom baca apa yang ditulis oleh Encik Ruslan


Semoga arwah Nuri tenang disana dan sentiasa dirahmatiNya, Saya mengucapkan takziah kepada Encik Ruslan dan keluarga.

No comments:

Post a Comment